Suami Tak Boleh Ditegur

Assalamualaikum, saya Z. Suri rumah dah berkahwin selama 10 tahun. Nama suami R. Dia ni ada masalah tak boleh ditegur terutama bab agama.

Sebelum kahwin dia memang da bagitahu saya yang dia dan keluarganya kurang bab agama tapi dia kata dia nak saya dan ibubapa saya bimbing dan beri dia tunjuk ajar.

Saya ni tak ada lah alim sangat serba serbi tahu bab agama tapi untuk beri dia tunjuk ajar insyaAllah saya boleh. Saya pon berlatarbelakangkan sekolah agama. Keluarga juga amat mengambil berat bab agama terutama solat dengan membaca Quran.

Dia ni jenis yang menghafal. Ada beberapa surah yang dia hafal melalui pendengaran sahaja bukan membaca. Jadi lepas kawin saya cuba untuk betulkan sebutan bacaan hafalan dia. Tapi dia tak boleh terima, dia melenting. Pada dia apa yang dia dengar dan hafal tu 100% dah betul.

Bila saya buka Quran dan tunjuk bacaan yang betul tetap dia bertegas dia betul. Dia kata nak belajar Quran tapi bila saya tegur dia akan cakap dulu tok guru dia tak ajar macam tu. Masa kecil memang dia ada belajar mengaji tapi tak lama dan tak habis pon.

Setiap kali bulan puasa keluarga saya memang akan buat tadarus Quran dan bahagi juzuk untuk dibaca bersama. Malangnya hanya pada pertama Ramadhan je yang dia duduk sebelah saya mengaji.

Malam seterusnya dia akan habiskan masa dia dengan phone, game dan tengok tv. Sepanjang berkahwin tak pernah pon dia pergi solat terawih macam² alasan dia bagi.

Bab solat pula sama. Ada beberapa perbuatan solat dia yang tak betul. Dulu awal kahwin dia sendiri cakap dia terima kalau saya dan ibubapa saya betulkan tapi hakikat nya bila tegur dia marah.

Ibubapa saya pon dulu pernah cuba betulkan cara solat dia tapi dia tak boleh terima. Lama kelamaan ibubapa saya pon tak berani da nak tegur takut dia terasa.

Saya sebelum menegur pon banyak kali saya fikir. Boleh ke ditegur? Takpe ke saya tegur? Cara macam mana saya nak tegur supaya dia tak marah dan tak terasa?

Kadang tu saya biarkan saje tapi saya tak kan tenang selagi saya tak tegur sedangkan saya tahu benda tu salah. Berdosa pula saya bila da tahu salah tapi tidak ditegur. Dan berdosa juga saya jika teguran saya tu buat dia terasa dan marah. Memang saya akan tegur secara baik.

Sebelum tu saya akan cakap ‘saya ada benda ni nak cakap tapi awak jangan marah tau’. Dia akan balas ok je tapi lepas tu melenting mula la dia rasa mcm saya ni menghina dia padahal tiada ayat dan perkataan pon yang menghina dia.

Kalau dia rasa ego dia tercabar sebab teguran saya, tak boleh di tegur diajar oleh isteri, pergilah belajar cari mana-mana ustaz yang boleh ajar dia tapi dia tak nak dan takde usaha untuk perbaiki diri. Pada dia semua tu dah sempurna dan betul.

Kalau dia nak belajar pon dia belajar ikut video² ustaz je dlm utube tu. So dia amek tu sebagai panduan dia. Dia tak nak berguru depan-depan.

Saya tak cakap video ustaz tu salah tapi faham² jela bila dalam medsoc ni banyak video yang tak penuh dikerat separuh. Ada penjelasan yang tak jelas dalam tu.

Semalam saya tegur pasal seluar dia bawak solat. Dah lama saya nak tegur tapi saya pendam. Dia selalu pakai seluar track tu untuk solat. Seluar tu ada jaring² di belakang dan menampak kan aurat dia di peha belakang atas dari lutut. Saya cakap pasal jaring lubang² tu nampak kulit dia.

Dia melenting dia kata dia da tengok dah kat cermin sebelum solat memang tak nampak pon. Masa dia solat memang saya ada dibelakang dia dan memang boleh nampak kulit dia.

Dia selalu marah anak lelaki solat pakai seluar koyak kat lutut tapi bila diri sendiri dia tak boleh terima. Kalau tak tahu tak pe, tapi bila da tahu ubah lah, jangan lah dimarah orang yang menegur. Patutnya berterima kasih sebab tegur.

Lepas ni mungkin saya perlu butakan mata pekak kan telinga tak perlu nak tegur dia dah. Tapi berdosakah saya bila tak tegur sedangkan saya tahu itu salah?

Cara macam mana lagi nak tegur dia secara baik?

– Puan Z (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Salam puan, tahniah kerana berani menegur biarpun berkali-kali kena marah. Teruslah menegur dengan baik dan nasihat pada suami puan. Doa pada Allah untuk melembutkan hati suami puan. boleh google doa pelembut hati.

    Selain itu, fokus betul-betul pada anak-anak. Didik mereka sehingga mereka faham basic agama dan mampu amalkan secara konsisten. Sebab kepala keluarga dah x berapa nak betul, puan kena take over pendidikan anak-anak demi masa depan zuriat puan.

    Sebenarnya puan. Puan wanita baik tapi naif. Jangan percaya kata2 manis lelaki b4 kahwin. Ketahuilah, peratusan lelaki betul2 berubah lepas kahwin adalah 1% saja. Yang lain, mereka akan diuji dengan ego tak nak kalah biarpun salah, nafsu syahwat etc.

    Lelaki sukar dibentuk oleh isteri. Tapi seorang ibu boleh. Sebab itu, puan wajib didik anak puan agar mereka tak terikut jejak langkah si ayah.

    Terus semangat dan jangan berputus asa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *