Assalamu’alaikum semua.. Saya Lin. Saya rasa terpanggil untuk menulis selepas membaca confession “Antara Anak dan Isteri”.
https://iiumc.com/antara-anak-
Penulisan saya lebih kepada untuk berkongsi pengalaman sendiri, insyaAllah mudah-mudahan boleh diambil sebagai ikhtibar bagi yang mengalami masalah yang sama.
Saya pernah berada di tempat isteri confessor kerana suami saya seorang perkerja offshore. Beliau kerap tiada di rumah.
Ketika beliau bekerja saya perlu menjaga anak seorang diri. Bukan mudah mendapat emosi yang tenang dalam membesarkan seorang anak kecil.
Dari mula mengandung saya mabuk teruk. Tak mampu berbuat apa-apa kecuali terbaring selama 5 bulan. Ketika itu permainan emosi bermula. Saya rasa diri saya terikat, tak bebas seperti dulu untuk melakukan sesuatu.
29 Julai 2016 Allah rezekikan saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Selama 7 minggu suami bercuti untuk jaga saya dalam pantang.
Beliau mahu pastikan emosi saya stabil sebelum beliau berkerja semula. Banyak support yang diberikan. Saya happy dengan perhatian beliau.
Selepas 7 minggu beliau kembali berkerja seperti biasa. Ketika itu barulah emosi saya betul2 teruji. Saya perlu menghadap karenah anak seorang diri.
Ketika anak berusia tiga bulan, dia hanya mahu berdukung dari tengah hari sampai ke maghrib. Dia tidak mahu letak. Andai letak dia akan menagis. Selama sebulan perangai anak macam tu. Saya stress..
Bila dah terlalu penat saya akan jadi marah-marah. Saya whatsapp suami dengan keadaan marah-marah mengadu perangai anak. Kadang-kadang saya menangis sebab emosi, mental & fizikal terlalu letih.
Pastinya dulu saya bukanlah wanita seperti ini. Marah & emosi tak tentu hala. Naik angin & garang. Tidak…
Semuanya berlaku selepas punya anak. Ketika itu saya rasa diri terikat. Saya tak boleh fokus berniaga online. Saya tak boleh ke toilet dengan aman. Saya tak boleh makan dengan tenang.
Saya solat dengan anak meraung. Saya baca al-Quran tak sempat habis satu lembar. Saya ambil stock barang niaga dengan angkut anak. Saya packing barang dengan anak merengek. Saya mengantuk tapi perlu layan anak bermain.
Anak 24 jam dengan saya dan perkara ni berlaku setiap hari. Hidup hanya terasa aman bila anak tido malam.
Bila lihat wajah anak tidur, hati saya terasa sayu. Sebab siang tadi marah2 anak. Sedangkan dia tidak tahu ape2. Masa tu rasa serba salah sangat. Rasa diri tak berguna sebab tak mampu jadi ibu yang baik. Kadang2 tak sedar air mata mengalir.
Jadi seorang ibu memang selalu bermain dengan emosi.
Emosi ni jika tidak dikawal akan menjadi toksik. Akhirnya makan diri. Jadi depress, jadi seorang pemarah, jadi hilang pertimbangan, hilang rasa sayang, hilang rasa cinta & hilang bahagia.
Jika berpanjangan hidup dalam tekanan pasti saya juga akan bertindak agresif seperti isteri confessor.
Situasi ni berbeza bila suami ada, semua beban dan duka emosi dapat dikongsi bersama. Terasa ringan kerana ada pihak yang menyokong. Ada yang pujuk emosi ini bila ia membara.
Bagi saya suami perlu menjadi support utama paling kuat untuk bina emosi isteri yang stabil. Sebab bukan semua isteri mempunyai kekuatan untuk menghadapi cabaran rumah tangga.
Pernah sekali saya wahtsapp suami marah-marah & suami saya balas dengan marah. Keadaan menjadi bertambah keruh. Saya rasa down sangat & sakit hati dengan suami.
Tapi ape yang jadi beliau ambil ikhtibar. Sejak tu, beliau tak pernah lagi marah bila saya mengadu perangai anak. Beliau selalu bagi kata-kata supportive, minta maaf sebab terpaksa kerja jauh & minta maaf sebab tak dapat jaga anak bersama.
Bila saya membebel taip panjang2, beliau cuba untuk cool membaca luahan saya.
Setiap hari suami akan video call. Beliau akan cuba berikan perhatian, dengar cerita saya berkisar hal anak yang berlaku seharian.
Suami pernah cakap pada saya, beliau mempunyai ramai kawan ditempat kerja untuk bercerita sedangkan hidup saya hanya di rumah. Hanya ada dia sebagai kawan untuk bercerita.
Bila cuti suami akan arrange kami untuk pergi holiday. Beliau juga akan uruskan hal anak hampir 100%. Begitu juga hal rumah. Emosi saya sangat terubat dengan kebaikkan beliau lakukan.
Beliau suami yang baik. Selalu tundukkan ego. Minta maaf walau tak salah. Selalu minta saya beritahu ape kekurangan yang beliau perlu baiki. Minta saya beritahu ape yang beliau perlu lakukan untuk saya rasa bahagia hidup bersamanya.
Sekarang saya sudah enam tahun hidup membesarkan anak dengan status Pjj.
Anak saya dah dua orang. Dan kami merancang untuk yang ketiga. Emosi memang ada pasang surut. Tapi bila punya suami yang take care segala tekanan & toksik dapat dihakis perlahan2.
Saya yakin, isteri conffesor pasti seorang wanita yang baik & lembah lembut sebelum mempunyai anak. Beliau bukanlah wanita yang suka marah-marah. Tapi disebabkan tekanan pada setiap hari tanpa ada rawatan, dirinya tertekan & bertindak diluar kawalan.
Mudah2an tips ni dapat dijadikan tauladan juga buat suami2 yang menghadapi masalah isteri yang selalu marah-marah.
Sesungguhnya, Allah jua tempat mohon pertolongan.
– Lin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit