Suami Syurga

Hai.. aku terasa nak meluah perasaan kat sini pasal lelaki/suami. Sebab aku ada pengalaman dan pemerhatian aku sendiri.

Segelintir lelaki ni kalau dah kawin dia fikir dia tu dah ada kat syurga. Padahal istilah je syurga isteri kat tapak kaki suami. Dia fikir bila dah kawin isteri dia kena solehah, baik, tak melawan. Isteri tu kena perfect.

Tapi bila isteri nak suami perfect orang akan cakap terima lah pasangan tu seadaanya.

Aku cakap macam ni sebab kalau isteri buat perangai, cepat je derhakakan isteri tu. Cuba kalau suami buat perangai, orang akan suruh isteri tu sabar macam Asiah isteri firaun tu.

Suami, kalau isteri tu ada buat salah atau perangai yang tak elok, nasihat la, bimbing lah isteri tu. Tu tujuan perkahwinan tau. Isteri tu amanah. Bukan suka-suka korng derhakakan isteri tu sebab tak ikut kpi korang.

Kalau korang dah bimbing dah nasihat pun masih tak berubah, pergi lah pejabat agama mintak nasihat. Tak pun korang hantar balik isteri kat mak ayah dia.

Kadang lelaki/suami ni pilih untuk curang. Macam-macam alasan korang nak salahkan isteri sebab nak menghalalkan korang curang dengan senang hati.

Suami, kalau ada masalah rumahtangga, selesaikan. Bukan cari masalah lain. Ada pulak yang bagi nasihat kat suami, alah kalau isteri kau tak pandai nak layan kau, kau kawin je baru.

Korang ingat kawin baru tanpa selesaikan masalah boleh settle ke masalah tu?

Bila isteri korang meroyan korang curang, korang campak semua salah kat isteri korang. Aku rasa kan, yang curang ni memang dah tak sayang isteri korang kan.

Kadang-kadang aku rasa bila jadi isteri ni kena ada 2 je perasaan iaitu sabar dan redha. Isteri tak boleh marah, tak boleh sakit hati, tak boleh letih.

Kalau isteri buat perangai, suami boleh cari skandal tapi kalau suami buat perangai, isteri kena sabar dan redha.

Kadang-kadang aku pelik jugak, dengan orang luar, dengan skandal boleh cakap elok-elok. Dengan skandal bukan main manja berwasap.

Bila tanya kenapa tak wasap dengan isteri, alasan korang dah jumpa hari-hari kat rumah, buat apa nak wasap lagi?

Korang suami tau tak tu sebahagian nafkah batin? Nafkah batin tu bukan bersama je. Entah la ek, korang ni bijak tapi kenapa bab-bab melayan isteri ni korang tak boleh nak fikir dan ikut?

Nabi pun ada tinggalkan wasiat supaya melayan isteri/keluarga dengan baik. Tapi korang lagi ingat pasal poligami. Itu yang korang paling hafal n bercita-cita nak buat.

Sunnah nabi macam puasa sunat, berjemaah, urus rumahtangga tu korang buat tak endah je.

Alasan korang, korang bukan nabi nak jadi seperfect tu. Habis, bab poligami tu korang rasa korang hebat dan perfect lah ek?

Korang nak isteri macam Saidatina Khadijah, tapi bila isteri korang nak suami macam nabi, korang cakap korang bukan nabi.

Aku bukan cakap semua lelaki macam ni. Segelintir je. Aku percaya ramai je suami yang baik kat luar sana.

Aku pun tak cakap semua isteri baik, ada je yang perangai hauk. Tu aku cakap, korang sebagai suami, tugasnya bimbing isteri. Kalau da rasa tak boleh,pulangkan cara baik.

Tu belum masuk metua toksik lagi. Menantu mengadu perangai anak dia, dia pun sama campak semua salah kt menantu. Backup si anak. Ye aku tahu mak bapak mana yang tak sayang anak.

Tapi kalau benda yang tak betul, contohnya curang, korang yang mak bapak ni tak payah lah cakap sebab kau la menantu buat perangai hauk, sebab tu suami cari lain.

Sepatutnya korang nasihat anak tu, ada masalah selesaikan, jangan tambah masalah. Lepastu ada pulak cakap kalau suami dah bagi cukup makan pakai, kau isteri jalankan tanggungjawab kau je.

Apa suami kau nak buat biarkan sebab dia dah cukupkan nafkah untuk kau. Kalau dia buat perangai, tu dosa dia dengan Tuhan. Ada ek pemikiran macam ni.

Perempuan ramai kat neraka, salah satu sebab, derhaka kat suami. Kalau korang suami, sayang isteri korang kerana Allah, bimbing lah dorang.

Korang suami solat lah, tunjuk teladan baik kat isteri. Isteri ni hati dia lembut kalau korang ikhlas bimbing.

Kalau kau tak mampu kau pulangkan balik cara baik.

Kau suami, kau ketua keluarga, kau pemimpin kot. Tolong lah jangan jatuhkan martabat lelaki. Tak rugi kau layan isteri baik-baik. Bukan setakat pahala, rezeki korang pun mencurah-curah suami.

Tolong lah faham isteri ni nak disayangi nak kau setia nak kau bimbing sama-sama masuk syurga. Tak ada isteri yang kawin nak bercerai tau.

Lelaki sebagai suami ada kuasa kepimpinan, tunjukkan lah kegagahan kepimpinan korang tu.

Banyak sebenarnya aku nak luah. Maafkan kalau ayat aku terabur. Nanti kalau aku ada mood aku tulis lagi. Terima kasih sudi baca.

Assalammualaikum.

– Che Sari (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *