Suami Suka Tonton Gambar L

Assalamualaikum, saya AkakA. Saya baru sahaja bernikah dua bulan lepas.

Tapi saya kenal En Suami tak lama, cuma 9 bulan dan kami terus melangsungkan pernikahan. Jumpa pun hanya beberapa kali sebelum bertunang, dan selebihnya adalah hubungan PJJ.

Saya setuju kahwin dengan dia sebab kawan baik saya yang kenalkan, dan kawan saya memang cakap suami ni baik dan alim. Dan sepanjang saya berkenalan dengan dia, memang alhamdulillah semua positf ja.

Saya sangat perlukan nasihat semua sebab saya dah tak tahu nak minta nasihat siapa atas dasar menjaga aib suami, jadi pihak admin tolonglah approve luahan saya.

Sebelum kahwin, saya memang dah stalk Instagram, Facebook dan YouTube suami, sebab nak kenal dan pastikan takda benda2 tak senonoh samada dari segi following/ followers/ posts sendiri, maklumlah kami dikenalkan oleh orang tengah, alhamdulillah lulus.

Tapi saya ni bengap kut, saya tak check pulak Twitter dia tu sebab saya takda Twitter dan anggap sahaja dia lulus.

Untuk pengetahuan semua, saya memang tak berapa reti guna semua social media. Nak buat apa2, contoh nak post gambar edit2 sikit ke, semua kena Google cara. “Friends” ka apa tu, memang la tak ramai, ada berapa ja.

Masalah timbul bila sejak berkahwin, saya selalu terlihat suami cuba laju2 tutup social media dia bila saya baring di sebelah suami. Kadang2 saya terlihat gambar2 perempuan separuh bogel dan pornografi.

Tapi saya acah2 tak nampak sahaja, sebab saya nak sejukkan hati mungkin itu ialah iklan2 yang keluar yang dia tak boleh control. Maklumlah zaman sekarang banyak sangat iklan2 yang tak senonoh keluar dekat tepi2.

Untuk pengetahuan semua, saya start nampak suami tengok gambar2 tak senonoh dalam tempoh usia perkahwinan kami 3 hari.

Ada dua aplikasi social media yang saya ternampak suami tengok gambar2 begini, iaitu Instagram dan Twitter (X).

Walaupun followers dan posts dia di Instagram takda lucah2, tapi banyak sangat gambar porno keluar dekat “Search” Instagram suami. Maknanya suami selalulah kan search gambar2 macam ni. Betul tak? Ka aku yang bengap??

Lepastu saya baru saja buat akaun fake di Twitter dan stalk semua akaun yang suami follow.

Saya rasa firasat saya sangatlah betul, sebab tadi saya ada tanya2 suami, X ni apa? (Saya pun baru taw tu Twitter hehe), jadi tadi saya minta suami buka apps tu saya nak tengok macam mana, tapi suami sungguh2 tak bagi.

Dia suruh buka TikTok dia, jangan bukak Twitter. Saya pun peliklah, setahu saya Twitter ni cuma boleh post ayat2 ja, tu pun ada had perkataan, jadi apa yang nak disoroknya?? Entah la, aku ni kuno sangat.

Jadi lepas suami tido, saya pun install lah Twitter di telefon saya sebab nak stalk suami. Astaghfirullah banyak nya Twitter OnlyFans dan perempuan yang jual porno yang suami saya follow. Malah ada yang berbayar. Sedih.

Saya taip ni betul2 lepas nangis, lepas saya stalk twitter suami. Suami saya dah tidur dan saya belum confront suami.

Tolonglah, apa yang patut saya buat?

Untuk pengetahuan semua, suami saya suka perempuan dada besar. Macam mana saya taw? Malam kami nikah tu, suami dah cadangkan untuk saya beli krim besarkan dada, lepastu asyik sebut2 ja soal krim tu.

Bayangkan baru hari pertama, sedih! Maklumlah saya punya tak besar macam porno2 yang dia selalu tengok tu.

Saya ada tonton video ustaz2, salah satu sebab suami suka tengok porno disebabkan tak puas dengan layanan isteri.

Tapi nak buat macam mana, dada besar gedabak memang saya tak dapat bagi dekat suami sebab dah memang asal dilahirkan macam ni (haram besarkan dada untuk tujuan kosmetik). Jadi apa yang patut saya buat?

Kenapalah saya tak stalk Twitter dia sebelum kahwin? Kalaulah saya taw sebelum kahwin, memang saya dah cancel perkenalan kami :(

Dan saya perlukan pertolongan, macam mana nak tengok gambar2 yang suami saya tengok di Twitter tu? Kenapa bila saya tekan, cuma ada profile picture porno dia dan tweet2 porno dia ja?

Masa saya jeling suami saya tengok porno tu, macam banyak ja gambar perempuan tu. Kena bayar dia ka nak tengok? Ka dia hantar ikut dm? Kena tekan butang apa2 ka? Sorry saya noob, tolonglah saya stalk.

– AkakA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Awak x payah buang masa nak stalk apa yang laki awak tgok kat twitter.
    Laki ni suka tgok p*rn yang pelik2, kalau awak tau apa yang dia tengok, fetish dia, nanti awak lagi overthinking dan insecure.

    Macam nilah, awak suruh dia belikan ubat untuk besarkan anu dia. Dia nak suruh sangat awak besarkan dada kan. Lagi satu, kalau suami awak balik, pura2 biar phone awak terbukak, ada p*rn video, lelaki anu 8 inci. biar dia nampak.
    Kalau dia marah2, awak sindirla dia balik.

    Sorry. nasihat ni memang tak islamik, bukan tipikal isteri solehah, tapi orang mcm ni, nasihat pun x jalan, diorang ni kena kat batang hidung sendiri baru tau, mcm mana sakitnya kena compare.

    p/s: dada besar ke kecik ke, xde kaitan dengan kepuasan s*ksual suami. Sama je rasanya.

    • hahaha i suka komen ni.
      jgn naif lembik sgt confessor.. nanti bertahun2 kau buang masa je..
      Btw org mcm ni takkan berubah. Sampai tua dia akan mcm tu. Sbb benda ni penyakit. Sakit mental. Kalau kau mmg syg cinta agung kau hadap la sampai tua

  2. suami suka tgh tu jah jadi ketagihan tu dan maybe da jadi habit.
    kena cuba ajak dia isi masa kosong dgn perkara faedah.
    first,communicate dlu, nak berubah tak?kalau ade anak takkan nak anak warisi perangai jelik ni(etc)
    then,kalau dia nk berubah, try ajak dia buat aktiviti bersama-sama.kalau u perasan dia selalu tgk gamba2 mcm tu tiap kali pegang phone, slowly ajak dia buat something dgn u tanpa phone.
    Untuk awal2 mungkinlah tak ambil masa lama, tpslow2 tanamkan habit yg baik.
    lastly, jaga solat, doa dan cuba amalkan almathurat sama-sama.

  3. innalillah. sedih memang sedih. tapi kena banyak bersabar. perlu banyak2 berdoa. minta Allah kuatkan hati. minta,minta,minta doa setiap kali solat. dlm sujud n doa lepas solat. bila Allah dah beri kekuatan, cubalah slow talk. yg penting kena bijak ambik hati dia. sampai dia rasa sayang n appreciate you. u kena tau bila sesuatu yg dah jadi ketagih, memang payah utk diubah. bina keyakinan bahawa dia akan berubah 1 hari nanti. InsyaAllah dgn niat awak yg mulia, bersangka baik dgn Allah, yakin dengan doa2,InsyaAllah Allah akan perkenankan.

    • 1. Kelihatan baik n alim. Itu belum tentu ya. Dah kawin baru tahu
      2. Ini bukan penyakit ya. Ini tabiat buruk sbb tak tundukkan pandangan.
      3. Lelaki ni depan bini lain Belakang bini lain ya
      4. Teruskan berusaha n berdoa. Semoga Allah ganti kesabaran ini dgn segunung pahala di sana nanti.

  4. Kak. NORMAL yer suami yang tgk porno. kantoi tak kantoi je.

    taktahu nk nasihat mcm mana. semua berbalik pada individu. perangai.

    kalau nk berubah dia akan berubah. kalau xnak mcm tu lah sampai bila2.

    tp apa yang sy rs akak perlu buat adalah cakap dgn suami. bincang pasal ni.

    dannn.. akak kena doa banyak2 utk suami. bangun dan mengadu kat Allah dlm tahajud.

  5. Video2 lucah ni sebenarnya jadi mcm dadah..ketagihan lain mcm dan jika tidak dikawal boleh merosak otak dan mengecutkan fungsi otak mengikut kajian…

    Lelaki yg terlalu obses dgn video blue ini juga berkarakter pemalu dan tidak suka bersosial dgn masyarakat.Hidup dlm khayalan sendiri membayangkan nikmat bersetubuh seperti watak2 perempuan dlm video blue…lama2 jika isteri tidak seperti watak dlm video itu..dia akan cari pula pelacur yg boleh memenuhi kebutuhan nafsu liarnya..awas la dekkkk…kalau laki ko dah sampai langgan only fans utk berseronok melancap layan nafsu tgk video org lain..

    Dan lg 1..laki ko ni alim2 kucing aje..yg sejenis suka menegur aurat2 wanita di media soSIAL inilah kat blkg kaki layan porno pelbagai jenis…

    Aku x berapa caya dgn laki yg sikit2 aurat..sikit2 berdosa…dan laki ko bkn sejenis org beriman.Org yg benar beriman dia akan tundukkan pndgn drp melihat benda haram..apath lg siap langgan twitter only fans porno…

    Bab dia nak tetek besar tu…dia idamkan tetek pmpuan dlm video tu…kalau dia main dgn kau pun dia akan bayang main dgn pmpuan tu…
    Kalau dah sampai membanding2kan..ini dah tak betul..dia hidup dlm khayalan porno semata2…bkn berpijak di bumi nyata…

    Bawalah suami kau berubat..slow down kan sikit napsu dia tu.banyak jin jenis telanjang duk bertenggek kat mata dan kemaluan laki kau.TUNGGU SIKIT LAGI DIA MUNGKIN LANGGAN PELACUR ONLINE.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *