Assalamualaikum semua para Isteri dan Suami yang dirahmati Allah.
Lagi beberapa hari je lagi nak masuk bulan Ramadhan. Sila ambil peluang bulan Ramadhan ni untuk berhenti merokok. Tolonglah ambil peluang ni dan kuatkan semangat demi masa depan keluarga dan anak2.
Saya kongsikan cara2 berdasarkan pengalaman saya 4 tahun yang lepas. Alhamdulillah selamanya suami saya bukan perokok lagi.
1. Seminggu sebelum Ramadhan, sila pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan dan jumpa MA atau MO katakan “saya nak berhenti merokok”. (Isteri kena ambil peranan supaya suami lembut hati nak pergi klinik. Isteri kena teman sekali bagi support. Suami pula wajib bersungguh2 utk berubah. beginilah yang saya dan suami buat.)
2. Nanti mereka akan berikan maklumat dan UBAT BERHENTI MEROKOK PERCUMA. (Harga ubat ni memang mahal, tolonglah ambil peluang ini dan jangan sia2 kan.)
3. Bila berpuasa sambil amalkan ubat ni (bukan makan pun) memang sangat membantu, sebab ubat ni akan kurangkan rasa gian dan buat perokok tak rasa nak merokok.
4. Tolong istiqomah amalkan ubat ni sampai habis sehingga berhenti merokok 100%. (Isteri kena sentiasa ingatkan dan beri ubat tu setiap hari. Suami pula kena sungguh2 nak berhenti merokok dan jangan curi2 merokok semasa di bulan yang mulia ni.)
5. Suami kena sibukkan diri lepas berbuka puasa untuk elakkan merokok. (Terawih, mengaji, ajar anak mengaji, makan2, dan tidur awal.)
6. InsyaaAllah, suami PASTI BERJAYA TANPA ROKOK DI HARI RAYA DAN SAMPAI AKHIR NAFAS. Aminn..
P/s : Suami saya guna jenis tampal2 macam dalam gambar ni.
– Siti
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit