Hi, Assalamualaikum semua. First time buat confession sebab terbaca article lain pasal issue yang sama.
Cuma beza dengan confession sebelum ni, suami cik puan nampak baik n maybe solat. Sebab macam ayat dia biasalah tak nampak depan mata. Tapi saya, beza.
Hubungan kami bermula dengan dosa. Bercinta, tinggal sebumbung, dan seperti suami isteri sebelum kahwin.
Dan akhirnya kami berkahwin. Huh.. masa dia ajak kahwin, kalaulah dia baca ni, mesti dia tahu soalan pertama saya apa?
Mana boleh kahwin, awak tak solat.
Hmm saya pun lupa kenapa saya tau dia memang tak solat.
Bila dah tinggal bersama memanglah tak solat sebab dia2 bukan ada ikatan sah.
Walaupun jika cuti, saya balik rumah parents baru saya solat. Itu pun dah terasa munafik gila. Maybe sebab selama bercinta tu tak pernah tengok dia pergi solat jumaat kot?
Then dia jawap, tak pe dengan kahwin la kita berubah n kita solat. Pendek cerita kahwin lah kami.
Saya masih ingat kena taubat dulu sebab dah berzina. Saya ada cakap dekat dia pasal ni wallahualam dia buat ke tak.
Tapi tahan beberapa minggu saja saya nampak dia solat. Dan berlangsung sampai sekarang. 10 tahun dah.
Saya pernah tegur, tapi macam tu saja lah. Dan saya pun ada kekurangan, susah betul nak jadi betul2 menjaga solat. Tapi demi Allah saya cuba. Walau susah nye..
Contoh kalau keluar jalan2, tak delah dia nak singgah masjid, saya pun tak mintak sebab tahu lah dia tu macam mana, dan ikotkan bodoh jugak kenapa kau tak mintak berhenti solat??
See?? sebab aku pon tak betul juga. Maksudnye ade masa on time solat, ade masa hujung, ada masa tinggal means sehari tu dua waktu ke tinggal.
Jadi aku selalu fikir, aku pon tak betul macam mana nak betulkan dia? Then fikir plak buat apa aku betulkan dia? Dia lah patut fikir..
Confession yang aku baca sebelum ni betul. Jiwa aku tak 100% respect dia, layan dia, kalau gaduh memang macam benci gila. Aku rasa itu lah kesan bila Allah tu tak de antara kami.
Maksudnye cinta tu macam tak berkat. Kalau gaduh tu umpama berselisih bahu dekat dapur pon jijik. Pada hal punca gaduh tak de la besar.
Susahnya betul2 nak respect. Bukan buat2. Bukan sebab apa.. macam naturally saja tak leh nak respect sangat.
Aku pernah banyak kali kalau gaduh, terfikir nak cerai, or dia eksiden then mati aku takkan sedih sangat kot? Sampai macam tu fikir.
Sebab ntahlah. Aku enjoy saja jadi bini n mak ni kan.. Tapi bila fikir jauh which jauh2 tu.. Anak2 dah lah laki. Yang sulung tu pernah tanya kenapa bapak dia tak solat, tapi aku suruh dia solat.
Aku tak pandai nak explain aku cakap saja kenapa nak ikot orang yang nak dapat dosa. Hadui. Maaflah nak cover macam mana lagi? Nak kata bapak kau uzur? Elok saja dok pulun main game waktu azan maghrib.
Aku punya lah struggle nak ubah diri. Kebanyakkan masa memang aku solat. tapi kalau tinggal macam kat opis tak perasan tau2 saja asar.
But still not en excuse k. Solat tetap solat. Betul? Aku cuba ubab diri. Tipulah tak sedih tengok ko sorang2 pulun tonggang tonggek, sorang lagi relek2 saja.
Masalah datang ke bala ke datang dua2 gak kene aku rasa?? Haha maybe la.
Cuma yang aku perasan if masalah tu aku punye, ssh macam mana pun solution dia allah hantar. Tapi kalau dia? Sampai kesudah buntu. Stuck. Maybe sebab itu lah kot?
Dah la ter stalk ex-bf. Elok saja tgh baca al-quran sama2 anak bini dia. Hehee ok ini out of topic. Bukan stalk eh, kebetulan laaa ex kawin ngn bff sekolah dulu. Hahaa
Aku nak la me”raja”kan suami.. tapi ade bibit2 rasa tak boleh 100%.
Sebab aku sakit hati, anak sulung solat dia aku jugak yang jaga, mengaji dia, bapak dia buat dek saja lah sampai mak aku pon syak dah menantu dia spesis tak jaga solat.
Setiap kali gaduh, aku asek nak cerai.
10 tahun kahwin tak pernah solat jemaah.
Niat cerai tu ada masa membuak2 sebab rasa tak lengkap saja hidup hubungan macam ni.
Ni belum lagi kisah dia dengan dunia dia, game dia,
Takde masa layan anak2, anak bising sikit tengking. Walau macam confession sebelum ni cakap.. Dia baik cuma.. Hmm yang cuma tu lah.
Cuma yang lama2 jadi nanah membusuk dan bertukar jadi barah.
Moga Allah tunjuk kan aku jalan.
– Yang Mahu Berubah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit