Assalamualaikum admin IIUM. Thanks if admin siarkan confession saya ni. Saya ade komen kat satu artikel ni yang dipublish oleh IIUM bberapa hari lps. Dan komen saya adalah komen yg jujur. Ada beberapa orang yg mengecam saya disbbkn komen saya tu. Ada yang kata, berubah sebelum nasi menjadi bubur. Tapi saya tak kisah. Saya tak takut. Sebab mereka tak tahu kisah sebenar saya.
Saya jujur saya seorang yg ego dari mula saya couple dgn suami. Awalnya niat cuma untuk menguji suami. Saya nk lihat samada suami saya adalah seorang penyabar. Tak sangka pulak sampai 10 tahun saya menguji dia. Dia memang seorang yg sangat penyabar dan memahami. 10 tahun die bersabar dengan saya. Jika pembaca merasakn dia seorang lelaki yang bodoh,anda salah. Dia adalah suami yg terbaik. Jika saya diberi pilihan untuk memilih lelaki yang handsome dan kaya dari dia,saya pilih dia.
Dia seorang yang merendah diri. Bagi dia, kisah percintaan kami ibarat beauty and the beast. Dengan keadaan fizikal dia dan harta yang dia ada, bagi dia saya tak layak untuk dia. Ada je lelaki yang berkenan dengan saya, tapi saya tetap pilih dia. Kawan-kawan dan family asyik tanya saya, apa yg dia ada yg membuatkn saya jatuh hati dgn dia. Family dia pun terkejut kenapa seorang perempuan yg ada rupa mcm saya, memilih dia. Sebab dia adalah lelaki yang terbaik. Sangat penyabar dan memahami. Seorang yang romantik. Tak pernah lupa untuk mengucup dahi isteri tercinta sebelum kami keluar bekerja.
Walaupun dia hanya mempunyai RM10 dalam wallet, dia tak pernah lupa untuk membelikan coklat untuk isteri dia. Seego mana pun saya, dia mampu untuk mematahkan ego tu. Dia tak putus asa. Dia akan cuba dan cuba sehingga saya tewas dengan ego saya.
Sebab itu saya pilih dia sebagai suami saya. Seego mana saya,saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Sehingga suami saya kata, dia mampu untuk bertahan dengan ego saya smpai mati. Tapi dia tak mampu untuk bertahan tanpa saya disisi. Kenapa dia kata mcm tu? Sebab saya adalah satu2nya manusia yang setia dengan dia susah dan senang. Kemana family dia? Kami dipulaukn selepas dia pertahankan saya atas kesalahan yang saya tak buat.
Bagi suami saya, pengorbanan bertahan dengan ego saya tak setinggi pengorbanan saya sebagai isteri dia yang hidup susah dengan dia sampai sekarang. Tapi saya tak ambik kesempatan keatas kebaikan yg suami bagi. Ego masih ada tapi saya cuba kawal. Ada ketikanya saya akan memujuk dia ketika dia merajuk dan marah. Tapi ada kalanya, diri taknak mengalah. Apa boleh buat? Saya bukan manusia yg sempurna. Saya dan suami, kami banyak memberi dan menerima antara satu sama lain. Sebab tu saya kata saya tak takut rumahtangga kami akan musnah akibat ego saya. Sebab suamj saya adalah pemadam ego saya. Sebab kami saling menerima kelemahan masing2. Dan kami jadikan sebagai kekuatan kami. Bagaimana dgn kawan? Adakah saya ego dengan mereka? Ya, saya ego. Tapi selepas kepala saya dipijak2 oleh mereka dan kebaikan saya disalah gunakan oleh mereka. Sejak itu, kawan tiada dalam diari hidup saya. Yang ada cumalah suami, anak dan family saya. Mereka la nyawa saya dan syurga saya. Saya jujur bukan untuk meminta dikecam. Tapi kalau ada yang nak mengecam, kecam la. Saya tak kisah. Itu adalah doa anda untuk saya. Rumahtangga saya tetap bahagia walau seteruk mana pun anda mengecam saya. Terima kasih admin.
– Isteri yg bertuah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit