Assalamualaikum dan salam sejahtera warga IIUM Confession.
Saya adalah silent reader page ni dan kalini terpanggil untuk berkongsi, dengan harapan ada cadangan dan kata2 nasihat dari kalian yang saya hormati.
Sedikit pengenalan diri, saya seorang isteri dan ibu kepada 1 anak perempuan berumur 3 tahun. Bekerja di dalam bidang professional. Begitu juga suami, dan gaji kami di paras yang lebih kurang.
Straight to the point – Suami saya melayan saya dengan baik secara fizikal nya. Juga ayah yang baik pada anaknya. Ceburi semula minat gym sejak 2 tahun lepas. Consume protein dan supplement yang lain.
Tentang hubungan kelamin – anggaran sebulan 2x walau suami consume testosterone pil. Pada saya agak questionable kerana bila makan tu, bukankah akan trigger hormon seks lebih? – pertanyaan saya pada yang ada pengalaman.
Ibu saya menetap bersama kami kerana menjaga anak sejak habis pantang sehingga tahun ini. Tahun depan anak mula sekolah dan mungkin ibu akan lebih banyak masa di kampung sendirian.
Suami tiada isu dan kata dia tidak kisah malah bersyukur ibu nak tolong jagakan anak kami.
Namun saya tahu, saya nak lebihkan privacy antara kami dan akan minta kakak dan abang lebihkan masa untuk ambil ibu dan balik kampung bermula tahun depan.
Disebabkan ibu menetap bersama, sebulan 2x saya akan bawa ibu balik ke rumahnya dikampung (sejak 3 tahun lepas) dan kebanyakannya suami tidak akan ikut dengan alasan nak buat part time.
Jadi, suami akan ada lebih masa sendirian – di sini ada sedikit trust issue. Perkara yang dia buat bila ketidakberadaan saya.
Selepas 3 tahun ini saya tergerak untuk cuba ‘spy’. Saya letakkan voice recorder di tempat tersorok dan apa yang saya dapati – ada lelaki asing (yang saya tidak kenal suara) berada di dalam rumah kami pada jam 2.30pagi (anggaran) sehingga 4 pagi (anggaran).
Cuma terkilan terlalu kuat white noise dan tak jelas suara yang didengar. Antaranya yang jelas:
“Ape nama”
“Nak pergi mana jangan lari”
“Lambat sikit.. ko baru lepas mandi ke” – suami balas tapi tak jelas
Selebihnya hanya suara lelaki asing tu saja yang dengar. Saya agak yakin bukan video call sebab lelaki tu ada tanya ada highlighter tak, dan dengar laki tu jumpa highlighter yang anak saya main di ruang tamu.
Sumpah lillahitaala terketarnya saya, overthinking nya saya, tak dapat dibendung.. Memang, saya amat skeptikal dengan dia lepas dia join gym.
Saya dah slow talk banyak kali dan beritahu dia saya sampai fikir dia songsang tapi dia nafikan dan masih nak teruskan sebab dia kata itu hobi dia..
Dia obses untuk naikkan badan, tiktoknya banyak tengok lelaki2 tunjuk badan, main gym. Saya jumpa search history dia tentang kencing berdarah, d*ck photo, google account yang ada another device yang saya tak tahu.. youtube history perempuan berdada besar dari b**go live..
Saya buntu untuk siasat.. tolong saya.. jika kalian tahu akan software yang boleh buang white noise dan enhance voice.. Saya dah cuba beberapa, tapi makin sunyi makin hilang jelas suara.
Saya cuma nak tahu kebenaran — demi ketenangan dan kesihatan diri saya.
Kami boleh dikatakan sering bergaduh kerana cara pemikiran yang berbeza – mungkin dalam 2-3 bulan akan bergaduh sekali dan paling lama bergaduh dekat 3 bulan tak bercakap. Hanya whatsapp untuk perkara penting mostly hal anak.
Namun nafkah zahir dia tidak culas. Cuma setiap kali bergaduh dia akan tidur asing dengan sendiri.
Tapi buat masa ini saya masih melayan dia dengan baik, kerana saya masih tidak jumpa bukti dia terjebak dengan yang tak betul.. Juga saya tak nampak kurangnya layanan saya di katil, kerana saya tahu apa yang dia suka dan saya akan layan sebaiknya.
Saya cuma berdoa Allah lindungi kami. Sejujurnya saya sudah tak nampak masa depan bersama suami bertahan berapa lama..
Saya berdoa selagi saya masih berstatus isteri, saya akan cuba jadi isteri yang baik melayani zahir dan batin seperti dia melayani saya..
Allah maha mengetahui, tolong doakan saya, agar diberi petunjuk dan jika apa yang saya fikir adalah salah, juga akan diberi petunjuk supaya saya boleh redakan hati dan teruskan berusaha jadi isteri yang solehah..
– Isteri buntu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit