Assalamualaikum. Saya dah berkahwin hampir 10 tahun, jujur amat sukar nak mencari keserasian kami suami isteri.
Suami jenis pendiam tapi sebenarnya tak berapa pendiam dengan kawan-kawan. Saya pula jenis suka bercerita dan bersembang.
Acap kali bila saya bercakap, respon suami buat don’t know.. sampai anak saya sekarang yang dah mula mengerti bercakap,
“Bila ibu cakap, ayah diam je, ibu ketawa, tapi ayah tak, kesian ibu cakap sorang-sorang”.
Ya, selalu saya sedih dengan respon suami. Saya cerita, saya gelak, tapi suami gitu je, macam cakap dengan dinding Apa lagi waktu saya jadi suri rumah.
Apa sahaja pendapat saya tak diendah suami, suami selalu cakap, dia lebih tahu semua benda daripada saya.
Suami memang tua 2 tahun daripada saya, tapi pengalaman hidup masing-masing berbeza. Tak bermakna saya tak tahu apa-apa.
Mak mertua pula anggap anak dia perfect giler. Tak ada salah apa pun anak dia, semua betul. Bukan pada suami je, pada anak-anak dia yang lain pun sama.
Saya perhatikan anak-anak mertua boleh kata self esteem tinggi, sebab mak ayah selalu back up, tapi tak sedar-sedar buat salah walaupun anak dah tua, berkahwin dan beranak.
Anak bercakap kurang ajar dengan orang lain, tak apa, anak perempuan tidur dengan orang lain, tak apa, anak lelaki duduk menumpang rumah mertua, tak apa, anak mengutuk orang lain, tak apa.
Saya selalu diam, menjadi pemerhati sahaja. Mak mertua selalu mengutuk menantu lain secara beralas dengan saya, tak mustahil dia boleh buat benda sama pasal saya.
Saya jadi kurang benda dah nak bercakap dengan suami, tak ada perasaan, kalau bercakap pun, last-last saya makan hati. Suami pula jarang bercerita hal kerja, hal keluarga dia, hal anak.
Kalau weekdays, tak payah la nak cakap apa, malam tidur, esok ulang rutin. Weekend pula tengok la mood dia kalau boleh saya nak bercakap.
Kadang-kadang dia nak saya buat apa-apa, dia tak bercakap. Dia ingat saya ni ada kuasa telepati boleh nak faham apa dia nak. Tapi naluri saya memang perlukan berkawan untuk berborak.
Umur macam saya, kawan-kawan semua busy dengan kehidupan masing-masing. Nak ajak keluar pun, masing-masing tak ada masa.
Keluarga saya pula jauh, saya merantau ikut suami. Nak call selalu risau orang tua saya tak tenang nanti tau saya ada masalah apa-apa.
Lama-lama rumahtangga jadi bosan, hanya buat kerja rutin, bercakap pun hal anak.
Akhirnya saya bekerja semula nak bantu ekonomi keluarga, syukur juga, di tempat kerja, lepas lah rasa nak bersembang dengan orang lain.
Saya ada kawan, lelaki, we can talk almost everything. Saya tahu tak boleh kawan rapat sangat dengan lelaki, tapi dengan dia saya rasa content.
Wavelength kami sama, dia bukan mudah terasa, tak judge saya. Boleh nak gelak sama-sama. Saya rasa bebas nak bersembang.
Kalau saya down di tempat kerja, dia selalu bagi kata-kata semangat. Kalau saya luahkan benda negatif, dia tak mudah judge dan dia faham kenapa saya luah.
Dari situ saya belajar how to get along with others, juga ubah perspektif saya jadi lebih baik.
Problem dengan suami, dia selalu bad thinking tentang saya. Suami dibesarkan dengan menganggap orang lain ni tak berguna. Cara dia bercakap dengan saya macam saya ni musuh.
Kerap kali saya bagitau suami, saya bukan musuh dia untuk dia bercakap cara macam tu dengan saya.
Saya tak faham kenapa reaksi dia macam tu, sedangkan bila dia dengan kawan, elok pula dia senyum-senyum, tapi bila bercakap dengan saya, muka dia asyik la ketat.
Saya lagi rela buat benda lain daripada tengok muka ketat suami. Sebab muka ketat tu menjejaskan emosi saya…
How to be a happy wife dalam keadaan macam ni? Saya kena hadap situasi ni sampai ke tua?
By the way, kami ni berkahwin atas dasar dah jodoh. Bab lain saya ok, boleh tolerate dengan suami, tapi bab komunikasi ni saya rasa fail.
Banyak kali saya terus terang dengan suami, saya tak boleh terus menerus berkeadaan macam ni.
Saya tak boleh nak baik sangka selalu dengan dia, sebab makin lama saya rasa menyampah dengan keadaan ni. It can’t work if only one side give effort.
– Suraya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit