Suami Sakit atau Malas?

Assalamualaikum admin dan hai semua pembaca. Saya Mawar Putih umur awal 30 an. Berkahwin baru dalam 2 tahun.

Saya nak meluah dan nak minta pandangan yang baik dari pembaca.

Suami saya seorang yang baik, susah nak marah, ada masa tolong buat kerja-kerja rumah, tak miss bagi duit belanja walaupun gaji kecil, hampir 90% duit gaji dia akan serah pada saya, pergaulan baik dengan family saya.

Namun, dia menghidap bipolar. Itu pun dapat tahu selepas kahwin. Dia perlu rehat dan tidur yang cukup. Kalau tidak, dia akan berubah cepat marah dan suka belanja melampau.

Bila saya dah tahu masalah yang dihidapinya, saya dah pun jumpa dengan doktor dan suami kena mkan ubat untuk kawal penyakitnya.

Pada mulanya, saya ok saja. Jaga makan minum, pakai semua. Tapi lama-lama, dia jadi seorang yang kuat tidur. Saya faham effect daripada ubat yang dimakan. Tapi bagi saya, terlampau kuat tidur sampai saya yang stress.

Malam dia tidur dalam kul 12, jarang sangat dia terjaga dulu dan kejut saya untuk persediaan sahur. Memang saya akan bangun dulu. Betul-betul siap, baru dia akan bangun. Itu pun lepas 3 ,4 kali kejut.

Lastly, buat nada tegas. Baru bangun. Itu pun, makan dalam 5 minit, dia naik katil blik tidur. Subuh kena kejutkan lagi.

Lepas subuh dia akan tidur sampai hampir kul 4. Pastu saya kejut bangun solat zohor dan tunggu asar, kemudian dia sambung tidur sampai dekat kul 7. Antara masa ni saya memang selalu kejut, sampai lama-lama jadi malas dah.

Bila dah tidur, memang dia takkan tolong dah saya dekat dapur atau hidang makanan berbuka macam dia selalu buat dulu. Bangun kul 7 tu mamai lagi, menung dekat kerusi.

Terutama bila kena work from home. Buat kerja pun asal siap dan mesti selang-seli dengan tidur. Saya kerap nasihat kena ubah sebab nanti majikan marah, tak kan nak kena berhenti kerja. Dalam musim tak menentu macam ni.

Dia boleh terima, dia sedar pasal masalah suka tidur tu, tapi saya tengok macam tak ubah dan tak usaha nak kurangkan.

Saya tak suka jadi isteri yang suka arah-arah suami. Tapi saya akan nasihat baik-baik. Saya cakap, usahalah buat aktiviti supaya tak tidur memanjang. Tolong tengok sampah, tolong buang sampah, basuh kereta, potong rumput.

Tapi tu lah, dia akan bagitau penat. Lagi-lagi bulan puasa. Saya masak, kemas rumah tu pun penat jugak. Hari-hari pulak tu kena buat.

Lagi satu, dia suka bandingkan. Dia buat kerja, mesti nak ajak saya sekali join, pastu dia kata penat kan? Macam nak bagitahu la kerja yang dia kena buat tu penat sebab tu dia jarang buat.

Walhal saya selama ni penat saja tapi tak bagitau pun. Sebab rasa tu tanggungjawab. So, buat saja dengan happy.

Kadang-kadang saya stress, rasa sunyi, rasa tak semangat nak buat kerja-kerja rumah. Selalu saya menangis sorang-sorang sebab rasa tertekan.

Saya anggap ni ujian untuk saya dan suami pun bukan nak benda macam ni berlaku.

Jadi, saya nak pendapat untuk atasi masalah dia yang terlampau kuat tidur tapi kena konsisten makan ubat. Mungkin ada yang pakar atau ada pengalaman jaga orang bipolar.

Saya cuba search di internet, banyak cerita pesakit bipolar ni jadi orang berjaya dan hebat. Tapi suami saya ni macam makin mundur. Saya fikir semua pasal nak tambah pendapatan sebab tak cukup. Dia tidur saja.. Camno?

– Mawar Putih (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *