Saya isteri bekerja. Saya ada anak 5 orang. Sorang daripadanya OKU. Perlu hantar untuk EIP (Early Intervention Program).
Semua anak saya masuk kelab silat, sukan renang, bayar pakai duit saya.
Suami beri keperluan rumah secara one off setiap bulan. Yes. Tak culas. Tapi cukup atau tak tak kisah dah. Semua saya kena fikir.
Mana nak bayar bill, nak bayar ansuran kereta dia, ansuran rumah, BLR naik, BLR turun, insurans dia, makan minum anak-anak. Yuran kokurikulum.
Barang basah barang kering. Spender seluar baju anak semua all in dalam satu transaksi sahaja.
Cukup? Memang tak cukup. Tapi perangai saya. Memang saya takkan minta. Sebab macam minta sedekah je rasa. Padahal benda tu cuma common sense.
Tapi bila sejenis laki tak fikir langsung cukup ke tak. Mana kisah.
Yang jadi worst. Sikap dia yang kaki baran.. Anak tu mangsa pukul lempang cekak leher pekik.
Sampai anak kata. Tak suka ayah.
Saya bayar dan cukupkan keperluan rumah sampaikan simpanan habis digunakan.
Dia? Tukar kerja pun tak mau. Cari kerja tambahan pun tak mau. Alasan dia, penat.
Konon nak bawa grab macam kawan dapat seribu lebih sebulan, bawak sekejap je.
Tapi bila saya daftarkan grab, tak buat pun.
Kerja pun tak nak tukar, alasan tak nak stress. Nanti tinggal saya dengan anak-anak. Uruskan rumah sorang-sorang.
Habis tu nak makan apa ni? Spender bra sendiri pun dah 6 tahun tak ganti. Baju pakai paling murah. Takde berhias-hias sebab saya tak ada duit.
Pakai selipar jamban tu jelah ke office, ambil anak, kenduri.
Alasannya, saya pun macam tu.
Takde ke rasa nak bagi improve diri?
Saya nak sambung belajar, dia kata sambung la. Tapi duit rumah tetap saya kena support. Nak bayar yuran pakai apa?
Dia ada kerja part time. Tu pun saya paksa. Saya tabungkan untuk dia. Sekarang dalam akaun dia dah banyak.
Haritu dia kata dia kena bayar zakat.
Nah seribu lebih..
Tapi dalam keadaan apa? Dalam keadaan saya tak berganti pun pakaian dalam. Yuran anak tertunggak berbulan2.. Tapi dia bangga dia bayar zakat dua ribu lebih.
Siap cakap.. Saya pun patut bayar zakat.
Saya kata…
Dah 2 tahun saya stop bayar zakat pendapatan sebab duit saya negatif setiap bulan..
Dan simpanan saya ada tinggal kurang 5 ribu tu belum tolak nak bayar yuran anak istimewa saya.
Dan dia bangga je dia bayar zakat kata nanti Allah pulangkan balik lagi besar.
Sedangkan kat sebelah dia ni. Nak pergi tampal gigi pun bertangguh-tangguh ke klinik kerajaan sebab anak takde sapa nak jaga.
Kata nak jaga anak supaya saya boleh buat kerja part time tapi tak kemana pun. Tetap saya kena masak kena dengar dia menengking2 anak.
Bila pelajaran anak drop, saya cuba juga kembali mengajar anak di meja makan.
Dia ada muka untuk kata kat saya.
“Saya suka tengok macam ni. Dah lama awak tak buat macam ni. Barulah pelajaran anak terjaga”
Eh tongong. Anak kau, kau tak mengajar ke?
Dah la kau miskin. Kau malas. Kau kedekut
Kau harap tuhan bagi duit tu sekepuk kat kau dari langit?
Kau ingat tuhan nak bagi ke?
Tuhan menipu je. Dia tak baginya.
Kalau tak, aku tak susah macam ni.
Nafkah bini tak bagi. Pencuci muka pun jimat2 tak pakai sebab takde duit.
Pernah biar je barang dapur kering. Dia boleh buat kering weh. Ajak makan je kat luar. Lagi besar belanja.
Nama dia nak pergi kedai beli barang basah takde.
Pastu duk ulang. Makan2 ayah belanja. Nanti Allah bagi rezeki.
Sedangkan bini ni sampai sakit kepala pikir macam mana nak cukupkan duit belanja one off yang dia bagi yang tak cukup tu.
Tuhan memang menipu je kan.
Dah la ada anak OKU. Barang semua macam apa mahal.
Aku dah takde tenaga nak lawan nak urus semua ni.
Toksah kata la bab communicate. Berbuih mulut. Cakap direct pun dah.
Dia tau duit dalam acc dah kosong dia buat derk je..
Pergi la cari kejeeeeee..
Kenapa aku yang tak tido malam buat keje part time. Bawak grab.
Tuhan menipu je.
– Isteri tersakiti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Puan, dapatkan bantuan kat pejabat agama islam daerah terdekat dengan tempat tinggal..boleh buat aduan kekeluargaan.. jangan tanggung masalah seorang diri..hubungi perunding cara kekeluargaan kat pejabat agama islam..