Suami Seorang Pendosa

Salam semua. Nama saya Duka, memang sekarang tengah duka lara. Beberapa bulan dulu suami kantoi ada hubungan songsang, dengan anak ikan, hubungan sejenis.

Bukan takat berkawan aje, tapi tiap minggu semburit, buat maksiat tak kira tempat, rumah sendiri, rumah bf dia, check in hotel dll.

Ada juga tipu saya, kata ada kerja tapi rupanya bawa bf dia honeymoon ke pulau peranginan terkenal di luar negara. Buat tak kira masa, siangnya puasa, malam tarawih, lepas tu sambung dengan aktiviti maksiat semburit.

Saya ajak pergi umrah, rupanya masa umrah dan balik umrah masih sambung aktiviti. Tiada langsung rasa ingin bertaubat atau takut pada Allah kalau Allah turunkan bala masa di tanah suci.

Ini partner dia yang ke 3 atau 4. Pernah partner dengan bf luar negara lagi. Dah bertahun2 buat maksiat, bukan tak pernah kantoi, tetapi bila confront selalu nafikan dan saya pun tak de bukti konkrit, hingga lah 5 bulan dulu baru dia mengaku.

Saya tangkap dia tiap minggu transfer duit pada bf anak ikan dia yang dia bahasakan sayang. Dia bahasakan diri dia daddy. Kiranya dia jadi sugar daddylah (jijik). Saya yang telah dikahwini berpuluh tahun pun sekali pun dia tak pernah panggil sayang.

Ingat memang dia bukan jenis romantis. Tak pernah mesej cinta cintun. Tapi dengan bf nya tu, kalau baca pun nak muntah, muah sana sini, mesej rindu nak jumpa, nak peluk, nak cium, nak fuck sentiasa pada hal baru jumpa.

Dalam sehari selang beberapa minit aje akan mesej lagi, vc tunjuk kemaluan dan lubang bontot masing2, tunjuk sedang mandi telanjang dll lah.

Dengan saya memang dah lama tak disentuh, bertahun2. Setiap malam saya menangis, suami ada disebelah, tapi kaku dingin seperti air batu. Nak pegang tangan dia pun, dia akan tepis, apatah lagi nak bermanja dan bersama.

Suami hanya akan naik tidur bila sudah habis melancap dan vc naked, menonton porn bersama2 bf di ruang tamu (bila dah kantoi baru saya sedar suami selalu mandi wajib sebelum tidur bila habis nonton TV).

Larut malam pukul 2am baru dia naik tidur, sebab bfnya kerja malam. Dah pastikan bf selamat sampai rumah baru dia masuk tidur. Begitu concern sekali dia pada anak ikan nya.

Pada anak dan isteri sendiri dia tak pernah tajya khabar hati2 memandu, dengan bf bukan main caringnya. Sebelum tu puas kan nafsu dulu. Boleh bayangkan beza nya cinta dia pada saya dan pada bf dia kan.

Saya kena terima hakikat dia tak pernah cintakan saya, walaupun saya yang lahirkan zuriat dia, menjaga zuriat dia dari kecil hingga habis sekolah, membantu dan mengurus kan semua ekonomi keluarga dari bil, kredit kad, hingga bayaran rumah dan kereta. Semua saya uruskan sejak kami kawin.

Dia hanya mengahwini saya kerana nak tutup kelakuan songsangnya, dia sendiri mengaku pada bf anak ikan dia, dari kecil lagi dia dah suka lelaki, suka tengok askar pakai seluar dalam sahaja. Fetish dia seluar dalam dan lelaki berpakaian uniform, terutama askar.

Even kat surau nampak jemaah lelaki betulkan kain pelikat pun dia boleh teransang. Dengan saya, saya pakai seksi dengan haruman wangi pun dia tak nak sentuh. Dia juga mungkin masih simpan saya sebab saya yang uruskan semua kehidupan dia, dia hidup senang, financial free.

Kami sama2 bekerjaya, berpendidikan tinggi dengan gaji tinggi alhamdulillah. Saya kesal, Allah kurniakan segala nya buat kami, kesenangan hidup, anak2, keluarga yang baik, tapi suami tidak bersyukur dan memilih untuk melakukan maksiat yang besar ini,

Nabi muhammad pun tak mengaku umat, bumi pun tak terima mereka yang maksiat kaum sejenis ini, hingga kaum Luth ditelan bumi. Suami ada didikan agama, tahu semua ni, tapi masih berterusan melakukannya.

Berbalik cerita lepas kantoi, saya menjadi trauma, depress anxiety yang amat sangat. Berhari2 berbulan2 saya menangis (sekarang pun masih menangis huhu). Saya jumpa kaunselor dan psychiatrist. Hati saya terluka, parah tak boleh sembuh.

Suami berjanji akan tinggalkan semua tu, ujian HIV beliau negative. Suami bersumpah dengan Quran dan bertaqlik akan jatuh talaq pada saya jika dia mendekati, mengulangi, atau terfikir dan terjebak kearah itu lagi.

Saya tidak lagi percaya apa pun yang dia katakan, junjung lah, bersumpahlah dengan quran saya tidak lagi percaya. Apa tah lagi dia pernah bersumpah dengan nama Allah nafikan perbuatan sumbang nya dulu, sedangkan memang masa tu dia buat perkara tu.

Luka saya memang tidak dapat diubati, saya jadi pendendam. Saya jadi paranoid. Saya jadi skeptical. Saya ambil cuti tanpa gaji, ikut ke mana saja dia pergi walaupun saya penat.

Dia selalu outstation, saya mengharap dia sentiasa menghubungi saya semasa outstation, beri khabar dan bercerita dengan saya, sebagaimana dia lakukan dengan skandal anak ikan nya dulu, hp sentiasa ditangan contact skandalnya, mencurahkan rasa rindu dan tak sabar nak balik untuk buat maksiat.

Dengan saya nak update sepatah kata sehari pun susah, sedangkan isterinya inilah yang sentiasa berdoa dia selamat dijalanan. Saya tidak lagi menjadi diri saya yang dulu. Yang sakit nya, bila saya sakit, saya menangis, dia bukan nak pujuk, dia marah kata saya tak move on. Dia dah move on saya cuba ungkit lagi.

What? Dia move on? Move on sebab frust berpisah dengan bf dan tak dapat buat maksiat lagi? Cmon. Dia kah yang tersakiti atau saya yang dia sakiti? Dia ingat begitu mudah saya nak lupakan segala pengkhianatan, penipuan dia bertahun2 pada saya?

Luka saya tidak pernah sembuh, malah saya rasa makin hari makin bertambah sakit. Kadang2 saya terfikir nak balas dendam, curang pula dengan dia, biar dia rasa kan bertapa hancurnya bila dikhianati.

Tapi kemudian saya teringat dosa pahala, tak akan tertanggung azab kubur dan azab diakhirat nanti. Silap2 didunia lagi Allah dah balas. Saya akan rugi dunia dan akhirat.

Saya setia berpuluh tahun dengan suami, walaupun saya boleh aje berlaku curang, ada aje lelaki yang nak saya walau pun tahu saya dah kawin, tapi saya menjaga maruah saya sejak sebelum kawin hingga ke hari ini. Mungkin ada yang bertanya kenapa saya tidak berpisah?

Ye saya boleh aje minta fasakh dengan pejabat agama sebab semua bukti songsang suami saya ada. Ada video tengah buat maksiat lagi. Belum pernah sehari berlalu yang saya tidak terfikir untuk berpisah.

Saya benci dan marah suami. Bila bangun tidur, saya mengharap ini hanya mimpi ngeri dan suami tidak akan pernah berlaku songsang. Saya in the state of denial.

Kenapa saya harus hidup dalam deep depression dengan suami begini. Kenapa suami tega melakukan ini semua, sakitnya hati dan perasaan saya tak dapat diungkapkan dan tak mungkin difahami oleh mereka yang tidak pernah melalui nya, sebab tu suami buat biasa sahaja, bagi dia itu perkara kecil dan remeh.

Saya tidak ada masalah dari segi kewangan mahu pun anak jika saya nak berpisah. Saya tiada jawapan kenapa saya masih tidak berpisah, mungkin bila tiba masanya akan terlerai juga ikatan perkahwinan ini jika suami masih tahap ini, tidak berusaha menambat hati saya semula.

Suami pun tidak serius mahu memperbaikinya, sentiasa menyakiti hati saya lagi. Tidak langsung sensitif dengan keadaan saya yang murung yang berpunca dari perbuatan nya.

O Allah. I want my life back. Jika lah boleh diundurkan waktu, saya tidak ingin berkawin dengannya. Saya kesal suami take it easy semua ni, saya dah bagi dia peluang, dia tidak berusaha menjaga hati saya semula, bagi nya perbuatannya itu hanya perkara kecil, time will heal.

Saya minta dia 2 perkara sahaja, jumpa kaunselor untuk mengubati nafsu songsangnya bersama saya, itupun dia tak nak. Saya minta dia sentiasa ke surau bersama saya untuk mendekatkan diri dengan Allah dan bertaubat atas dosa2 besar yang dia lakukan, dia bagi alasan tak de masa, sedangkan dia ada banyak masa melayan hp dan TV.

Baru2 ni dalam pada saya sentiasa ikut dia kemana saja, dia kantoi lagi, sempat vc lagi dan melancap dalam bilik, saya hanya tinggalkan dia sekejap sahaja kerana ada urusan diluar, balik saya tengok dia kunci bilik untuk onani itu.

Sedangkan saya berusaha untuk puaskan nafsunya supaya dia timggalkan tabiat buruknya itu, tapi itu juga yang dia buat. Mungkin telah terbiasa buat dosa. Itu yang membuat saya makin lama makin tawar hati, dia memang memilih untuk tidak berubah.

Mungkin ini ujian untuk saya, untuk Allah tinggi kan darjat saya diakhirat nanti, bersabar dapat suami yang tidak pernah mencintai, menghargai malah mengkhianati saya.

Terima kasih kerana sudi membaca. Saya faham bila isteri atau suami tak dapat terima lagi pasangan masing2 bila dicurangi.

Nasihat saya pada adik2, tak kira perempuan atau lelaki, keluarlah dari perkahwinan kalau dapat detect pasangan curang, atau abnormal, jangan jadi seperti saya, menyimpan sedih sepanjang hayat.

Doakan saya bahagia diakhirat yang kekal abadi, biar pun saya tak tahu bila masa saya akan dijemput ilahi, the sooner the better ya Allah.

Duka yang berduka,

– Duka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

11 Comments

    • Tenatnya dunia sekarang! Kita yg membaca pun rasa nak termuntah. Inikan pula yg sdg mnghadapi. Seek for help, Puan. Di fb ni ada Pn Suzana Ghazali, seorg peguam syarie.Hubungi beliau dan ceritakan masalah utk dia bantu. Caj dikenakan tak mahal. Semoga yg baik2 juga utk puan dan anak2. Stay strong always!

  1. Nak tunggu dapat HIV ke baru berpisah. Kucing kalau dah suka makan ayam, memang x la dia nak sentuh ikan.

  2. berpisah jela kak oi.. sayanglah diri sendiri dulu dan anak2, takut sy baca kisah akak ni hmm. Selagi tak berubah baik akak cau terus. Kalau lah si suami tu betul niat nak brubah mesti usaha punya. Pasal anak2 pun sy tak rasa selamat kalau ayahnya macam tu.

  3. Minta maaf, tp pd pendapat saya, puan kna hubungi pejabat agama mngenai tabiat songsang dan ‘taklik’ jatuh talak yg dibuat oleh suami puan.. klau bkn tujuan utk bercerai pon, kna ‘clarify’ apa yg dia telah buat kpd puan.. : mengabaikan nafkah zahir n batin, melakukan hubungan luar tabi’e, di dlm rumah dan dlm pengetahuan puan,‘mnyembunyikan’ kegiatan songsang beliau di sebalik perkahwinan dgn puan serta membiarkan puan dalam keadaan tidak diberikan hak sbg isterinya dan lain2 perkara yg berkaitan.. mmg Allah masih bgi rezeki, walau pon suami berbuat maksiat.. tp klaw Allah nk bgi “istidraj”, maka siksaan-Nya lebih dahsyat di akhirat kelak, atau mngkin shj Allah akan balas di dunia ini lagi.. bertaubatlah sebelom maut ‘menjemput’, semoga taubat diterima Allah swt.. wallahu a’lam

  4. Keluar la sis dr khdpn toksik mcm tu sampai bila nk bertahan. Hdp dgn org mcm tu bole mggu mental, emosi n ibadat sis pn x tenang. Mtk la pd Allah utk jln yg lbh baik.

  5. Tenatnya dunia sekarang! Kita yg membaca pun rasa nak termuntah. Inikan pula yg sdg mnghadapi. Seek for help, Puan. Di fb ni ada Pn Suzana Ghazali, seorg peguam syarie.Hubungi beliau dan ceritakan masalah utk dia bantu. Caj dikenakan tak mahal. Semoga yg baik2 juga utk puan dan anak2. Stay strong always!

  6. Salam Puan.
    Tinggalkan je org mcm tu walaupun dah bertahun. Better late than never. Lapor kat pejabat agama. Seduit tak guna simpan org mcm tu.

  7. Hmm penat baca …kakk org mcm ni kita boleh mintak pisah kak…belajo tinggi kak cuba ko tanya mana2 lawyer ler aku yela sekolah x abis duit pon xda ko semua ada apa ke ehh aku xmau cakap lebih2 x guna tp kalo ko baca komen aku pegi la mintak cerai ko x dosa pon mintak cerai dr suami mcm ni dia x kan berubah kecuali dia dpt bala dr Allah tu je aku nak cakap harap Allah mudahkan perjalanan ko aamiin

  8. Kalau tgk timeline ni mesti dah umo 40an kan. Dah mature sgt dah.
    Acik tunggu apa lagi? Tak paham. Tunggu dia jatuh cinta balik dgn acik? Tunggu dia sentuh acik balik? Patutnya bersyukur dia tak sentuh awak, at least kalau dia hiv atau sifilis, atau gonorea pun, dia sorg2 je acik oiiiiiiii. Hiv negatif hari ni bukan bermaksud selamanya negative. Pernah dengar window period? Pergi tanya chatgpt apa tu window period. Heran betul dah sampai mcm tu dihina maruahmu oleh sang suami, tp masih bertahan dlm rumahtangga yg fasid.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *