Suami Suka Bersosial

Assalamualaikum. Nama aku N. Aku dah berkahwin selama 11 tahun, dikurniakan 3 orang anak. Aku dan suami bekerja dalam bidang profesional. Umur kami dah mencecah hampir 40 tahun.

Satu tabiat suami yang susah nak berubah adalah suka bersosial. Pantang diajak keluar – baik kawan-kawan perempuan, apatah lagi lelaki. Dulu tak dinafikan lagi teruk, balik pukul 3-4 pagi tu biasa kalau keluar melepak. Sekarang pun takde beza bagi aku yang dah ada 3 orang anak ni, tetap juga balik pukul 11 lebih malam. Keluar jogging lah, keluar dinner lah.

Aku dah banyak tolerate dah. Rasanya banyak keluar air mata je. Kalau dia tanya aku happy ke, aku tipu je sebab aku pun tak pasti aku happy ke tak. Melepak is one thing, takde komunikasi dalam rumah tangga is second thing.

Aku rasa lonely, takde kawan nak sembang. Maksud aku, sembang yang boleh menceriakan and rasa dihargai, macam sembang pillow-talk atau hati-ke-hati. Suami aku rutin dia – balik kerja, hisap rokok dekat luar, sambil main game atau layan YouTube. Masuk rumah nanti, sambung tengok YouTube atau Netflix, tak pun main game dekat phone. Totally no communication. Takde nak tanya pasal hari aku macam mana, etc. Aku yang selalu tanya ‘bz ke, makan apa tadi’…

Aku ‘boss’ dekat tempat kerja, tapi aku bergaul je dengan staffs semua – cakap hal family, masak, kerja rumah, etc. Honestly speaking, aku takde dah closed friends. Everyone is living their own life, which is totally understandable.

Third thing aku tolerate – bab urusan rumah tangga, dari hal anak sampai kerja rumah. Boleh kata 95% tu aku lah yang urus. Aku bersyukur sangat parents aku banyak tolong – ayah volunteer hantar anak-anak aku pergi sekolah. Kadang-kadang aku akan masuk shift malam sekejap, tu pun parents aku yang tengokkan anak-anak. Mak aku faham sangat dah suami aku macam tu. That’s why mak dengan ayah aku tolong aku. Sebab at the end of the day, diorang tau yang anak diorang ni lah yang akan buat semua.

Suami aku memang relaxed sangat. Sekarang subuh habis lambat kan. Nak dekat pukul 7 baru bangun solat and siap-siap pergi kerja. Aku memang dah ready kan anak-anak, settled breastfed yang kecil tu.

Masa bersalin anak nombor 3 ni, memang aku pilih nak bersalin dekat hospital swasta, sebab nak luka sembuh cepat. Sebab aku tau aku kena urus banyak benda (suami aku tengah sambung master). Lepas 2 minggu bersalin, aku dah drive hantar and jemput anak sekolah. Aku gagahkan juga and kuatkan semangat, walaupun rasa macam banyak sangat dah aku sacrificed. Masa suami aku dapat master program, aku tak dapat tukar sebab takde kosong. So aku ambil cuti tanpa gaji. Then, aku rasa sangat susah nak buat part time, so aku resigned. Bila suami aku habis master, dia dapat posting kat tempat yang dia nak, of course la aku kena follow kan. Though gaji aku masa tu jauh lagi tinggi dari gaji aku sekarang, dalam 3k lebih berbeza. Tapi aku pegang kata-kata mak aku, ‘In Shaa Allah kalau kita redha dengan apa kita buat ni untuk suami, besar rezeki nanti Allah bagi’.

Sekian sahaja luahan aku. Aku tak tau berapa lama aku boleh bersabar dan bertahan. Selama ni, aku bertahan dengan air mata je. Ohh, aku pernah gastrik yang teruk 2 tahun lepas. Pan-gastritis, radang yang melibatkan seluruh perut. Doktor pakar tu pun terkejut. Dia kata stress memang selalunya jadi punca. Sobs sobs. Doakan aku.

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit