Suami Tak Macam Ayah

Hi semua. Aku berusia 24, suamiku 26. Baru saja berkahwin 13 bulan dan masih tiada anak.

Dulu masa kahwin, orang pertikaikan kenapa aku pilih suami aku sebab aku instafamous, cantik dan bercareer tapi pilih lelaki yang agak berisi dan botak.

Tapi aku tak peduli, sebab aku rasa dia la yang paling memahami aku dan menjaga solat.

Lately ni, aku banyak berfikir jahat dan terpertikaikan diri sendiri tentang kenapa la aku memilih dia sebagai suami dulu tiap kali suami aku membuat aku sedih.

Aku dibesarkan dengan ayah yang sangat penyayang dan bertanggungjawab. Lelaki aku pun baik, cuma kadang kadang aku rasa lelaki aku tak berapa sayang aku, sebab cara dia tak sama macam cara ayah sayang aku.

Aku cuba faham sebab suami aku dibesarkan dalam keluarga yang ‘tough love’ dan bapanya agak baran. Tapi kadang kadang cara dia macam tak suka aku pun sebenarnya.

Contoh, ayah aku seorang yang rajin dan tak pernah susahkan mak aku.

Suami aku pula, marah aku bila aku tak terbangun awal pagi sebab dia nak aku preparekan segala galanya untuk dia ke kerja, termasuklah kunci kereta tu mesti dah ada siap atas meja.

Lepas balik shift malam lewat, dia tak pernah kuncikan pagar luar atau kisahkan pasal safety cek tingkap dan pintu, yang dia tahu dia balik, dia nak semua barang tidur dia lengkap supaya sia boleh terus bersiap untuk tidur.

Aku pulak tak biasa kuncikan pagar sebab selamani memang ayah aku yang buat, jadi benda ni sangat menganggu aku sebab aku takut nak keluar malam kunci pagar sorang sorang.

Kerja rumah jarang dia buat, yang dia tahu complain sebab yelah aku kan takde anak lagi, jadi apa je aku buat kat rumah lepas balik kerja.

Bila malam, aku akan selimutkan dia, betulkan bantal dia. Bila kejut dia, aku akan penuh dengan lemah lembut.

Tapi dia tak pernah kisah cara tidur aku macam mana, kadang kadang kalau aku terlelap takde bantal/selimut, dia takde pun nak betulkan walaupun masa aku terjaga tu dia tak tidur pun lagi.

Bila makan, dia tak peduli pun aku tercekik tulang ke, nasi tak tambah ke. Tak macam ayah aku yang akan asingkan tulang ikan untuk aku dan care pasal semua benda.

Tiap kali solat aku akan bentangkan semua sejadah, wangi wangikan sejadah. Tapi banyak kali bila aku terlewat sikit, dia dah panggil panggil tapi bentangkan sejadah aku pun tak.

Bila dengan family aku, dia akan jadi senyap tak pandai bergaul. Tapi bila dengan family dia, dia akan minta aku bergaul sungguh sungguh seperti call sepupu dia dan sebagainya.

Bila barang groceries habis, dia akan minta aku keluar seorang diri dengan alasan aku independent.

Aku cuba faham sebab kerja dia sekarang memang tengah sangat sangat sibuk untuk setahun dua ni. Tapi bila fikir balik dulu ayah aku takkan pernah benarkan semua tu sebab risaukan aku.

Banyak lagi benda benda yang buatkan aku berfikir, suami aku ni memang sayang aku ke?

Benda benda ni nampak remeh tapi kadang kadang aku tak boleh nak ‘bersama’ dengan suami aku sebab aku banyak terasa hati, jadi aku akan mengelak dan beri banyak alasan.

Aku banyak kali cuba nak communicate tapi lepas sekali dua dia berubah, next nya jadi macam biasa balik dengan alasan sorry tak sweet.

Aku sedih, tapi wajarkah aku sedih hanya semata cara suami aku tak sama macam ayah? Sebab nafkah zahir batin dia semua cukup dan dia tak tgk perempuan, cuma aku mahukan lebih..

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *