Suami Perokok

Assalamualaikum semua. Nama saya Hafi. Menghampiri 2 tahun alam perkahwinan bersama pilihan hati. Masih belum di kurniakan zuriat. Sekadar ingin meluahkan perasaan dan kekecewaan.

Saya seorang yang benci dengan perokok walau saya sedar dalam ahli keluarga saya sendiri ada yang merokok. Jadi saya ambil pendekatan bila mereka² merokok saya akan jauhkan diri.

Kisah bermula dari fasa perkenalan. Saya beritahu pada suami syarat untuk pergi ke fasa seterusnya adalah suami perlu berhenti hisap rokok.

Saya tak nak pasangan saya hisap rokok dan perlahan demi perlahan suami mula kurangkan menghisap rokok sehingga la ke fasa pertunangan.

Dia berjanji dengan saya yang dia tak akan hisap rokok dan vape lagi.

Sepanjang kami keluar berjumpa untuk uruskan hal perkahwinan, dia memang tidak lagi hisap rokok depan saya sehingga la suatu hari semasa dia video call saya, dia terkantoi dia tengah hisap rokok.

Maka kami bergaduh besar hingga nak putuskan pertunangan. Allahuakbar, dugaan tunang itu sangat la besar dan ianya menyakitkan.

Dipendekkan cerita dia pujuk saya dan saya bagi dia peluang kedua. Kami teruskan pertunangan sehingga la ke alam perkahwinan.

Masuk alam perkahwinan setahun yang pertama, saya bagi sepenuh kepercayaan kepada dia. Saya cuba sedap kan hati untuk tak curiga dengan suami tetapi benda yang saya takutkan terjadi lagi.

Masuk tahun kedua suami mula buat perangai semula bila mana kantoi dekat whatsapp dia mintak rokok pada abang saya.

Dan lebih kurang sebulan yang lepas, lagi sekali kantoi depan mata saya sendiri dia hisap rokok di saat kami hendak keluar.

Masa tu perasaan saya hanya Allah yang tahu. Allahuakbar. Saat azan maghrib berkumandang saya berperang dengan perasaan saya sendiri. Saya jadi hilang kawalan sehingga saya tolak dan bercakap kasar dengan dia.

Hilang rasa hormat dan saya bertindak keluar pergi ke kedai beli kan dia rokok. Saya paksa dia hisap rokok depan saya tapi dia menolak.

Dia memberi alasan yang dia tak sengaja dan bersumpah yang dia memang dah tak hisap rokok lagi walaupun masa tengah kerja.

Akibat dari itu, saya sikit demi sedikit hilang kepercayaan pada suami saya sendiri.

Perasaan curiga sentiasa ada dengan suami terutamanya bila setiap malam dia akan duduk di depan rumah sehingga lewat malam untuk bermain game bersama abang saya.

Saya jadi tertanya² dia hisap rokok ke tapi saya masih ambil pendekatan untuk berdiam diri. Bodohkan saya ? Masih diam walau dalam hati hanya Allah yang tahu.

Dan hari ini, dengan kuasa Allah, Dia nak tunjuk pada saya yang saya terjumpa 2 kotak rokok bersama lighter di bawah seat kereta yg dia gunakan hari² untuk pergi kerja.

Sehari sebelum tu pagi saya nak keluar pergi kerja saya nampak hampir 10 puntung rokok dekat lantai.

Saya jadi tertanya² kenapa banyak sangat sedangkan petang tu saya dah sapu bersih laman rumah. Tak kan abang saya hisap rokok macam tu banyak dalam tempoh dua tiga jam je.

Dan hari ni terjawab sudah pertanyaan dan rasa curiga saya itu rupanya petanda suami saya masih merokok dibelakang saya. Allah Allah Allah.

Untuk sekian kalinya saya di tipu lagi. Suami juga masih belum tahu yang sebenarnya saya dah tahu tentang penipuan dia kali ini…

Secara jujurnya saya sangat down dan buntu sekarang ni. Saya juga masih belum ada kekuatan untuk berdepan dengan suami. Saya takut saya hilang kawalan macam pergaduhan sebelum ini.

Cukup banyak suami menipu saya. Bodoh ke saya sayang kan orang yang tak sayang kan dirinya sendiri?

Bodoh ke saya masih memberi peluang demi peluang hanya untuk menyelamatkan rumahtangga kami yang baru setahun jagung?

Perlu ke saya melibatkan ahli keluarga saya dan keluarga suami atas apa yang suami dah lakukan ?

Saya mohon pandangan dari kalian apa yang perlu saya lakukan sekarang untuk selesaikan masalah yang mungkin pada sesetengah orang hanya la masalah yang kecil saja.

Tapi pada saya ianya cukup buat saya rasa kecewa dengan insan yang bergelar SUAMI.

Hanya pada Allah tempat untuk mengadu dan berserah.

Terima kasih..

– Hafi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *