Suami Tanpa Dosa

Aku dah berkahwin dengan suami 4 tahun. Dikurniakan seorang anak lelaki berusia setahun.

Suami aku orangnya bertanggungjawab, tak penah culas duit belanja untuk sebulan dan rajin.

Keluarga suami aku memang jenis tak tinggal solat. Tapi bab aurat dan dosa-dosa yang lain tolak tepi. Itulah masalahnya.

Bila rasa solat tak tinggal, rasa confirm masuk syurga. Mengata orang tak ingat dunia. Cakap selalu sakitkan hati orang.

Aku masih dalam fasa untuk perbaiki diri. Awal-awal berkahwin, memang ada masa yang aku tak solat.

Suami pernah tegur aku depan keluarga dia. Cakap yang aku banyak dosa sebab selalu tinggal solat. Aku malu sangat masatu.

Perkara ni terjadi banyak kali. Everytime dia suruh aku solat, macam mak suruh anak solat. Cakap asyik tak solat dan banyak dosa. Dia sendiri tak pernah ajak aku solat jemaah.

Semalam aku bergurau dengan dia yang aku nak berhenti kerja. Respond dari dia betul-betul menyakitkan hati aku.

Dia cakap aku duduk rumah nanti tidur je kerja nya. Tak solat. Takkan setiap kali aku solat aku nak kena tunjuk dekat dia?

Kadang-kadang kalau aku tak dapat tidur aku buat solat sunat. Takkan aku nak record? So annoying ye.

Bukan pasal solat je. Pasal benda-benda lain pun sama. Selalu cakap aku isteri derhaka sebab banyak melawan cakap dia.

Aku sedih bila di cop isteri derhaka. Macam mana aku nak jadi isteri mithali kalau cara dia layan aku pun macam aku bukan isteri dia?

Kalau nak cerita pasal layanan dia dekat aku, tak cukup page nak tulis.

Aku tak nak masuk neraka disebabkan ini. Aku selalu doa semoga Allah tempatkan aku di Syurga.

Semoga Allah bagi aku setinggi tinggi kesabaran dan jadikan aku seorang wanita mukminat.

Sekian dari Isteri pendosa.

– SHMLA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Doakn jela org yg mcm ni.. klaw nk harapkan dia berubah sekelip mata, mmg takla rse nye, kecuali dgn izin Allah SWT – kun fayakun, maka jadilah.. bnyakkn ‘bersabar’ bila dia ‘kutuk’ awk dpn org ln tu.. tp mmg tulah yg susah nk hadap.. ada ustaz ckp, klaw ada org (x kira siapa) yg sakitkan hati kita, itu mngkin ‘kifarah’ kod dosa2 kita yg lalu.. so, anggap je gitu utk ‘sejukkan’ hati sendiri, n maafkn dia senyap2.. semoga awk tabah menghadapi segala dugaan.. wasalam

  2. Cuba saiko laki kau mcm ni. Setiap kali nk solat tunjuk dkt dia. Tak kesah la.. Kau nk solat fardu ker, sunat sebelum selepas ke.. Solat qiam ker.. capture gmbar send dkt wasap or inform depan muka dia.. Kejut pukul 3 pagi kalau kau bangun nak qiam… Kalau dia ungkit dpn kau pasal solat lagi.. Kau remind balik dia yg setiap kali kau inform dia time nak solat tu apa dia…cukup menyampah dgn manusia rasa terpaling agama sbb konon solat cukup.. Konon terpaling warak sbb belajar agama…padahal tunggang agama. Kau pun rajin2 la dgr ceramah agama lepas ni (make sure ustaz/ustazah yg betul la.. Bukan GISB tu) so nnt kau pun boleh tiaw dia balik kalau dia nk bahas pasal agama depan kau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *