Assalamualaikum semua. Dari tajuk aku tulis tu, ya, suami aku suka bersedekah. Sedekah tu amalan mulia tapi aku merana dengan sifat suami aku tu.
Aku kahwin dah hampir 10 tahun, kami menetap di rumah mak aku sebab aku teman mak aku. Suami aku ok je duduk rumah mak aku lepas kahwin.
Sebelum kahwin, suami aku memang pemurah, dengan aku pun dia pemurah, selalu bagi hadiah, makanan dan lain-lain. Ramai puji suami aku lelaki yang baik, itulah sebab aku kahwin dengan dia.
Lepas kahwin semua jadi lain. Duit dia dalam bank cuma ada RM50. Aku husnuzonlah, mungkin lepas kahwin duit habis, hantaran aku pun lebih RM10k.
Lepas 6-7 bulan kahwin aku perasan suami aku selalu sangat tolong orang. Suka bersedekah makanan kat masjid, belanja kawan-kawan, tolong kawan-kawan yang susah, sampai tahap dia berhutang sebab nak belanja orang.
End up orang yang dia berhutang tu contact aku, bagitau suami aku hutang dia, minta aku bayar.
Aku stress gila, sebab lepas kahwin semua benda aku kena buat sendiri.
Contoh, kereta rosak hantar bengkel sendiri, bayar sendiri, makan beli sendiri, beli baju sendiri, nak ke mana-mana kena drive sendiri. Tapi dia tolong orang luar, makin lama aku rasa makin melampau.
Lepas ada anak aku ingat dia berubah, makin teruk rasanya. Aku minta duit pampers, dia kata nanti hujung bulan. Tetiba aku dapat tahu dia belanja jiran-jiran aku semua makan, 50 bungkus makanan ye.
Bila aku bising dia tak terima dan akan bergaduh. Bila bergaduh, dia tak balik rumah berhari-hari. Dia tidur rumah mak dia (tak jauh dari rumah mak aku).
Dia bagi aku duit bulanan, sebulan RM500–RM1000, tapi aku kena meminta. Dia tak ada masa untuk family langsung. Anak-anak semua aku urus sendiri, dari baju, makan, berjalan dan semuanya.
Suami aku asyik kerja, tapi duit kerja semuanya belanja orang. Aku tak tahu apa dalam fikiran dia. Suami aku tu rumah pun tak ada, kereta pun dah tak ada. Dia cuma ada motor sebiji. Aku yang ada kereta sendiri.
Aku tak tahu macam mana nak ubah. Aku masih bertahan ada banyak sebab. First, sebab aku sekarang kerja bawah bisnes bersama. Kalau aku cerai dengan dia, boleh jadi aku tak boleh nak run bisnes tu. Jadi, tak adalah income untuk aku.
Itulah sebab utama, sebab sekarang susah cari kerja, dengan umur aku hampir 40 tahun. Segala income bisnes tu aku dapat 60%, tak banyak tapi cukup untuk aku saving untuk anak-anak.
Jadi aku bertahan walau hati aku sakit, walau aku tak redha. Banyak kali je suami aku sedekah dekat anak yatim, belikan diorang peralatan sekolah, beg buku, tapi baju anak aku pun dia tak pernah belikan.
Dia ingat RM500–RM1000 dia bagi aku bulan-bulan tu dah cukup. Aku dah banyak kali argue dengan dia sampai dah muak.
Family dia pun tak boleh nak buat apa. Mak mertua aku baik, kadang-kadang dia bagi aku RM100–RM200 buat aku tambah-tambah beli barang untuk anak aku.
Baru-baru ni dia buat posting kat Facebook. Dia cari peniaga makanan untuk dia order makanan hari-hari untuk sedekah dekat sesiapa yang duduk area rumah mak aku. Aku makan hati, tapi aku diam je.
Aku berdoa semua Allah bantu aku keluar dari masalah ini. Dia mungkin seronok orang sekeliling dia puji kebaikan dia, tapi aku sangat merana sebab aku usaha sendiri untuk terus hidup.
– Scha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Islam mengajar wasatiah. Dalam apa ibadah pun kena bersederhana. Keutamaan sedekah adalah pada org2 yg terdekat dahulu.
Nafkah = wajib. Byr hutang = wajib. Sedekah = sunat.
Amal tanpa ilmu, amalan itu jadi tertolak. Sebab tu dalam Al Fatihah kita mtk Allah pelihara kita dari jalan sesat yakni org yg berilmu tanpa amal (yahudi) dan org2 yg beramal tanpa ilmu (nasrani).
Bila suami ada kat rumah, pasang kuliah pasal sedekah. Minta dia mengaji lagi pasal amalan sedekah. Minta dia check hati, sedekah kerana Allah atau kerana selain Allah.
Bila pegang suami, baca doa makan dalam hati. Nampak macam suami tu baik. Cuma mungkin ini lah kelemahan dia. Moga asbab doa makan tu Allah perbaiki kelemahan dia dan limpahkan mawaddah warahmah dlm rumahtangga sis.