Hi, nama saya Marker (bukan nama sebenar). Saya selalu baca confession di page ni, tak pernah terfikir yang sekarang saya pula yang akan hantar confession sendiri.
Tapi tujuan saya hanyalah untuk meluah, memandangkan confession ni ialah tipikal story tentang rumah tangga, dan saya tahu saya hanyalah isteri lemah.
Ceritanya begini. Saya dah berkahwin dengan suami selama 4 tahun. Sepanjang kahwin, saya ada beberapa kali terjumpa panggilan yang dibuat kepada seseorang, dan setelah disiasat, ianya seorang wanita (saya namakan S).
Saya berdepan dengan suami dan tanya. Dia cakap, dia dah kenal perempuan ni sebelum kenal dengan saya lagi, dan tiada apa-apa hubungan istimewa. Panggilan dibuat pun atas dasar perbincangan, mereka bercadang untuk buat bisnes.
Saya tak puas hati sebab call yang dibuat banyak kali dan panjang. Saya cari tahu details dia melalui nombor telefon. Saya cuba cari semampu saya, akhirnya saya tahu namanya, umur dan tempat kerja. Tapi saya tiada gambar kerana semua media sosial dia tak dapat detect.
Saya dan suami duduk di negeri A, dan perempuan tu di negeri B (negeri kelahiran suami). Hasil korek punya korek, mereka memang ada hubungan, dan pernah berhubungan badan juga (saya tak cerita details di sini macam mana saya tahu).
Saya kumpul kekuatan dan consult suami lagi sekali, dan dia cakap dia dah pun putuskan hubungan.
Sebagai isteri, saya sangat gembira dengan tindakan suami sebab dia memilih isterinya daripada perempuan tu. Dan kami pun jalani hidup seperti biasa, tiada apa yang mencurigakan di mata saya.
Tapi one day setelah lebih kurang setahun, terdetik di hati saya untuk letak recorder di kenderaan suami. Dan mungkin Tuhan nak tunjuk kat saya, hari yang saya letak recorder tu, saya dapat rakaman suara mereka yang mengecewakan saya. Antara dialognya:
“Jangan call selagi saya (suami) tiada WhatsApp, nanti tertangkap dengan boss (merujuk kepada saya) mati kita. Nasib kita baik setiap kali sayang (perempuan tu) call, si boss tak ada sekali.”
Dan perempuan tu ketawa saja. Perbualan mereka berterusan dengan penuh gurau senda.
Dalam perbualan itu juga ada sebut perkataan “anak” (mungkin anak perempuan tu dengan suami, mungkin mereka pernah terlanjur waktu dulu sebab status perempuan tu memang bujang).
Luluhnya hati, rupanya mereka berpakat seperti sudah berpisah, tapi akan berhubung sewaktu suami di luar atau di waktu kerja (suami simpan telefon lain di tempat kerja). Patutlah secara tiba-tiba perempuan tu follow saya di TikTok.
Dan bila saya cek di media sosial yang lain, nama dia terus keluar. Tak hide dah. Dia buat-buat macam mereka dah betul tak ada apa-apa dan berani tonjolkan diri.
Mati-mati saya percaya suami, rupanya dia main wayang belakang saya. Suami juga ajak perempuan tu untuk tinggal di negeri kami menetap. Mungkin supaya senang berjumpa.
Sekarang ni, saya sedang berfikir macam mana cara untuk berbincang dengan suami. Saya tahu dia tak akan senang-senang buang perempuan tu kerana mereka dah bercinta lama. Kalau dia nak buang, dah lama dah dia buang, tapi dia masih simpan di belakang saya selama bertahun-tahun.
Saya tak rela diduakan, tapi saya juga takut perpisahan. Saya sedih dan takut dengan reaksi keluarga, mengenangkan saya yang bersungguh-sungguh yakinkan keluarga dengan pilihan saya.
Orang cakap jangan cek telefon suami, maka kita akan tenang. Segala perbuatan tak baik mereka pasti akan dapat balasan juga. Jadi kadang-kadang saya fikir untuk tutup mata saja.
Selagi dia tidak suarakan untuk berkahwin, maka saya akan diamkan diri dan jalani kehidupan seperti biasa. Suatu hari nanti mesti dia tinggalkan perempuan tu, kerana kalau mereka nak berkahwin, dah lama suami ajukan kan.
Tapi kadang-kadang juga saya fikir kalau saya biarkan, maka saya sedang dibodohkan mereka sedangkan saya isteri.
Saya berfikir untuk WhatsApp perempuan tu dan bertanya terus terang, tapi saya ada baca kalau WhatsApp hanya akan menjatuhkan maruah sebagai isteri, seperti saya kalah. Saya buntu apa yang patut saya buat.
Tapi saya di sini hanya ingin meluah, untuk melegakan hati yang sedang punah.
Terima kasih sudi baca.
– Marker (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit