Suami-suami Akak

Suami-suami akak…
Assalamualaikum dan selamat sejahtera korang. Aku nak ceritakan serba-serbi tentang akak aku. Aku dah minta kebenaran dia untuk memberi sokongan kepada perempuan2 atau lelaki2 yang merasakan hidup diorang dah tak bermakna sebab gagal dalam percintaan mereka.

Aku bertuah sebab dilahirkan dalam keluarga yang penyayang dan sederhana. Ayah dan ibu kahwin atas dasar cinta dan dorang banyak kali nasihatkan kitorang supaya walaupun bercinta, jangan abaikan orang sekeliling. Diorang juga nak kitorang cari cinta sendiri, maknanya kitorang takdelah dipaksa-paksa.

Aku ada 8 adik-beradik dan aku adalah yang last. Dan yang masih belum berpunya lagi. Hahaha. Relaks, muda lagi. Akak aku yang sulung, umur dan dalam 40-an. Dia sekarang dah berkahwin dan punyai anak-anak yang degil tahap dewa tapi kiut.

Okay, berbalik pada tajuk. Kenapa aku pilih akak aku?

Sebenarnya, baru-baru ni, aku baru lepas clash…putus tunang dengan pakwe 8 tahun aku. Sejak kitorg form five tau. Beza akak aku dengan aku memang jauh. Korang tau2 jelah, dapat ibu ayah romantik ni…ehem…berbalik pada cerita. Sebab kitorang clash adalah kerana dia ‘terjatuh’ kat orang lain. Oleh sebab aku tengok orang sekeliling aku sweet2 je, aku rasa diri aku palinglah tersangat gagal dalam bab percintaan. Nak dekat tiga bulan aku frust menonggeng. Mangkuk tu pula sedap2 je post gambar2 dia dengan girl baru dia kat fb dan insta.

Dan disitu lah muncul akak aku. Dia cuba nasihatkan aku bangkit semula lepas ayah ibu dan adik-beradik lain gagal sembuhkan aku. Masa tu dia buka mulut. Selama ni, aku ingat suami dia sekarang ni second husband dia. Rupa2nya, sebelum ni akak aku pernah kahwin 3 kali dan 3 kali cerai. Nampak sangat aku ni tak ambik kisah pasal akak aku. Dia pernah cerai sekali. Tu pun aku ingat dia cerai rela dengan jantan tu. Rupa2 nya bukan.

Siamang…i mean, suami first dia sebenarnya sama macam aku dengan bekas mangkuk aku. Diorang bercinta sejak form three lagi. Lepas abis sekolah, diorang nikah terus. Masa tu akak aku 17 tahun. Tapi akak aku tak sambung belajar, laki tu dapat kat universiti belah utara. Kitorang orang selatan, jauh tu. Tak sampai setahun nikah dah minta cerai pasal jantan tu nak kahwin dengan kawan se-uni dia. Asalnya, jantan tu minta kahwin lagi satu, dan walaupun akak aku sedih, dia terima. Tapi pompuan tu taknak madu, so diorang bercerai. Bekas mak mertua akak aku tu pulak kawan sekampung ibu aku, so memang sayang giler kat akak.

Lepas laki tu kahwin, mak dia larang dia balik rumah dengan pompuan tu. Memang lamalah juga larangan tu. Sebab bekas mak mertua akak aku tu pun kena tinggal suami dia sebab pompuan lain. So selama lebih 10 tahun jugalah bekas suami tak jumpa emak dia. Jumpa bapak dia je. Dia balik pun lepas ceraikan isteri dia. Sebab tu pentingnya restu mak bapak.

Akak aku yang masa tu baru bergelar janda ambil keputusan pindah kl dengan kawan dia untuk cari kerja. Ibu ayah kata tak payah tapi dia cakap dia tak nak jadi macam lepas cerai tu, takde kerja, takde duit. Atleast boleh dia bagi kat ayah ibu sikit duit. Ayah ibu redha jela sebab nak semua anak diorang bahagia. Aku rasa masa tu aku tak lahir lagi kot….

Kat kl akak jumpa dengan (bekas) suami kedua dia. Yang ni aku langsung tak tahu nama dia, akak panggil dia Zeen. Aku ingat dia sebut jin. Dorang kahwin pun tak sampai setahun, cerai sebab mak bapak Zeen tak suka akak aku. Lepas cerai Zeen kahwin dengan pilihan mak bapak dia. Pastu hilang dari radar. Aku tanya ayah tentang mamat ni, ayah aku kata dalam tiga bekas suami akak aku, yang ni paling ayah aku fedap. Penakut. Sebab duit mak bapak bagi, jadi dia ikut je.

Ayah kata dulu ayah suruh dia datang ke rumah kami kat Johor masa dia nak meminang. Tapi banyak alasan. Ayah ibu datang kl (rumah sewa akak aku) nak nikahlan diorang. Si Zeen ni bawa abang dia je. Mak bapak tak datang. Hmmmmm… Bila nak cerai pula, dia sendiri tipu kat akak aku ayah ibu aku minta hantar balik kat stesyen bas larkin. Bila dah hantar tu, esoknya baru dia call ayah cakap akak aku kat larkin. Bayangkan marahnya ayah aku masa tu, semalaman akak aku kat larkin sengsorang. Takde pun antara kitorg yang tahu. Mana ada handphone masa tu.Bila sampai rumah, akak nangis2 call suami dia. Tahu2 je kena cerai.

Suami ke-3 akak pula tak ceraikan dia. Kawan abang aku. Tapi dia meninggal seminggu lepas diorang nikah. Eksiden. Yang ni akak nangis2 cerita pasal dia. Abang Najib. Aku tak tahu nak ketawa ke nangis masa akak beritahu nama dia. Dan aku baru tahu anak sedara first aku anak abang Najib. Bukan abang ipar aku sekarang.

Abang Najib yang sebabkan akak hilang rasa nak bersuami lagi. Alhamdulillah, masa tu akak dah kerja kat bank. Masa akak mengandung, keluarga Najib buang akak terus. Sebab diorang kata anak diorang mati sebab akak nasib malang. Suami asyik tinggalkan dia je. Masa ni abang aku yang marah sebab dia dulu rapat dengan keluarga abang Najib. Abang sekarang takde pun cite apa2 pasal dia.

Suami akak sekarang dia jumpa masa family kitorg buat umrah. Masa tu ibu ayah, dua akak aku dengan tiga abang aku yang ikut. Diorang guna duit masing2. Suami akak ni mualaf dari New Zealand. Tapi dah lama Islam dah. First time datang mekah. Dia kata masa dia haji setahun lepas tu, dia doa dapat jumpa jodoh dia kat situ. Alhamdulillah hahaha. Masa tu lama jugalah akak aku menjanda. Anak sulung dia Kir pun dah dekat sama umur dengan aku. Dah masuk sekolah.

Nama dia Amir. Nama omputeh dia panjang bebenor. Ibu ayah aku tak berkenan pada asalnya sebab dia bertatu. Akak aku pun sama je. Lepas diorang balik Malaysia, akak aku ingat dia selamat dah. Hahaha..Tapi, dia cerita, maybe sebab kuasa Allah, dia selalu mimpikan abang Amir.

Kalau jodoh tak kemana. Abang Amir cari akak aku kat Malaysia lebih 2 tahun sebelum dia minta kerja kat Singapore. Dan dia jumpa abang aku kat pejabat kastam. (Abang aku kerjankat singapore). Tu pasal dia dapat cari akak aku.

Sekarang pun ayah aku kata kalau nak cari suami omputeh, please cari yang cakap melayu. Sebab ayah ibu aku tak pandai cakap omputeh. Hahahaha… Akak aku kata jangan terlalu berserah kepada Allah tentang jodoh kita, kita kena berusaha juga. Walaupun aku masih sayang kat bekas mangkuk aku, aku cuba juga lupakan dia. Sebab kalau mangkuk dah pecah, takkan nak guna lagi. Samalah dengan kawan2 kat luar, sama ada pompuan atau lelaki, kalau dikhianati kena ingat tu ujian Allah. Maybe ada yang lebih baik buat kita. Berdoalah yang terbaik. K. Babaiiii…

– Ira

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit