Assalamualaikum and have a nice day.
Tulisan yang aku tulis ni bertujuan untuk bertanya pendapat. Pendapat dari mana² kaum terutamanya dari kaum lelaki ya. Sebab korang kan lelaki. So mesti ada pendapat dan lebih faham lelaki kan.. Haha.
Please baca confession aku ni dengan santai.
Aku dah berkahwin dengan suami aku almost 5 years. Memang kami tinggal di rumah sendiri sejak dari awal perkahwinan lagi. Tidak duduk dengan keluarga mahupun keluarga mertua.
Selepas dah berkahwin, itulah kali pertama aku buka aurat depan suami. Aku sering berpakaian seksi seperti lingerie, singlet dan short sleeve yang ketat. Biasalah isteri, kita ada usaha nak pikat suami sendiri.
Tapi suami aku dia kata dia tak berapa suka aku berpakaian macam tu.
Suami dia lebih prefer aku berpakaian sopan macam baju tidur pijamas yang bercorak bunga mahupun kartun, baju kelawar atau juga t-shirt dengan kain batik biasa. Katanya nampak lebih comel dan sesuai dengan aku.
Tetapi, aku rasa macam rimas pakai sebegitu di rumah sendiri. Lagipun, aku berpakaian menutup aurat ketika di luar rumah, jadi di dalam rumah saja aku rasa bebas nak pakai begitu dengan lelaki yang halal.
Lagipun, keadaan rumah aku juga memang agak panas walaupun dah ada penghawa dingin, sebab itu jugalah aku berpakaian begitu.
Aku perasan, bila aku berpakaian seksi macam tu, suami tak pernah memberi sebarang reaksi. Tak nampak macam suami tergoda pun.
Pernah sekali tu, suami perlekeh aku dengan persoalkan baju budak kecil mana yang aku pinjam ni sebab macam kecik sangat. Then suami ketawakan aku.. Kadang, tipulah kalau kata aku tak rasa rendah diri. Ada la walaupun sikit.
Kadang aku rasa macam pemikiran kami ni tak sekufu agaknya ya.. Bila aku pakai macam biasa, suami aku nampak macam teruja tapi kejap jela.
Setiap hari memang kami menjalani kehidupan suami isteri yang sangat membosankan.. Entahlaa.. aku yang keliru, bukan kah semua lelaki suka kalau isterinya seksi??
Now, kami pun dah ada anak kecik. Masih baby. Dah bertahun rasanya aku tinggalkan pakaian macam lingerie since suami aku tak suka.
Sekarang aku pakai singlet ja. Itu yang paling relevan dan selesa untuk aku. Tambahan pula, aku masih breastfeeding baby, lagi mudah nak pakai singlet dari baju biasa which is agak tebal & panas.
Bab kebersihan diri aku from A to Z memang aku jaga since dari bujang lagi. Aku still jaga badan aku, still maintain slim macam dulu.
Baru-baru ni, suami adalah borak santai dengan aku. Katanya, lepas ni aku kena pakai baju yang sopan. Biar jadi contoh yang baik depan anak. Takut nanti pakaian aku jadi ikutan anak bila dah besar nanti.
Ni pun suami macam terpaksa ja izinkan aku pakai singlet sebab anak kami masih baby.
So aku tanya suami sekali lagi soalan. Kenapa dia tak suka aku pakai seksi. Sebab sebelum ni pernah tanya dia tapi dia mengelak nak jawab.
Tapi jawapan kali ni, dia cakap “ikutlah mana-mana lingerie ke apa ke semua pun cantik je kalau aku pakai. Dah kenapa tanya soalan bodoh camni.” Katanya sebelum terus beredar dari bilik. Haha, weird kan.
Btw, aku pakai tutup aurat ni pun bukan sebab suami aku. Memang aku pakai sebelum bujang lagi sekadar untuk memperbaiki diri aku.
Fyi, jangan ingat suami aku ni pak ustaz ke apa ya. Haha. Dia lelaki biasa saja. Tiada gelaran apa-apa. Itu lah yang aku macam pelik.
Umpama pakaian aku ni macam jadi satu isu besar dekat dia. Walhal aku pakai untuk suami seorang saja. Bukan aku melacur diri.
Korang rasa sebab apa? Pelik ke tak? Aku nak seeking pendapat sebab aku nak be the best lepas ni. Terima kasih.
– Emyra (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Suami saya pun sama macam tu. Dia bukan tak suka saya pakai sexy tapi dia tak meminta minta pun saya berpakaian sexy. Kalau ada, ada. Kalau tak, dia tak suruh. Kadang saya mencuba tapi dia pernah tegur tak perlu beria sangat. Tipu la tak terasa kan.
Nasihat saya, kita sebagai isteri, buat saja apa dia suka. Kalau dia cakap jangan, means dia tak suka. Kita jangan lah buat. Kalau kita degil dan buat, jangan pula kita terasa bila dia tegur. Betul tak?
Also baguslah dia tak suka awak pakai sexy selalu. Tak ada la dia ‘boring’. Benda yang terdedah ni takut dia dah terbiasa tengok, lama2 dia tak lalu dah. Memang aurat kita tak ada dengan suami. Tapi asset wanita ni biar exclusive dan ‘dijamu’ pandangan sekali sekala. Kalau dia dah biasa tengok, benda tu dah tak exclusive di mata dia. Belum tengok, dia dah tahu apa rupa. Jadi saya rasa tak ada masalah pun kalau awak berpakaian sopan macam suami awak nak. Biar bila dia dapat tengok awak tidak berpakaian nanti..dia geram.
Jangan risau la. Benda ni small matter je. Lain orang lain citarasa kan. Tak semua lelaki sama…Jangan overthinking ok!
Hmm..dah laki tak berapa berkenan hang bersinglet, tak payah la pakai lagi. Pakai cam biasa je la.. tu pun nak suh orang pikirkan ke..
Kalo degil, satgi laki tinggalkan padan muka.
No big deal la.
betul dah tu sis dia tegur, bila dah ada anak ni, kita as a mom kena jaga cara pemakain, tingkah laku and etc sebab ianya menjadi cerminan utk ank2 kelak. terimalah dengan terbuka ya
Hang ni banyak sangat fikir… Dah laki hang tak suka hang pakai benda tu tak usah la pakai. Bukan laki hang dua alam tak bernafsu dengan hang. Haishhhhh.
Pelik
Bukan lelaki suka tengok yg sexy2 ka
Dah ada yg halal
Tetap nak tengok porn
Tgk pd situasi jgk. Kalau rmh tu teres rapat2 mgkin mudah dilihat dari luar atau tingkap. Suami nk elak yg tu. Pakai la baju sexy tu bila dlm bilik kelamin shj.
Aku rasa dia geli tgk pakai terdedah mcm tu.Aku sendiri geli tgk perempuan dlm rumah duk pakai singlet sambil masak.Tak meleleh ke peluh dari ketiak.
Pakai pyjamas pun pada lelaki itu sexy tau.Jgn fikir semua lelaki suka tgk wanita sexy.Kdg yg tertutup lebih buat dia tergoda kerana misteri di sebalik baju.
Zaman sekarang lelaki luar sana lebih terangsang lihat wanita bertutup litup dari kepala hingga kaki tapi ketat di dada & punggung.Pelik kan?
Sebab apa..ramai wanita bertudung suka berjoget galak merangsang nafsu lelaki dalam media sosial.sebab tu ramai lelaki lebih bernafsu tgk wanita bertutup litup sebegitu.
Lain kali KO pakai je baju kelawar..buat je hodoh dlm rumah.Dah tak payah nak sibuk berseksi konon nak pikat jantan.
Elehhh..ye ke tu husben awak tu tk suka awak seksi..
Ntah2 enjoy tgok pempuan seksi di mall, di ofis dia..
Lelaki bukan boleh prcaya sgat !! Lain kt mulut lain pulak kat mata !! Haha..
As long as u young pkai ja seksi2 tu..
Bila anak dh tadika ke, bru pkai track suit dgn t shirt..Kain batik tu sekali sekala ja pkai..
Semoga you & husbànd & anak2 diberkati & dirahmati Allah..
Setiap org ada fantasi masing2. Maybe pakaian lingerie seksi tu bukan fantasi dia. Kalau dia suka pijamas yg bunga2 tu mungkin tu fantasi dia. Atau awak boleh tanya dia.
And selain pakaian, boleh juga goda dengan sentuhan. Peluk2 ke, pegang2 raba2 ke. Haa gitu
Bagi saya tak ada issue. Suami saya pun sejenis macam tak kisah sexy or not. Tapi dia tak membantah jika saya pakai. Elok la jangan bersexy sangat. Kalau sexy hari2 dia tengok boring nanti. Ikut je apa dia nak. Jangan bantah. Kalau beria nanti, dia tak hargai, awak juga yang terasa.