Haii… tajuk tu dah cukup pelik kan… tapi itulah hakikatnya yang sedang berlaku dalam masyarakat Malaysia.
Aku merupakan seorang remaja lelaki pertengahan 20 an dan sedang berjuang nak berubah.
Cuma apa yang aku nak sampaikan adalah untuk para isteri diluar sana dan juga orang yang dah berkahwin hanya ingin menutup nafsu mereka yang songsang.
Cerita dia bermula dari sekolah menengah sebab masa tu aku hanya fikir lelaki hanya untuk perempuan dan tak pernah rasa yang seorang lelaki boleh mencintai dan bernafsu sama sama lelaki.
Kisahnya adalah guru lelaki yang selalu menggesel kemaluan di bahagian belakang dan kadangkala suruh tolong zipkan seluar dia.
Cikgu tu dah kahwin anak 4 dan aku hanya sedar benda tu salah bila dah dekat masuk 16 dan cikgu tu dah pun pindah.
Bila masuk alam universiti rupanya lagi teruk pengalaman bila ada lecturer dan senior yang sebenarnya bernafsu sesama lelaki.
Lupa nak bagitahu aku ni seorang yang putih muka manis dan perwatakan agak sifat spoken tapi bukan macam sotong..
Aku punya wajah agak feminin sebab kawan lelaki pernah cakap kalau aku perempuan dia dah ajak aku kahwin.. Aku tak pasti apa maksud dia.
Cuma berbalik pada macam mana aku tahu selok belok kehidupan lgbt ni bila aku masuk ke alam ipta dan ada abang angkat. Bunyi macam lucu tapi ini untuk pengajaran semua.
Bermula dengan lelaki akan panggil kau sayang dan kau sebenarnya bercinta dengan lelaki.
Ada aplikasi yang khusus untuk mencari pasangan lelaki dan ketahuilah sebenarnya ramai yang dah kahwin berbuat demikian.
Aku sendiri pernah bercinta dengan suami orang dah sebenarnya malu dengan diri sendiri dan rasa berdosa pada anak bini dia…
Aku nak ceritakan pengalaman macam mana lelaki boleh selesa atau ada hubungan kerana kalau kau pergi melancong atau check in hotel dengan lelaki takde majlis agama akan tangkap sebab bukan nampak berkhalwat tapi itulah yang kebanyakannya terjadi.
Maaf kalau tengok ig, Twitter dan Facebook sebenarnya golongan macam ni lagi ramai kawan lelaki atau pengikutnya lelaki dan selalu memberi reaksi yang melebihi sebagai kawan.
Kedua banyak yang sebenarnya kahwin hanya nak tutup nafsu songsang mereka sebab yelah dengan lelaki takkan mengandung kecuali kau sangkut h1v tu barulah kau tahu gelap dunia macam mana.
Dan lelaki yang dah bernafsu songsang dia akan kenal spesies dia sendiri..
Sebenarnya agensi uniform dan dari kerajaan swasta hingga ke yang bergelar orang alim ada yang terlibat dengan lgbt. Cuma aku tak tahu sejauh mana para isteri dapat kenalpasti benda macam ni..
Ada history aplikasi dating macam tinder omi dan ig, facebook sebenarnya tu tak semestinya dengan perempuan sahaja boleh cari Kook around tetapi media sosial ni sebenarnya platform untuk mereka cari partner sementara untuk geli geli…
Pengalaman sendiri kalau buka aplikasi ni dekat kem uniform hospital atau bandar yang padat berlambak lelaki untuk lelaki..
Ada juga yang berkeinginan dengan lelaki yang totally lembut atau macam perempuan dan kebanyakan orang macam ni berduit dan dia boleh bayar lelaki untuk nafsu hanya sebab dia ada duit.
Lelaki yang tak pernah try lelaki pun boleh ditundukkan.
Aku berkongsi ini hanya untuk semua para isteri diluar sana berhati hati dengan status suami anda,
Walaupun anda tahu dia baik dan berilmu agama atau ilmiah yang tinggi sebab memang ada spesies ini dari jawatan kecil sampai pengarah pakar dan orang yang bekerjaya..
Bila suami atau dikalangan adik beradik anda ada kawan lelaki yang terlalu rapat dan sentiasa bersama percaya lah ada sesuatu yang perlu anda semua ambil tahu.
Selain itu kalau nak tahu cuba lihat media sosial mereka percaya lah semua yang beria like atau komen kebanyakan lelaki dan kalau selalu update gambar yang menjolok mata sebenarnya ada yang hanya nak menarik perhatian lelaki bukanlah perempuan saja.
Satu lagi peringatan tak semua lelaki sado macho itu nafsu dia hanya pada perempuan. Pengalaman sendiri gym tempat yang paling mudah nak cari lgbt selain kem uniform…
Maafkan saya kalau ada perkara yang tak sesuai cuma saya rasa patut perempuan diluar sana sedar keadaan yang berlaku sekarang sebab benda macam ni berlaku dalam masyarakat kita sekarang dan paling sedih untuk isteri bila suami curang,
Tapi dengan lelaki dan untuk lelaki yang bernafsu songsang kenapa anda memilih untuk kahwin hanya sekadar untuk tutup nafsu songsang anda sampai menganiaya isteri dan anak.
Btw masa isteri mengandung atau pantang selain wanita suami juga ada yang mencari lelaki.
*Doakan saya istiqamah dan mohon maaf kalau kebenaran ini sangat pedih dan menyakitkan.
– S (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit