Suami Terkena Sihir Pemisah dan Curang

Assalamualaikum semua. Saya nak minta pendapat. Saya dan suami sudah berkahwin hampir 4 tahun. Dikurniakan seorang cahaya mata yang menginjak umur 2 tahun.

Suami seorang yang baik, disenangi ramai, rajin, kalau diikutkan luaran sempurna rupa pun ada juga lah.

Kami berkahwin atas dasar suka sama suka, tempoh perkenalan kurang dari setahun dan terus decide untuk berkahwin. Alhamdullilah dipermudahkan.

Tapi pada awal perkahwinan kami memang sering bergaduh, puncanya saya rasa suami menjauh, rasa macam suami tak nak dengan saya.

Ya, dimulut kata sayang, tapi dari segi perbuatan lebih kepada Cuma kawan. Masa tu selalu sedih, bila tengok kawan-kawan yang macam belangkas ye lah pengantin baru. Tapi kami belum sampai sebulan dah bergaduh.

Makin lama, nafkah batin pun culas. Kadang-kadang sebulan sekali. Dah macam suami isteri yang dah 10 tahun kahwin.

Tapi, alhamdullilah bila perkahwinan menginjak 2 tahun saya mengandung. Tu pun sebab saya merancang dan Cuma bersama bila saya minta ketika waktu subur.

Hubungan kami di luaran semua baik, ketika perut saya dah masuk 7 bulan, hati terdetik untuk cek hp suami. Entah lah kenapa, terdetik hati saya install omi, michat, tinder kat hp.

Bila saya login guna nombor hp suami, luluh hati saya bila baca dia chat dengan perempuan yang banyak. Dengan panggilan sayang, siap bertukar2 gambar, caring bukan main lagi.

Dengan saya? Entah bila kali terakhir dia ambil berat atau kata rindu dan sayang.

Hancur hati saya. Saya halau keluar rumah. Dan saya beritahu ke abang dan adik suami. Suami merayu minta maaf dan berjanji untuk berubah.

Saya maafkan walaupun sakit. Maafkan demi anak di dalam kandungan.

Selepas melahirnya, alhamdullilah kami jarang bergaduh. Hubungan kami baik, ya lah sibuk dengan anak. Tapi, nafkah batin tetap culas.

Dan makin teruk lagi. Kalau nak kata kan tunggu habis pantang, pantang dah habis 100 hari pun masih tidak disentuh. Sampai tahap saya terfikir nak tuntut fasakh sebab dah 3 bulan tak di sentuh. Tapi ye lah, takkan sebab tu je nak cerai.

Kemuncaknya bila anak dah nak masuk berumur 2 tahun, bila saya dah tahan dan tertanya-tanya kenapa suami saya seperti tak bernafsu dgn saya. Sekali lagi, saya cek hp dia.

Ya betul, bila cek hp dia semua clean. Tapi sekali lagi saya cakap, instinct seorang isteri tak pernah salah. Allah itu ada.

Entah kenapa saya terfikir untuk buka 1 aplikasi dan terjumpa message yang mempunyai pwd. Bila dah terbuka, selagi lagi hati saya hancur. Hancur sampai tiada sisa.

Bila kali ni,dia chat s*ks dengan seorang perempuan dengan gambar bogel. Perempuan yang kononnya dia dah kenal lama. Dia tak berkata apa-apa. Saya halau keluar rumah, dan dia turutkan.

Bila keluarga dia dah dapat tau, keluarga dia kaw-kaw marahkan dia. Dan dia pulak menangis menangis merayu-rayu dan mengaku bodoh mengikut nafsu.

Masa tu saya dah mati hati, awal pagi saya pergi mahkamah untuk membuat laporan dan menuntu fakash. Suami tetap merayu dan tak berhenti mencari.

Selepas beberapa hari, keluarga suami memujuk saya untuk ikhtiar cara lain. Abang ipar kata, dari tengok keadaan seperti terkena sihir.

Masa tu saya rasa takda jalan lain, selain cerai. Tapi saya tetap turutkan, dan bawa ke perubatan islam.

Ya, bila dah kesana baru lah dapat kebenaran. Semua tanda-tanda sihir ada pada suami, dan bila dirawat semua muntah,lemah dan kesakitan.

Perawat juga ada memberitahu, ini bukan salah suami, perasaannya ditutup untuk bersama saya. Mungkin ada yang dengki disebabkan tak dapat berkahwin dengan suami, tetap suami berkahwin dengan orang lain.

Sekarang dah masuk bulan ke tiga kami berubat, alhamdullilah ada perubahan dan semakin baik. Walaupun diluaran saya masih boleh tersenyum Kembali, masih boleh menerima suami Kembali.

Tetapi bila saya bersendirian, semua kecurangan yang terjadi macam menghantui buat saya. Kebaikan dan perubahan layanan suami kepada saya membuat saya jadi takut. Overthining takut dia buat untuk menutup perbuatan jahat di belakang.

Saya jadi trauma, hati saya jadi sakit jadi benci, terutama dengan perempuan yang menghantar gambar bogel tu. Sebab dia tahu siapa isteri dan anak suami saya.

Dia tahu lelaki tu suami orang. Rasa sakit tu masih ada, terutama bila bersendirian. Saya sudah tidak percayakan suami saya, saya sudah tetapkan dengan suami, sekiranya suami curang lagi, akan jatuh talak 1.

Saya nak minta pendapat dengan semua, sampai bilakah rasa sakit ini? Adakah patut dia dimaafkan? Bagi saya, ya dia terkena sihir pemisah, mungkin rasa panas bila dekat dengan saya.

Tapi dia boleh pilih untuk tak curang kan? Mungkin ada kat sini pernah berada di situasi saya atau suami saya. Saya sekarang seperti pura2 bahagia, berpura-pura okay.

Padahal sakit itu masih ada sampai sekarang, sampai sekarang saya gali latar belakang perempuan tu. Rasa benci dan jijik. Tapi ya lah, perempuan tu dah deactive semua social media. Takut saya viralkan gambar bogel dia kot.

– Steri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *