Suami Saya Berguna atau Tidak?

Assalamualaikum semua. Perkenalkan nama aku Fifi. Aku sebaya dengan Jisoo Blackpink. Blackpink in your areaaahh!

Terlebih dahulu, untuk pengetahuan semua, aku sudah berkahwin dan dikurniakan 3 cahaya mata yang sangat indah.

Khaisarah, Khalisha, Khairy. Jangan risau, semua bukan nama sebenar. Hahahaha.

Aku telah berkahwin sudah lebih 5 tahun. Namun perkahwinan aku ini macam tiada perubahan dalam kemajuan kehidupan aku sekeluarga.

Pada awal tahun perkahwinan, biasalah rumah sewa, perabot takde, semua zero.

Tapi bila sampai sekarang pun, anak pun dah berderet, rumah aku masih sedih melihatnya….. katil takde, sofa apatah lagi. Ada pun tv, tapi letak atas gerobok baju lama…….

Malu aku bila kawan-kawan nak datang beraya atau melawat. Sebab rumah memang kosong.

Rumah pun sewa kerajaan, tapi dah berapa tahun tak bayar. Kenderaan? Pun pinjam kakak iparku punya.

Kisahnya, aku dan suami bekerja. Namun, aku rasa suami aku tidak puas enjoy kerana muda lagi dah berkahwin dengan aku.

Sebab bila gaji, dia akan beli baju mahal, seluar mahal, kasut mahal, semua mahallah. Adakah ini semua silap aku? Duit kerja jarang dia bagi ke aku, dengan kata lain, nafkahnya sangat culas.

Tapi aku tak kesah sebab aku pun bekerja, ada duit sendiri.

Pada mulanya, aku tak kesah bila kita berkongsi duit, bagi aku yelah kita kan suami isteri, susah senang kongsi sama-sama.

Namun aku silap, akhirnya suami aku kesedapan, semua benda aku tanggung, jadinya, kerjayanya pun tak serius.

Kerja sebulan dua berhenti, kata tak sesuai la, bos gitu la bos ginilah. Kerja itu susah, kerja ini susah.

Akhirnya, aku seorang sahaja yang bekerja dengan gaji lebih kurang RM2,200 untuk tanggung suamiku, anak-anak dan ibu mertuaku.

Barangan untuk diri aku pakai kononnya self reward memang sekali sekala je aku beli.

Contoh, selama setahun aku kumpul duit nak beli cincin harga RM400, namun bila aku dah beli, aku terpaksa gadaikan sebab bulanan kami tak cukup………..

Ok aku cerita tentang komitmen pula. Silap aku, aku ada ambil personal loan sebab nak enjoy bersama keluarga, dan ada bayar hutang lain-lain (sebelum ni suami aku ada pinjam ahlong).

Masa mula-mula apply tu, aku fikir sebab kami mampu. Namun aku silap, sekarang ‘aku’ tidak mampu. Jumlah gajiku tolak itu tolak ini, hanya tinggal 400 je sampai hujung bulan.

Aku sebenarnya banyak benda nak cerita, namun dalam hati ini meluap-luap sampai tak tahu nak cerita apa dulu. Aku selalu stress. Aku selalu kena anxiety attack.

Kalau dilihat dari mata kasar, nampak kami sangat bahagia, macam takde apa-apa yang jadi. Laki aku pun elok je layan aku. Takde la macam tak guna sangat. Ok lah.

Cuma tulah, kat rumah memang malas sebab ada mak mertuaku. Ni pun satu hal, manjakan anak sangat. Haih.

Dah lah, tak tahu nak cerita apa lagi sebab dada aku ni sakittttt sangat. Meluap-luap rasa nak marah, nak nangis, tapi……. Aku takut aku yang tidak bersyukur dengan pemberian Allah kepada keluargaku.

Aku cuma minta, korang doakan agar suamiku berubah dengan cepat ya!

Aku dah tak kuat, aku sedih………

– Fifi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *