Suami Tak Sempurna

Hye semua. Maaf andai ada yang tak senang dengan cerita ni berdasarkan tajuk. Tapi terima kasih aku ucap pada yang sudi baca dan bagi pendapat.

Aku tahu tak ada satu manusia pun yang sempurna dalam dunia ni. Tapi bagi aku, manusia tu boleh berubah ke arah yang lebih baik kan dari keadaan sebelumnya?

Aku Suri. Suri rumah tangga actually. Baru saja kawin tak sampai setahun. Masih dalam proses mengenal hati budi lagi antara kami suami isteri. Namun, ada beberapa sikap suami aku yang kadang2 buatkan aku tertekan.

Korang jangan suruh aku bagitau dia direct ye sebab dah berbuih mulut aku ulang benda yang sama tapi tetap jugak dia ulang. Aku dah sampai tahap penat sampai naik stress.

1. Suami aku ni bukan orang yang pengemas dan pembersih. Dari awal kawin lagi aku dah dapat bace sikap dia yang ni.

Dulu dia hidup bujang, menyewa dengan kawan2 aku tak boleh detect sangat setiap kali vc, dia just tunjuk muka saja tapi kadang2 ada jugak la terlepas ke kawasan sekitar.

Haritu aku balik kampung dalam sebulan lebih macam tu. Lepastu dia datang ambik aku balik. U know what keadaan rumah macam mana?

Macam tongkang pecah, macam rumah orang tak duduk, macam ape pun aku tak reti dah nak describe. Atas lantai penuh sampah, gelas, cawan pe semua. Overall aku boleh cakap. Takde tempat boleh duduk pun atas lantai tu sebab memang sampah saja.

Aku rasa nak naik darah tang tu jugak. Sebabnya sebelum aku balik, memang 360 darjah lainnya keadaan rumah tu. Aku tak sentuh sikit pun apatahlagi nak tolong kemas. Aku just biar saja. Ape dia ingat dia sedap2 buat sepah, dia expect aku balik aku akan kemas?? A big ni way!

Mungkin dia faham bahasa tubuh aku. Lepas sehari tu, dia balik kerja tengok rumah keadaan macam tu lagi, dia kemas slow2.

Dari dapur (tang ni aku 10 kali ganda nak naik angin). Tak reti aku nak describe dapur macam ape dah. Dengan minyak berlumut atas dapur, kulit bawang merata.

Memang bersepah habis! Kotor! Tandas pun astaghfirullah! Dengan berlumut penuh. Tapi dia dah bersihkan malam tu jugak sebab aku bertempik tengok tandas yang jijik macam tu.

2. Suami aku ni jugak aku tak faham dia ada masalah nyanyuk ke apa. Tapi setiap kali lepas buang air, dia memang susah untuk tutup balik mangkuk tandas.

Aku alert setiap kali dia pergi tandas, aku pesan siap2 tutup mangkuk n pintu tandas (sebabnya tandas dalam ruangan dapur yang kecik, jadi tandas memang berdepan dengan peti ais.

Korang boleh bayang tak nak ambik ape2 dalam peti ais dengan pintu dan tandas ternganga macam tu. Jijik.) Tapi kadang2 dia lupa jugak tutup walau aku dah berpesan hampir tiap kali dia masuk tandas.

Aku penat. Lepastu klau bab tandas lagi, walau dia nampak berlumut penuh, dia takde rasa nak sental pun selagi mulut aku tak bunyi suruh sental. Aku sekarang pregnant jadi tak dapat nak cangkung lama2 untuk sental semua tu. Cepat penat.

3. Setiap kali guna barang elektrik, memang tak reti nak off switch. Lagi2 cas henfon. Selalu jugak dia marah aku sebab aku slalu tutup suis plug cas henfon dia.

Kipas pun sama, setiap kali keluar bilik, dia biar saja kipas tu tak bertutup walaupun dah buka dari malam tadi.

Memang semua benda dia ambik mudah walaupun berkali2 aku nasihat bab plug cas henfon. Aku takut nanti dah ada anak akan bahayakan anak pulak, dia banyak dah kes yang jadi sebab tak off plug cas kan.

Tapi dia tetap jugak macam tu. Tak pernah berubah dari dulu sampai sekarang kalau bab ni. Macam sekadar angin lalu saja kat telinga dia.

Lepastu bab cas henfon, rumah ni dah macam ape dengan wayar berselirat. Sebab dia akan sentiasa cas henfon, dalam bilik, ruang tamu. Jadi dengan wayar2 berselirat gitu lah dengan extension plug. Aku dah serabut dengan keadaan rumah macam ni.

4. Bab kain baju tak payah cerita la kan. Mostly macam tu termasuk lah laki aku. Dah puas mulut aku membebel.

Kadang tu, baju dia ulang pakai sampailah betul2 busuk baju tu baru dia tukar. Dan lepas buang baju ape semua, tak reti nak masuk dalam bakul. Dia lagi suka sangkut atas rak kain.

Boleh bayang tak jadi berselerak kain baju macam tu. Lepastu dia memang selalu standby air dalam bilik sebab tengah malam biasa dia minum air. Dan dia dok kumpul botol air minuman dalam bilik tu.

Aku jugaklah yang kena kutip yang kosong! Aku stress!

Setiap benda dari sekecik2 sampailah sebesar gajah pun, kalau aku tak suruh, selagi aku tak membebel, memang dia takkan ambik buang!

5. Oh lagi satu. Dia manusia yang pertama aku jumpa malas mandi! Kalau ikutkan dia, sehari sekali saja dah cukup.

Kalau pergi kerja, memang dia tak mandi. Dia just basuh muka, gosok gigi and basuh rambut. Tapi badan memang tak mandi. Lepastu balik kerja atas mood dia jugak.

Kalau rasa nak mandi, dia mandi, kalau tak, dia tak mandi. Pernah sekali dulu aku gaduh besar dengan dia. Time tu aku tengah alahan. Aku memang sensitif dengan bau.

Dia balik kerja, dia masak, siang ikan pe semua. Lepastu nak tidor dia tak nak mandi. Kau rasee?!!

Dengan hanyir ikan melekat, lepastu masak berpeluh lagi. Aku takleh imagine la dia selesa tidor dalam keadaan macam tu. Aku paksa dia mandi tapi dia taknak. Sampai gaduh2 lepastu aku tidor luar. Ohh perit!!

Ada lagi la perangai dia yang aku rasa aku takleh nak gi. Termasuk lah dia selalu terlupa guna berus gigi aku. Setiap kali tu jugak aku terpaksa beli yang lain. Nak kongsi? Memang tak!

Lepastu bab penjagaan mulut, aku dah banyak kali nasihat bila gosok gigi, tolong gosok lidah jugak sebab mulut berbau sebab punca dari lidah.

Aku siap tunjuk artikel dalam fb, tapi dia tak ambik pusing langsung. Dia cakap aku saja yang pelik dok gosok lidah, orang lain takde pun buat macam tu.

Hmm aku tak tahu nak berhujah ape lagi. Sampaikan kalau nak bersama, aku pesan siap2 suruh gosok lidah tu yang utama! Aku bab2 bau memang terlalu Sensitif dari dulu lagi.

Aku tahu permasalahan aku ni kecik saja kan. Ye, aku pun fikir macam tu. Awal2 aku redha, tapi lama2 aku rasa dah sampai naik stress.

Benda kecik kalau tak ubah, tak mustahil jadi besar. Lama2 aku macam dah fedup dengan dia. Dah bosan dengan lifestyle yang macam ni.

Bukan tak bincang, slow talk pe semua tapi tak jalan jugak. Aku dah letih. Aku pernah mengadu dengan mertua depan dia, dalam nada bergurau. Mertua aku cakap tak heran dengan perangai dia macam tu sebab adik beradik,ayah dia pun macam tu jugak.

Tapi dalam kelemahan dia, ada jugak kebaikan dia. Bab tanggungjawab setakat ni dia tak pernah miss. Tak culas la bagi aku. Dia selalu tunaikan apa yang aku nak walaupun susah nak dapat.

Atau time tu dia kurang duit. Dia buat jugak kerja rumah kalau aku suruh. Dia boleh harap kalau bab buang sampah. Dia baik dengan family aku dan dia baik dengan family dia.

Entah la. Aku tahu manusia ni ada kurang ada lebih tapi aku kadang2 tertekan dengan perangai dia yang aku tak berkenan tu.

Aku selalu doa mintak Allah lembutkan hati dia untuk ubah perangai dia yang tu. Walaupun dia jenis tak sweet tapi bagi aku dia suami yang baik jugak.

Maaf andai penulisan aku tak berapa jelas. Moga kamu semua faham apa yang aku nak luahkan. Terima kasih.

– Suri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *