Suami Terlanjur Dengan Ex-gf Sebelum Kahwin Dengan Saya

Assalamu’alaikum semua. Saya merupakan pengantin baru dan digelar isteri baru 4 bulan. Orang kata, masih honeymoon phrase.

Semuanya masih kelihatan indah-indah dan tengah berusaha untuk meningkatkan kualiti rumah tangga dengan perancangan masa depan yang macam2

(Mahu beli rumah lah.. mahu buat perniagaan bersama lah.. nak mula keluarga kecil kami dengan kurniaan anak lah)..

Nak dijadikan cerita, kami berkenalan pun tidak lama. Dalam sebulan begitu terus diajak kahwin,

Dan semuanya berjalan lancar dari restu kedua keluarga kami, perjumpaan mereka sehinggalah majlis perkahwinan kami dalam dua bulan kemudian. Semua berlaku dengan cepat sekali…

Namun tiba-tiba kami ditimpa ujian, mantan suami iaitu ex-gf dia telah mendapati dirinya mengandung dan menyatakan bapa kandungannya adalah suami saya.

Kandungan dia sudahpun masuk 7 atau 8 bulan.

Dunia saya tiba-tiba kelam.

Suami saya membuat pengakuan bahawa memang pernah terlanjur dengan kekasih lama tapi sebab tiada restu keluarga, mereka tidak dapat kahwin dan semua ini berlaku sebelum berkahwin dengan saya.

Suami juga katanya masih sayangkan saya dan tidak mau lepaskan. Bagaimana ini para pembaca sekalian? Kalau berada di tempat saya apakah yang perlu saya lakukan?

Kalau ikutkan hati.. saya mohon minta dilepaskan supaya suami saya bertanggungjawab terhadap kandungan anak luar nikahnya itu.

Tapi adakah itu langkah terbaik? Atau perlukah saya hidup bermadu?

Suami saya pula enggan bertanggungjawab sebab katanya entah-entah itu anak orang lain.

– Jennifer (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Hi sis,

    Kalau suami sis tak nak bertanggungjawab dekat anak luar nikah dia, don’t expect dia akan bertanggungjawab dekat anak2 sis nanti.

  2. skema jawapan lelaki “tu bukan anak saya”, ye, sebab x di bin/binti kan dgn nama dia.. tp lps beranak, nohhhhh rokiah, carbon copy sebijik rupa dia.. susah nk ckp, lelaki ni mcm2 perangai.. ade yg baik dan syg wife anak2 semua lps kawe, past is past.. ade yg sambung buat perangai lps kawen.. klu husb x bertanggungjwb, and u rasa nk tlg, apa salahnya.. budak tu xsalah.. bg je la bantuan semampu blh.. blh jd awk ihsan pd org lain, urusan awk pun Allah mudahkan.. ko rilek lu, tgk husband kau camne, awal lagi nk respond sis, baru 4bln kawen.. nnt ade issue/redflag then u consider la balik apa yg terbaik utk u.. member dh dpt peluang utk bertaubat tp x grab, mmg patut la kena tinggal.. pls make sure u x peknen dulu sis, honeymoon puas2 luhhh.. u kena dlm mode standby..

    • Kawan dgn xgf tu, kalau elok mik jadi madu. Kalau xelok pandai2 la dia jaga diri.

  3. buat DNA test.. pastu suruh suami kahwin ex gf dia.. awak kena bermadu.. nnti suami akan syg ex gf lebih.. so masa tu minta cerai.. the end

  4. buat test dna, untuk confirmkan betul ke tak. dah dapat keputusan samaada betul / tidak anak suami sis, kemudian barulah sis buat keputusan seterusnya dengan berlapang dada

  5. Semua orang buat silap. Berzina dah sah sah salah. Tp tak mahu bertanggungjawab pada anak pada kandungan itu itu lebih teruk. Kalau dia dh mengaku berzina dan mahu bertaubat dgn sebenarnya maka seeloknya nikahi ex gf dia tu dan jadi bapa pada anaknya. Untuk puan pula, jika mahu memaafkan suami dan sanggup bermadu blh teruskan, jika mahu memaafkan suami tp tak mahu bermadu pun tk salah jika anda takut tidak mampu bersama lagi. Lbh baik decide sekarang sebelum anda juga telah mengandung atau lebih lama dlm perkahwinan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *