Untuk part I, (https://iiumc.com/su4mi-pramatang/).
Assalamualaikum semua, aku nak buat kesinambungan kepada cerita aku dulu tajuk Suami Pramatang. Beza kalini, dia dah jadi bekas suami aku, lantaran kerana aku tak sanggup dah nak melayani kerenah tak matang beliau.
Mari aku share tingkah laku beliau yang semakin hari semakin parah dan menjadi-jadi. Terlalu banyak dan cerita ini tak ikut sikuen tarikh ya, tapi berdasarkan ingatkan aku pada peristiwa yang berlaku.
Untuk mudahkan penceritaan, aku namakan dia Cenggeng ya, sesuai dengan watak dan jiwa yang tak berapa sado itu.
Ada 1 hari motor dia jatuh, biasala motorkan kesayangan orang lelaki. Normal untuk rasa sedih, tapi dia telah baring duduk atas tilam menatap atap bilik, tanpa hiraukan sesiapa yang bercakap dengan dia.
Dengan air mata berjuraian tak sudah, dia baring dekat situ selama 2 hari tanpa makan dan minum sambil meratapi kesan calar di motor (almost like tak ada calar langsung). Soal pergi kerja tak payah cerita, itu tak penting. Emosi sedih dia adalah keutamaan.
Everytime bergaduh dengan aku, dia akan ke rumah mak ayah aku, bukan mak ayah dia ya, diulangi mak ayah aku.. untuk mengadu dan menangis sambil bercerita tanpa sedikit pun rasa malu. Hatta pergaduhan itu berpunca dari sikap beliau sendiri.
Dan sepanjang pergaduhan tu, dia akan duduk dan bermalam dirumah mak ayah aku, duduk je dalam bilik, menghadap dinding dengan pintu tak tutup, taknak makan, tak nak minum..
Dah menjadi kerja untuk mak aku pujuk dia turun bawah makan. As isteri masa tu aku cukup malu dengan peragai dia ni. Lemah teramat lemah.
Kalau dia mood sedih kat rumah aku, 2 3 hari dia akan terbaring atas katil, tak nak makan dan tak nak minum. Air mata 24 jam meleleh, harapkan aku masuk bilik and pujuk dia. Series betul2 membuatkan aku rasa bosan. Kadang terpaksa la pujuk sebab dah 4 hari dia tak pergi kerja.
Ada masa dia marah, dia jadi the hulk pulak.. Dia pegi koyakkan baju dia masa tu dalam kereta. Nanti kalau aku tempeleng karang menagis pulak..
Tak cukup dengan koyak baju, dia hantuk kepala dekat stereng kereta bertubi-tubi, sekuat hati. Namun aku biarkan saja, bukan kepala aku yang sakit.. Kepala dia. Masa ni aku dah semakin bosan dah..
Level budak-budak dia bukan takat disitu sahaja. Dia tahu perangai pelik dia, and dia takut aku bagitau family dia, hidup dia umpama anjing yang takut dengan bayang bayang sendiri.
Jadinya dia cakap dekat family dia, aku ada lelaki lain.. Aku tak suka dia melawat mak dia sakit lah.. Aku kuat cemburu kononnya.. Walhal masa tu aku tak sabar nak buang dia jauh- jauh dari hidup aku.
Ya semua diatas berlaku dalam keadaan aku sedang mengandung. Aku sabarkan je hadap kerenah dia.
To one point, aku hilang sabar bila 1 hari aku dah mula sakit contraction, and mak aku pun dah mula hilang sabar dengan peragai mamat ni. Jadi mak aku tegur, lain kali kalau awak bergaduh dengan isteri, jangan bercerita pada keluarga atau kawan2 pejabat.
Untuk pengetahuan korang, kalau gaduh, 1 department office beliau akan tahu ya. Punyala tak berguna as suami. Tulah kali pertama mak aku tegur depan-depan.
And korang tau apa reaksi dia? Dia terus merajuk and keluar rumah balik rumah dia. Tinggalkan aku yang tengah contraction nak beranak.
Ko bayangkan apa aku rasa masa tu. And aku lahirkan anak aku dalam keadaan dia sibuk melayan emosi sedih merajuk dekat rumah, and aku bertarung nyawa untuk lahirkan anak dekat hospital dtemani mk ayah aku.
Sabar aku dah mula sampai limit.
Limit exceed bila ada orang adu pada aku yang dia sibuk cerita dia mangsa dalam rumah tangga, dia banyak sabar dengan aku yang selalu ada scandal dengan lelaki lain. Dalam keadaan masih dalam pantang tu aku confront dia, berlaku gaduh mulut.
Sabar aku dah habis, merasalah dia sedas dua penampar dari aku, sampai kebas tangan aku masa tu tampar dia sekuat hati aku. Aku puas.. Jangan ingat selamanya aku akan telan perangai dan penyakit dia.
Dia as usual akan menangis, kemas smua barang-barang dia. Masa tu dekat rumah mak aku sebab aku berpantang dekat sana. Dan dia terus keluar rumah dan failkan perceraian. Dia ingat aku hairan dengan saman cerai dari dia?
Aku mudahkan lagi urusan tu, since dia seorang kuat cemburu, banyak taqliq dia sebut dekat aku. Jadi aku dengan sengaja langgar taqliq tu, biar terus jatuh talak, tak perlu tunggu ke mahkamah. Jangan ingat dia boleh pijak aku sesedap rasa. Tak padan dengan cenggeng.
Dan kemudian, dia pulak menangis.. Merayu tak nak cerai.. What the h… Sorry its time for goodbye.
Alhamdulillah kini aku dah bebas dari pasangan yang mungkin berlagak normal, hakikat mental celaru.
Maybe kisah ni rare.. Tapi aku yakin ada yang melalui perkara sama. Apapun aku syukur Allah jadikan aku seorang yang kuat, tak merebeh.. Nak menangis bagai.
Buat siapa yang mungkin ada masalah serupa, tolonglah lepaskan diri korang. Jangan terus menerus dengan orang mcm ni. Not good untuk mental heath you.
– Popie (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Awak memang kuat dan tak merebeh bagai, tahniah sebab berjaya keluar dari hidup lelaki cengeng macam tuh.
Adoi…lelaki mcm ni pun ada? Aku suspect laki ni ada mild autism
Ohh puasnya baca dia kena 2 das penampar tu. Main2 lg dgn emosi mak lepas bersalin ni. Mesti kau rasa lega gila kan 🤣🤣 rasa ex tu mmg autism. Anak aku suspect autism cmtu la. Menangis serupa nak bg semua org tau~~~
Yes aku rasa ex suami KO ada masalah mental autisme lah kebudakkan sangat.
Akal dia MCM budak 15 tahun atau 6 tahun..
Nanti cepat cek anak awak ada menurun autisme tak.. takut juga…