Suami Terlalu Selesa

Assalamualaikum pembaca semua. Terima kasih admin jika sudi siarkan luahan perasaan aku ni. Maaf jika bahasakan diri ‘aku’ supaya lebih mudah untuk menulis.

Sekadar info, aku seorang penjawat awam yang berusia 29 tahun dan sedang mengandung anak sulung.

Aku tak ramai kawan dan ada ramai adik beradik lelaki, jadi aku tiada tempat untuk mengadu apatah lagi aku telah kehilangan ibu.

Hanya melalui penulisan inilah aku dapat membuat luahan perasaan. Harap korang tak menyampah dengan luahan aku dan tolong beri komen yang membina ya.

Sebenarnya aku baru setahun lebih berkahwin, jadi masih dalam proses mengenali hati budi suami aku.

Suami aku adalah pekerja swasta dan gaji kami lebih kurang sama tetapi suami terlalu bergantung harap kepada aku terutama sekali dalam soal kewangan.

Suami aku hanya bayar sewa rumah dan bil api air iaitu sebanyak RM700 sebulan, motor dia lebih kurang RM200, dan insurans dalam RM200.

Aku pula bayar kereta iaitu RM700, coway, netflix, ptptn dan lain-lain. Bab makan kami gilir-gilir bayar tetapi kadang-kadang aku rasa aku yang bayar lebih.

Bila hujung bulan dia akan mintak seratus dua dari aku sebab gaji tak cukup. Entah kenapa tak cukup sedangkan komitmen tak tinggi mana.

Tu belum cakap bab minyak kereta tak pernah isi sebab aku bawa kereta pergi kerja. Kadang balik kampung dia pun aku yang isi minyak dan tol.

Ye la kereta aku, aku la isi minyak. Aku la bayar servis dan roadtax. Tak pernah dia bantu. Tapi tak malu minta bantuan aku kalau tak cukup.

Suami aku tak berikan duit poket, nafkah makan dan minum pun tak cukup, dan tiada nafkah pakaian.

Aku jadi semakin tawar hati sejak kami bela seekor kucing yang dia nak sangat bela. Tetapi aku yang kena keluar duit beli makanan dan pasir kucing.

Tu belum cakap time keluar shopping dia pau aku kasut, baju, stokin, seluar.

Bab makan pula kalau aku craving nak makan mahal-mahal mesti la aku yang kena bayar. Dia tak pernah sekali pun ajak aku makan mahal dan bayarkan. Tak pernah.

Apatah lagi nak belikan aku pakaian. Sehelai pun tak ada. Kalau nak keluar jalan-jalan aku yang syok sendiri ajak dan bayar semua kos termasuk penginapan jika ada.

Sekarang aku mengandung 6 bulan, satu barang baby apa pun tak beli lagi.

Pakaian mengandung aku yang beli sendiri, seluar dalam beli sendiri, ubat-ubatan, vitamin, minyak angin apa semua aku beli sendiri. Pergi check up dan scan pun sendiri.

Pernah minta duit dari dia tapi muka monyok jadi aku kecik hati.

Ni barang baby mesti la aku yang kena beli sendiri. Paling susah hati nanti lepas bersalin nak kena bayar pengasuh, pampers susu semua mesti aku kena keluarkan duit sendiri.

Aku tak tahu macam mana nak minta duit dari dia tanpa rasa bersalah dan tak perlu kisahkan muka monyok dia tu.

Tolong bantu aku gais…

– Nora (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Nk tanya, sbelom kawen aritu mesti ada hadir ‘kursus kahwin’ kan.. dlm kursus tu mesti ustaz dah tekankan tentang bsb nafkah kod isteri, dan semua tanggungjawab rumahtangga adalah kewajipan suami, bukannya isteri, kecuali lah suami tu benar2 tak mampu dan minta bantuan isteri, itu pon x wajib isteri setuju, walau pon mampu.. cuba suruh suami ‘recall’ balik apa yg diterangkan dlm kursus tu, takkan hadir kursus sbb semata2 nakkan sijil utk syarat bernikah di M’sia ni, x tau la, klaw bernikah di luar negara.. klau dari awal lagi, awk x kata apa2 ketika dia mintak duit, mmg sampai ke sudah lah dia akan anggap semua tu boleh belaka.., macamne nt bla dah dpt ank, awak kna ckp dgn suami bhw byr upah org jaga ank atau taska adalah t/jawab suami atau ayah kpd ank awak, nt jgn dia amk mudah pulak, begitu juga segala mkn pakai ank2 sehingga lah mereka meningkat dewasa dan sudah bekerja dsb.. klaw bole, bawalah berbincang dari hati ke hati dlu, awk lbh nngenali suami awk kan.. tp klau dia x setuju dan awak rase tidak adil diperlakukan sedemikian oleh suami, boleh je mngadu kepada pejabat agama yg terdekat, biar diorang panggil dia & awk pula utk bincang baik2, sbelom awak suami -isteri ‘bergaduh’ sesama sendiri mengenai nafkah, hak, kewajipan dsb.. hidup berumahtangga ini perlu kpd tanggungjwb dan perlu juga ada sifat “give n take”.. wallahua’lam

    • suka along punya komen… perkahwinan mmg kena ada give n take.. mcm sy… tak semua sy hrp suami bayar.. sbb kita nk hidup bersama..susah bersama… senang bersama..tu prinsip sy.. klu mmg nk hrp suami semua, matilah suami 24 jam kerja nk memuaskan hati sang isteri… masa sy mula2 kawin, suami ckp, u blh jadi suri rumah..tp apa yg u nak.. i boleh bagi, tp mungkin ambik masa,
      tp sy pun ada cita2 sy sendiri, sy pun nk bahagiakan mak ayah sy, mgkin di masa hadapan nk tlg adik beradik sy,
      jd sy pun masih bekerja.. utk diri saya juga… sy lihat ramai skrg hnya bergntung pada suami. Jika suami mampu alhamdulillah… tp bg sy.. perkahwinan mmg memerlukan give and take..

  2. mungkin awk dh start kena control gaji suami awk , contoh hari first dpt gaji remind dia untuk bayar benda yang wajib dulu..lebih tu tengok la ada banyak ke sikit ke , kalau byk mintak la duit utk awk dan anak yg bakal lahir..beli keperluan yg patut beli.,kalau awk dah tulis luahan dkt sini , mesti gaji suami awk lebih byk kan lepas tolak sewa rumah n bil2 tu , awk kena tegas sikit mintak dari dia , tp kalau dia taknak bg atau buat muka , mmg suami awk takde tanggungjawab sbg suami , maybe dia guna duit utk berfoya2..tabah ye awk , jgn stress2..

  3. Kira semua bil perbelanjaan rumah, belanja dapur dan tunjuk dekat suami, Jenis yg tidak sedar diri, perlu di tunjukkan. Siapa sebenarnya yg perlu bayar lebih’.

  4. Sis,awk kena bertegas soal ni pada suami awk. Awk kena mulakan dahulu. Tanya dia,bagitahu dia tanggungjawab dia sebgai seorang suami/ayah. Awk tak blh diam dan biarkan ja. As wife,ambil tahu berapa gaji suami dan apa komitmen dia dan sama sama explain dan bincang berkenaan kewangan keluarga. Dan as wife,sis doalah sungguh sungguh pada Allah,moga Allah bukakan pintu hati dan kesedaran pada suami sis. Moga Allah permudahkan urusan sis sekeluarga dan dikurniakan barakah dlm rumahtangga. Apapun,sis kena bertindak dgn bijak dan tak blh diam saja tau

  5. Macam nilah…kalau dah tegur, dah bincang dan dah mintak pon mcm tu macam manalah agaknya tahun2 selepas tu. Baru setahun, tapi kita kawin ni bkn sekejap. Kalau dah mkn tahun, akan ada sakit hati, memendam perasaan dan akhirnya xde ape lagi yg tgal. Awak mmg isteri yg bagus dan baik, berkongsi dgn hsbn. Tp bila isteri dah terasa hati dan mkn hati, percayalah akan semakin patah bila makan tahun. Tu belom bab jaga anak, bagun malam, hantar pengasuh/bayaran/ susu /pamper/baju/makan anak. Seriusly…ni dr pengalaman. Semakin bertahan, semakin parah. Kalau awak kuat dan rasa boleh bertahan .teruskan.. semoga Allah beri kemudahan.

  6. kalau masih bersisa rasa kasih dan sayang, bincang betul2 secara serius, mata bertentang mata, jgn main henfon sambil berbincang.. ni masa depan korang.. masa berpantang, jaga baby, semua serahkan kpd mak mertua.. xyah upah pengasuh.. barang pampers susu semua suh mak mertua minta direct dgn suami awak.. ini kalau lah masih ada sisa2 kasih sayang awak utk suami awak… bila dah tawar hati, jangan fikir kesian anak xde bapak.. fikir kesian kat awak kena hadap dia selagi dia berstatus suami awak..

  7. Ko dah kena game la dik. Dia cari sugar mommy tu bukan bini. Untug la hidup semua org bayarkan. Dpt free s*x lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *