Hi semua. Aku dah berkahwin 2 tahun dan dikurniakan baby boy usia 10 bulan. Tujuan aku tulis confession ni untuk mintak pendapat semua. Adakah normal or tidak.
Aku tak tahu lah kalau ini sebahagian ujian perkahwinan atau akan menjadi lebih baik. Tapi aku tak reti nak bertindak or argue untuk sesuatu issue. Ini adalah beberapa situasi yang aku rasa suami aku ni saiko.
1. Suami aku baik, selalu tolong buat kerja rumah dan jaga anak. Tapi, kalau dia buat kerja aku pun kena buat kerja rumah juga. Tak boleh nak berleha leha.
Yang bagusnya, dia adalah type suami yang balik2 kerja lepas maghrib dia akan terus bertugas.
Dari awal kahwin dia pernah tegur. Pergi la urus itu ini dan dia akan buat itu ini. Selepas selesai baru boleh rehat. Itu pun setelah pukul 9pm-10pm macam tu.. Baik tidur je esok dah kerja.
2. Aku tak boleh langsung tunjuk malas or bermalas malasan. Dia akan jeling or dia akan hempas2 kerja yang dia tengah buat.
Aku sakit kepala dan sakit hati. Kenapa aku tak boleh nak rehat dekat rumah aku sendiri? Balik2 kerja urus anak dan kemudian kena buat itu ini.
3. Rutin harian kami, selepas ambil anak akan siap untuk solat magrib kemudian aku masak dia akan urus baju, urus anak dan sambil mengemas2. Urus baju untuk hantar anak pengasuh dan urus pinggan mangkuk lepas makan.
Kadang2 rendam toys and botol2 anak. Dia sentiasa beraktiviti dan berharap aku pun sama. Kadang2 pinggang ni tak habis sengal lagi dekat office and rehat kejap time drive. Balik rumah kena buat itu ini.
Weyy! Letihh nyee life macam ni. Paling letih kena perli dengan suami sendiri. Parents aku kerja juga, tak macam ni pun? Kalau mama aku malas, kita makan luar. Kalau mama aku malas kemas dia akan kemas esok or prepare esok. Weyh. Aku tak bahagia.
4. Ni paling redflag hari ahad dia pergi bawak grab or hantar makanan. Buat part time. Pukul 7.30am dah pergi and pukul 1 sebelum zuhur akan balik. Sampai je rumah dia akan tanya aku, “buat apa je harini? sedapnya berehat?” Ahadd weyhhh.. Ya Allah.
Lately ni mungkin anak aku dah makin lasak, kuat mengutip dan kuat mengumbah. Maka aku terlalu burn out. Setiap aku nak berehat dan kena perli aku akan balas kepada perlian lebih dahsyat.
Aku nak berehat and aku akan rehat. Dia nk buat kerja and nak jadi rajin tu hak dia. Dahla anak fully breastfeeding.
Ada ketika aku sampai mintak cerai sebab terlalu sakit hati dengan hidup. Takda ketenangan bila balik rumah. Sebelum kahwin tahu je perangai dia macam ni. Tapi tak Tahu pulak TEROK GILLER.
Aku bukan isteri yang pemalas dan Ibu yang tak reti urus rumah tangga. Cuma sepanjang perkahwinan ni aku letih tak ada masa baring and tengok movie sambil layan mata sebelum tidur.
Tak pernah lagi ada kesempatan pergi shopping barang rumah sama2 dengan husband. Semua diaa urus. Balik2 kerja dia akan singgah terus pasaraya and beli. Dia yang akan rancang masakan and beli semua lauk pauk.
Kalau aku teringin baru aku yang akan beli. Tu pun setelah balik kerja singgah terus. Bukan aku tak boleh keluar hari minggu, tapi dengan anak yang melasak aku lagi prefer keluar dengan husband.
Tapi dia lagi prefer hujung minggu urus rumah. Setiap minggu akan kemas rumah. Kalau tak kami akan jalan2. Tapi balik pun penat. Sebab banyak benda kena urus.
Entah la. Dia ni bukan suami yang tak baik, cuma aku yang rasa macam tak happy bila tiada me time or peluang rehat dalam rumah sendiri.
Ke aku yang tak reti bersyukur???
– Puteri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit