Suami Suka Tonton Gambar L II

Assalamualaikum saya AkakA. Sambungan kisah haritu, https://iiumc.com/suami-suka-tonton-gambar-l/,

Keesokan pagi saya layan ja suami macam biasa, breakfast dan salam dia pergi keja macam biasa. Lepas tu saya terus buat pregnancy test kit tu, sebab syak saya mengandung.

Alhamdulillah positive (saya sangat gembira dengan berita ni, walaupun saya benci suami saya, tapi saya sangat lah sayangkan baby saya ni :)

Disebabkan berita ni, saya jadi terus tak sabar nak confront suami, jadi saya whatsapp ja dia tanya tentang porno2 dia di twitter tu dan porno2 yang dia bayar tu (saya belum bagitahu yang saya pregnant). Dia cakap tu hal zaman dulu.

Saya pun cakap balik ni saya nak check phone dia dan jangan delete apa2, dan tak reply apa2 dah lepas tu. Suami cakap okay dan janji takkan delete apa2.

Saya tau, mestilah suami akan delete kan, entah la kenapa saya confront suami ikut whatsapp, saya tau sepatutnya confront ja face to face supaya saya dapat rampas terus phone dia.

Entah lah, mungkin sebab jauh di hati saya, saya tak sanggup tengok porno2 yang suami saya ratah2 tu, jadi saya macam nak bagi dia peluang untuk delete supaya saya tak nampak.

Masa tu saya cuma boleh berdoa dekat Allah, janganlah perangai laknat tu turun ke anak saya ya Allah (Amin).

Tengah hari tu, suami saya balik untuk makan dan solat Jumaat, tapi saya bagi silent treatment ja dekat dia. Saya tak ingat makan tengah hari tu macam mana, rasa dia yang masak kot (sebab rasa bersalah). Saya memang tak makan la sekali dengan dia, saya buat taktau ja dekat dia.

Disebabkan saya pregnant dan tahan lapar sebab takmau makan sekali dengan suami, akibatnya saya muntah2 sebab lapar sangat (maafkan Mama ya baby).

Lepas suami pulang ke office, terus saya ambik baju suma pindah bilik sebelah, geli dan jijik saya nak tidur sebilik dengan dia. Toiletries pun saya pindah ke bilik air no 2, geli nak kongsi tandas sekali. Masa ni perut saya sakit2, saya berharap sangat takda apa buruk2 berlaku pada baby.

Maka bermulalah silent treatment saya dekat suami, suami tanya apa2 memang saya tak jawab. Masa ni saya memang dah tidur asing dari suami,

(Tahu saya isteri derhaka sebab asing tempat tidur tanpa kebenaran, tapi saya memang dah tak kisah halal haram masa tu, hati sakit sangat dilayan macam tahi, jadi jangan haraplah saya nak layan suami macam bulan dan bintang).

Malam tu suami nak ziarah anak officemates dia di hosp, meninggal sebab influenza A, masa ni baru saya bercakap dengan suami, jangan ziarah sebab risau jangkit, saya suruh suami risaukan keluarga, tapi dia tak peduli dan pergi jugak. Saya sakit hati betul.

Lepastu saya pun whatsapp dia bagitahu saya mengandung, dan jangan duk masuk bilik saya ni takut jangkit, saya cakap dia degil dan pentingkan diri sendiri.

Saya sambung silent treatment ke hari esoknya, masa ni memang suami ja yang masak, tetiba dia jadi suami solehah jaga makan minum isteri.

Masa silent treatment ni, takda dia minta maaf ka apa dekat saya, dia cuma tetiba rajin masak, asyik jenguk saya setiap 15 min. Cis, sebelum ni henpon di tangan saja 24 jam. Tapi nampak lah macam dia rasa bersalah.

Malam tu, saya mintak phone dan tablet dia. Astaghfirullah banyak benda2 sampingan yang terbongkar selain porno :( Kemarahan saya membuak2, saya sembur depan2)

Bila difikirkan semula, saya tak sangka saya boleh jadi pemarah dan kurang ajar macam tu, tak pernah seumur hidup saya buat dekat orang macam tu dan saya tak menyesal.

Saya bukanlah orang yang mencarut, malah kalau saya tengok di media perogol/pembunuh kanak2 kena pukul pun saya rasa kasihan sangat dekat orang jahat tu. Macam tu sekali hati saya lembut. Jadi bila saya sembur suami tu, saya sendiri terkejut saya boleh jadi macam tu sekali.

Kemarahan saya disebabkan oleh hal2 di bawah (saya susun ikut level kemarahan saya):

1) Suami cerita dan bergurau tentang sex life kami dengan kawan2 lelaki dan group officemates dia (campur laki+perempuan).

2) Porno.

3) Tipu saya cakap dia tak pernah bercinta, padahal banyak ja ex.

4) Masih contact ex.

5) Bagi saya cincin tunang yang dia beli untuk ex dia sebelum ni.

Saya huraikan point kelima dulu sebab tu paling simple. Sebelum kahwin, suami bagitahu dia ada simpan cincin dan berhasrat untuk guna untuk cincin tunang dan nikah.

Saya pesan, kalau dia ada beli cincin tu untuk seseorang sebelum kenal saya, saya tak mau cincin tu. Saya tak kisah pun masa silam dia, cuma saya taknak cincin bekas perempuan lain.

Suami mati2 cakap takda sapa2, dia beli cincin2 tu masa emas tengah murah sebagai persediaan nikah. Jadi saya pun okay jelah, sebab cincin tu pun muat dengan saya. Satu cincin buat cincin tunang, dan cincin nikah pula saya sungguh2 minta nak pilih sendiri.

Jadi cincin no 2 tu dia kata nak bagi ke saya selepas nikah, mungkin masa anniversary kot, entah saya pun taktau (saya belum dapat cincin no dua tu).

Sebelum tunang, saya sungguh2 tekan suami banyak kali sebab nak pastikan cincin tu memang tak bertuan sebelum ni, jawapan suami memang consistent. Cuma ada masa tu saya tanya, ‘eh cemana boleh tau size cincin perempuan eh? Padan pulak tu’.

Dia terlepas cakap ‘adalah sorang perempuan xx (nama tempat kerja dia dulu) ni’. Saya terus tekan dia, tapi dia cakap dia cuma beli ikut kebiasaan size jari perempuan kurus, sebab dia suka perempuan kurus macam xx tu.

Tapi dia cakap bukan dia suka xx tu pun, cuma beli size ikut jari xx tu. Banyak kali saya tekan dia tentang xx tu, sampai ada bergaduh sekali. Tapi sebab dia sungguh2 pertahan diri, jadi saya anggap saya ni ja yang terover salah sangka.

Masa saya rampas dan check phone suami tu, baru la saya nampak chat suami dan bff dia tentang cincin dan xx tu. Perkenalan diorang tak jadi.

Sanggup suami tipu saya, walaupun saya dah pesan nak cincin baru kalau cincin tu pernah berpunya. Bukannya saya nak marah dia pun tentang zaman silam dia sebelum jumpa saya. Sedih.

Sebelum nikah, saya pernah cadangkan supaya suami jual cincin no dua tu untuk beli cincin kahwin saya, bolehlah jimat duit, tapi suami tak mahu sebab nostalgia/banyak kenangan katanya. Puiii memang la kenangan dengan awek, sakit hati.

Saya belum confront suami lagi tentang hal cincin ni, entahlah mungkin sebab hal lain lagi besar. Atau mungkin saya nak tunggu dapat dulu cincin kedua, bolehlah saya pergi jual dua2 cincin tu beli cincin baru.

Kang saya confront sekarang, tak dapat la cincin no dua tu, nanti suami simpan belai2 cincin tu mlm2 teringat awek dia yang dulu, geram aku!

Nantilah saya hurai satu persatu point yang lain tu, kalau ada mood. Dah malam. Good night dan assalamualaikum.

– AkakA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *