Suami Suka Berjauhan

Hai nama aku Reena, aku berumur 33 tahun. Ini kisah perkahwinan aku yang terpendam sekian lama. Aku rasa di sini tempat terbaik untuk aku meluahkan segala yang terbuku di dada.

Aku berkahwin dengan suami sudah hampir 6 tahun. Kami berdua memang kenal sejak zaman sekolah lagi. Tetapi dulu kami hanya berkawan & kemudian baru timbul rasa sayang. Jadi, pada dasarnya, kami berkawan hampir 10 tahun sebelum berkahwin.

Kami berdua adalah lepasan ijazah dari sebuah universiti terkemuka di Malaysia tetapi berbeza bidang. Dia dalam bidang kejuruteraan manakala aku dalam bidang pharmacy.

Selepas tamat ijazah, rezeki kami, terus dapat kerja. Tiada istilah menganggur untuk kami. Kami berdua bekerja dalam bidang masing2. Kami memang mula berjauhan ketika itu. Jumpa pun bila masing2 pulang ke kampung sahaja.

Setelah hampir 4 tahun bekerja, masing2 dah punya income yang stable & cukup simpanan, kami decided untuk bertunang. Itupun aku yang mula tanya dulu.

Dia ada juga sampaikan hasrat sebelum tu tapi yela perempuan kan? Aku mestilah nak hubungan dari zaman sekolah ni berakhir dengan sesuatu. Sebab dah terlalu lama kami berkawan.

Akhirnya, Alhamdulillah, kami disatukan. Tapi, pada awal perkahwinan, kami terpaksa PJJ sama seperti sebelum berkahwin. Aku di utara, dia di selatan. Terpaksa berjauhan atas tuntutan kerja.

Tak lama selepas itu, aku disahkan hamil anak pertama kami. Sepanjang kehamilan, aku melalui waktu yang sangat sukar, aku mengalami alahan yang amat teruk. 

Dah lah jauh dari suami, jauh dari keluarga. Hanya Allah yang tahu struggle nya hidup masa tu. Hanya housemates yang banyak tolong itu ini waktu tu.

Hingga lah hujung kehamilan, kandungan aku masih lagi bermasalah, doc nasihatkan untuk aku bed rest sampai waktu bersalin. Jadi waktu tu, aku decide untuk berhenti kerja. Aku balik ke kampung & tinggal bersama keluarga aku.

Dan, kami suami isteri masih lagi dalam fasa PJJ. Selepas aku melahirkan anak pertama kami, aku dah mula rasa anak aku perlukan ayah dia. Aku rasa aku nak ikut suami aku. Aku dah tak nak berjauhan.

Aku pun tak tahu kenapa suami aku masih nak PJJ waktu tu, sedangkan dia dah tak benarkan aku bekerja sebab suruh jaga anak sepenuh masa. 

Jadi tiada alasan lagi untuk PJJ. Boleh je bawak anak bini ke negeri dia bekerja. Lama juga lah, anak dah 2 tahun baru dia bawa kami anak beranak tinggal dengan dia. Itupun selepas aku pujuk macam2.

Dia mesti banyak alasan, masih nak kan PJJ tak nak bawak aku dan anak ke sana. Aku sampai pikir dia ni ada perempuan lain ke? Tapi tidak ya. Bukan kes curang.

Aku memang yakin bab tu. Dia memang takde main kayu tiga. Tapi sejenis suami aku ni, dia memang lagi suka nak lepak dengan kawan2. Hampir setiap malam dia akan keluar lepak dengan kawan2.

Aku tengok cara dia suka bebas. Tak nak rasa terkawal & terikat bila aku ada dengan dia di sini. Tapi, dia kena la sedar diri dia dah ada anak bini, bukannya sama macam bujang dulu.

Selepas aku ikut dia pindah ke sana, aku selalu terasa hati dengan dia, sebab ayat yang keluar dari mulut dia selalu macam terpaksa je bawak kami anak beranak ke negeri tempat dia bekerja. Aku tahu dia lebih dari mampu. Jadi tiada alasan pun.

Dia selalu cakap, ‘elok duk kampung nak ikut sangat saya duduk sini’. Memang selalu lah dia cakap. Dia kata aku ni tak suka nak dengar cakap suami. Tapi bukan ke sebaik2 tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya?

Jadi aku mula kerap terasa hati dengan semua kata2 dia. Sebab apa2 mesti dia nak kaitkan dengan suruh aku PJJ.

Kadang2 aku cuba positif, aku fikir mungkin dia rasa suka ada me time sendiri. Taknak serabut dengan anak bini bila balik kerja? Sebab kerja dia sangat memenatkan.

Tapi aku dengan anak dia ni bukan sepatutnya jadi penyeri hidup dia ke? Tapi kenapa dia macam selalu nak elak untuk aku dengan anak bersama dia? Macam2 aku fikir.

Sampailah, satu tahap, aku dah start rasa aku macam tawar hati. Sebab bila aku tinggal dengan dia, dia selalu marah benda kecik beria sangat. Memang banyak bergaduh bila duduk serumah sekarang.

Nampak macam orang yang tak puas hati dengan kita sebab benda lain, tapi lepaskan dengan cara lain. Korang faham tak situasi tu? Memang selalu sangat.

Aku tau memang sampai ke harini dia masih tak puas hati sebab aku & anak ikut dia ke tempat dia bekerja. Aku rasa macam aku & anak ni beban pulak untuk dia.

Aku tengok dia memang seorang ayah yang sangat penyayang kat anak. Memang semua yang anak aku perlu & minta mesti dia cuba untuk penuhi. Cara dia layan semuanya tiptop. Tapi bab tinggal bersama ni, aku tak tahu kenapa dia tak nak sangat.

Aku rasa tawar hati & aku rasa sebenarnya dia tak sayangkan aku dah. Aku rasa dia tak nak kan aku. Sebab aku tengok suami orang lain, isteri balik berpantang pun cepat2 je nak bawak balik ke rumah sendiri. Isteri anak balik kampung, rindu2.

Tapi bukan untuk suami aku. Dia lagi suka hidup berjauhan. Aku tak tahu apa alasannya. Kenapa & mengapa.

Aku bukan nak banding2 kan dia dengan suami orang lain, tapi kenapa dia tak nak sangat tinggal bersama. Sampai lah hari ni, dia masih mengungkit hal itu. Macam2 kata2 dia untuk suruh aku kembali ke kampung & kembali PJJ.

Dan sampai harini, aku masih disini. Demi anak. Berapa banyak kali pun dia suruh aku kembali ke kampung, aku tetap tak nak. Aku nak bersama dia walaupun hati aku terluka sangat.

Aku nak anak aku happy ada mommy ayah dia selalu. Tapi untuk aku, Aku dah tak tau nak rasa apa.

Mungkin, satu hari, kalau Allah tarik nyawa aku & anak aku, mungkin baru dia rasa kehilangan. Atau mungkin tak rasa apa apa? PJJ yang selamanya, tak perlu dah dia minta kami balik kampung lagi, kami akan pulang ke kampung abadi.

– Reena (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *