Suami Perokok II

Untuk part I, (https://iiumc.com/suami-merokok/).

Hai, aku Uya. Terima kasih sebab luahan aku disiarkan.

Terima kasih juga buat netizen yang tinggalkan komen samada yang membina mahupun mengecam.

Aku tertarik dengan satu komen dalam post yang lepas yang berbunyi begini, “I don’t mind lelaki merokok. Asal bukan dalam rumah. Dan aku menyampah pompuan gini. Nak serba serbi perfect. Tapi laki aku tak merokok. Walaupun aku tak kisah. Haha”

Yang pertama, kenapa aku tulis luahan di sini? Kalau baca luahan pertama aku, aku ada sebut yang aku bukan datang dari keluarga perokok.

Sebelum berkahwin, aku tak tahu bahawa suami aku merokok, hanya setelah berkahwin baru aku tahu. Juga aku dapat tahu suami aku juga turut hisap vape selepas itu.

Jujur aku cakap, aku rasa betrayed dek suami aku. Aku dah pernah tanya sebelum kahwin dan ketika keluar bersama samada dia merokok atau tidak dan dia jawab dengan yakin “tak”,

Aku tak pernah nampak dia merokok hatta jumpa rokok dalam begnya atau bau asap rokok pada dirinya ketika tempoh berkawan sebelum berkahwin.

Ayah aku, abang aku, adik lelaki aku semua tidak merokok. Kami mengambil pengajaran dari saudara-mara yang sakit berpunca dari tabiat merokok.

Sepatutnya dari awal lagi dia jujur dengan aku. Sebaliknya tidak. Bayangkan aku yang tidak membesar dengan bau asap rokok, harini bersuamikan seorang perokok? Namun aku bersyukur juga dia bukan heavy smoker. Masih lagi boleh dikawal.

Kerana itu soalan merokok atau tidak itu penting pada aku, sebab aku tahu orang yang hisap rokok dari zaman remaja belia nak berhenti memang susah.

Yang kedua, dear netizen berkenaan, aku bukan mencari kesempurnaan atau bak kata kau perfect.

Untuk pengetahuan kau, aku dan suami dua-dua ada kekurangan dari sudut kesihatan. Aku terima suami aku walaupun tahu dia ada asthma. Aku berkahwin dengan suami yang ada asthma. Kau rasa dengan merokok asthma dia akan hilang? Kau rasa dengan vape, semuanya hilang?

Akhir sekali, aku melihat rata-rata kawan-kawan aku yang merokok, mempunyai ayah yang merokok. Ada juga kawan aku yang berjaya kalis cabaran dan tidak merokok seperti ayahnya.

Aku tidak mahu anak aku membesar seolah-olah melihat tabiat ayahnya itu menjadi tiket untuk “menghalalkan” tabiat merokok.

Bukan mudah ya mendidik anak zaman ini. Aku seorang guru, anak murid tingkatan 1 bawa vape ke sekolah dengan jayanya. Bila ditanya sejak bila terjebak, jawapannya sejak sekolah rendah. Nak anak hisap vape dan rokok dari darjah 4?

So berbalik kepada komen netizen yang berbunyi, “I don’t mind lelaki merokok. Asal bukan dalam rumah. Dan aku menyampah pompuan gini. Nak serba serbi perfect. Tapi laki aku tak merokok. Walaupun aku tak kisah. Haha”

I care. Aku benci orang hisap rokok. Sebab tu aku share di sini. Kalau suatu hari nanti kau diuji macam ni dek anak kau ke nanti, boleh datang balik tengok luahan ni. Macam aku cakap, budak darjah 4 pun dah hisap rokok dan vape. So, you do you lah ya.

– Uya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. yes yes I agreee with you sis..apa ntah komen macam tu terkojut aku dah ntah apa yg dia baca reti baca ke tak.. Dah terang2 dalam confession tu suami tak jujur kata tak merokok lepas kahwin baru tau merokok sedih tau mcam kena scam… Semoga suami sis berhenti merokok udah udah la tu merokok.. Nak seribu daya taknak seribu dalih sayangi keluarga anda..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *