Suami Pemalas

Cerita ni sedikit panjang sebab aku malas nak buat part2. Izikan aku bercerita.

Aku dan suami kenal dah lama. Dari zaman kami belajar university dulu. Masa aku kenal dia, aku nampak dia ni rajin orangnya. Teliti. Cerewet sikit. Bila bab2 kerja dia akan sungguh2 buat.

Masa tu dia selalu merungut dekat aku yang dekat rumah sewa dia, dia sahaja yang mengemas. Yang lain pemalas. Dia yang kena buang sampah. Kena sapu. Kena clearkan sinki.

Aku juga selalu teman dia basuh baju kat dobi. Lepas je kering dia akan terus lipat. Aku pun humban je dulu dalam bakul. Jadi masa kenal ni, aku rasa oh kalau kawin nanti mesti dia akan sentiasa bantu aku kan.

Tettt. Salah. Lepas kawin, dekat rumah, haram la dia nak menyapu. Buang sampah kalau aku suruh. Itu pun 10 kali cakap, atau aku dah siap2 nak pakai tudung nak buang sampah barulah dia bebel2 sambil buang sampah.

Basuh pinggan? Basuh pinggan sendiri je. Kalau ada cawan satu dalam sinki, tapi bukan dia punya. Memang tidaklah dia basuh. Basuh baju? Bila baju dia dah nak habis barulah nak buat. Itupun akan suruh aku dulu. Lipat baju lagi lah aku dah tak pernah nampak dia buat.

Aku pelik. Masa bercinta dulu, dia boleh je buat semua tu kan kat rumah sewa dia. Kenapa sekarang dia tak boleh buat. Jawapan dia aku dapat bila aku first time balik rumah mak mertua aku. Balik lama. Sebelum2 ni aku datang sekejap2. So tak perasan.

Nak dijadikan cerita. Ada sebab, balik dan duduk situ seminggu lebih kurang. Aku mula perasan, bila dekat rumah tu, semua mak mertua aku buat. Dari basuh baju, masak, lipat baju, sapu, kemas, mop, basuh pinggan semua MIL aku buat sorang ye.

FIL aku, suami aku, adik beradik dia yang 4 orang (2L 2P) tu memang tak buat kerja. Apa2 dieorang akan tanya “mak mana baju ni” “mak dah masak?” “Mak nampak tak barang adik?” Baju kotor campak je dalam bakul. Semua MIL aku setelkan.

Patutlah masa awal2 aku balik, bila aku nak tolong MIL aku kat dapur. Dia cakap tak payah. Tak apa. Dia biasa buat kerja sorang. Ingatkan sebab tak biasa dengan aku je. Yelah orang baru kat dalam keluarga tu. Rupanya memang dia biasa buat kerja sorang.

Ada masa tu aku tolong juga dia kat dapur. Dia masak, jadi aku tolong basuh2 barang dalam sinki. MIL aku cakap “tak biasa ada orang tolong ni” sambil macam gelak.

Masa tu aku ingat eh dia ni tak suka sangat ke kat aku. Haha. Rupanya tidak. Dia memang taknak aku tolong ye. Sebab dia memang nak buat kerja sorang2.

So. Lepas dah balik rumah, aku try tanya suami, kat rumah tu memang mak (MIL) yang buat semua benda ke? Dia kata aah. Memang dari kecil semua Mak buat. Jadi aku tanya, masa dia duduk rumah sewa dulu kenapa dia boleh buat semua kerja rumah tu?

Dia jawab sebab masa tu takde mak. Bila ada mak. Mak buat semua. So aku cuba bergurau, patutlah kat rumah ni pun awak tak buat kerja2 rumah eh.

Suami balas – Yela. Tu kan tugas isteri. Aku cakap la aku isteri bukan mak dia. Dia jawab-mak dia sebagai isteri buat semua kerja rumah. Jadi dia anggap aku pun akan buat benda yang sama.

Kat sini lagi satu masalah. Sebabnya aku membesar dalam keluarga yang ibu dan ayah aku buat kerja sama2. Ibu aku masak, ayah basuh pinggan, ibu aku basuh baju, ayah tolong sidai. Lepastu lipat baju sama2. Ayah sapu daun kat luar, ibu sapu dalam rumah.

Kiteorang adik beradik pun disuruh buat kerja sama2. Aku ada 3 orang abang, semua dah kawin. Akak2 ipar aku masing2 cakap suami dieorang rajin bantu buat kerja kat rumah.

Mana taknya abang2 aku daripada kecik dah di didik buat kerja rumah. Dah kawin memang dieorang tak kekok bantu isteri masing2.

Jadi expectations aku dengan suami dah bercanggah kat sini. Dia anggap aku akan jadi macam mak dia yang buat kerja rumah sorang2. Aku pulak ingat dia akan macam ayah aku yang sentiasa bantu ibu aku.

Aku cakap dengan suami, Mak tu memang suri rumah. Aku ni kerja. Jadi memang tak boleh samakan aku dengan mak nak buat semua benda. Aku cakap dia kena sama2 buat kerja rumah. Dia cuma jawab. Insyaallah.

Dah tambah satu kerja aku lagi nak didik suami jadi ringan tulang. Benda ni nak kata salah suami, dia membesar kat rumah mak buat semua benda. Nak salahkan mak pun, macam tak boleh. Entah.

Jadi mak2 yang ada anak lelaki, tolong lah. Ni bukan zaman 70-80an yang lelaki ni kat rumah raja. Tak boleh langsung buat kerja. Tolong la didik anak lelaki jadi ringan tulang. Kalau tak, jangan bagi anak lelaki tu kawin la. Buat sakit hati je..

Suami aku sampai sekarang kena bersuruh ye bila kat rumah. So aku jadi penat. Yela. Penat tau nak mengarah2 orang ni. Ingat best ke. Bila kita marah. Banyak tenaga kan digunakan.

Aku rasa macam nak suruh dia pindah keluar pergi la duduk rumah sewa sendiri. Bila sendiri boleh je berdikari buat kerja rumah kan. Aku pun tak sakit kepala kerja nak suruh dia je. Kalau tak suruh memang semua aku buat la.

Dia memang boleh tak buat apa2 langsung kalau tak disuruh. Macam tak terlintas langsung kat kepala dia nak menolong. Kalau ada sampah jatuh tepi tong sampah tu, seminggu boleh tak berusik kalau tak dicakap. Ah penat.

Cerita ni habis kat sini. Macam tergantung kan. Sebab masalah aku ni masih berlaku. Belum tamat. Aku nak meluah je ni. Terima kasih sudi baca..

– Mila (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Sebab tu la, klau nk kawin tu, kena check sikap bakal suami & ahli keluarga trlebih dulu. Kena risik abis2an. Tau rutin dorg tu mcmna. Dlm hal anak x reti buat tugasan d rumah ni, yg jadi penyebabnya ibu & ayah lah. Manjakn sgt anak tu, sampai nk buang sampah yg ada kt tepi tong sampah pun terasa ‘berat’. Nk basuh sudu sebatang pun x trbuat sb rasa rugi tenaga & fikir bkn diri sendiri yg guna. Mmg teruk la awak sbg iateri dh jadi babu aka org gaji dek suami yg salah dididik org tua. Geram je rasa ada lelaki mcm ni dlm sebuah keluarga. Mmg ada ibu ayah yg dari anak kecik sampai tua, x pnh disuruh apa pun. X kira lelaki ke perempuan ke, semua rosak. Pegi mana2 pun org x suka sb berat tulang. Org tgh sibuk kt dapur, yg ppuan asyik belek anak kecik, mcm dia sorg je ada anak. Bila anak dh tido, pi la bantu org yg sibuk masak kt dapur tu, mgkin ada sesuatu boleh divantuu. Ini x, anak dh tido, awak asyik main fon, mcm x ada hari esok. Bila time mkn, laju je g je dapur, buat muka x malu. Mbantu mghidang pun tak. Yg lelaki pun sama, klau yg pmalas, kt situ tanggalkn seluar ke tuala ke, tgn tu berat nk angkat masukkn dlm bakul baju kotor atau sidai tuala kt penyidai. Dh buka ubat gigi, penutup tu x reti nk letak balik. Baju kotor sepah2 mcm rumah kongsi. Dlm bilik ada cawan pinggan yg dh kering sisa makanan dek x brbasuh. Fui….. Mmg hangat hati tgok benda2 mcm ni.
    Angah ingatkn pd ibu ayah yg anak masih kecil seawal usia 2 tahun, dh boleh ajar anak utk brdikari, rajin mbantu walau sekecik pkara mcm buang pampers yg dh kotor, ibu tunjuk kt anak masukkn dlm plasyik dulu, ikat plastik tu kemas2 & suruh anak pg masukkn dlm tong sampah. Rumah x brbau dek kencing berak anak & anak akn tau ada tugas yg dia boleh buat masa tu. Dgn anak, bkn kita nk dera buat kj mcm kita buat. Bg kerja yg ringan je, mcm lps main mainan masukkn dlm tong mainan. Kutip satu2 tunjuk kt anak. Bkn susah pun. Sampai anak makin besar beri tugas yg dia mampu buat, dan ingat, bkn dgn cara memaksa. Buat kerja santai2, yg anak ramai bg tugasan masing2 atau buat giliran. Bujan jadikn anak mcm raja. Dah tua, kau jgk yg teruk. Dah tua pun kena urus rmh padahal anak2 dh dewasa. Patut anak2 je yf buat.

  2. Mesti awk sgt stress hadapi benda ni setiap hr kan.I feel u sis sebab i pun anak pmpuan yg hadap sikap pemalas dan pengotor adik lelaki dua org ..mak plak jd enabler dorg x tegur sikap dorg.
    Skrg dorg dh kwen pun sikap betmbh teruk.Main fon 24 jam smpai tidur pun xnk kemas bantal.Pnjg lau nak ckp

    Yg psti ht i terseksa dgn dorg
    Smpai i kena mental.Org pembersog takkan blh hdp dgn si pengotor

    Cm suami u sebab mak dia dah rajakan anak2 sejak kecik.So dlm otak dia isteri itu patut jadi babu sebab dia dah belajar dr mak dia.
    Rosak dah otak dia susah nk re program balik
    Lps ni kalau awk ada anak confirm awk tmbh stres dia xkan peduli nak jaga anak sama2..pikir2 kanlah nak beranak ke tak sis.
    Baju2 dia tlg jgn basuh kan sgt.Biar dia yg urus.Nasihat dia cara berhemah agar kena tlg menolong dlm rmh tangga.Itu sunnah nabi.Nabi dulu sentiasa tlg isteri memasak dll..

    Jgn stres sgt ya buat kerja rumah dgn hati senang
    .fikir ini jln pahala utk awk di samping nasihatkan suami agar berubah

  3. Payah gak jenis ‘berlakon’ ni. Selalunya kalau anak yang mak nya buat semua memang zahir sikap malasnya tu diri tak terurus sangat. Tapi ni bila luar rumah mak, eh pandai pula urus diri siap komplen roommate/housemate lain malas. Tapi bila kahwin, ulang balik cycle di rumah tu. Inilah cycle keluarga yang merajakan lqlaki dan menghambakan perempuan.

    Semoga sis tabah didik suami. Byk2 doa agar suami diberi kelembutan hati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *