Assalamualaikum. Saya Rayyan, berumur awal 30an. Saya seorang suami dan ayah kepada 2 cahaya mata.
Ringkas cerita, saya akui banyak kesilapan saya pada isteri dan anak2. Juga kesilapan kepada keluarga sendiri dan mertua.
Selama 6 tahun ni saya gagal dari segi kerja, kewangan pun tak ada. Saya abaikan nasihat isteri saya untuk kerja baik2.
Dulu saya banyak main2. Abaikan nasihat isteri supaya rajin kerja dan jangan ponteng.
Selama 6 tahun tu saya kerja pelbagai tempat, ada yang sebab saya rasa bosan dengan tempat kerja tu. Ada juga sebab saya dibuang kerja.
Baru2 ni saya dibuang kerja dan pulang ke kampung bersama orang tua saya.
Isteri saya tak selesa dan tak suka tinggal disini. Bandar kecil, nak kerja pun susah.
Selama di kampung, saya pernah kerja 4 tempat tapi saya tak tahan. Saya sendiri pilih untuk berhenti.
Sekarang saya cuma peniaga jalanan, namun isteri saya tak suka dengan jalan yang saya pilih ni. Dia nak saya bekerja.
Sepanjang 3 bulan saya berniaga ni, pernah sekali kena keluar dari rumah akibat tak bayar sewa.
Agak susah ya berniaga di kampung dengan kos harga barang makin naik. Untung sikit sebab modal tinggi.
Sekarang hidup kami bertambah susah bila tak ada kenderaan. Satu pun tak ada. Dulu ada, kerana saya gagal kedua2 harta itupun tak ada dah sekarang.
Kami bergerak sana sini pinjam kereta ayah saya je.
Semakin hari sikap isteri saya semakin dingin. Saya kesian tapi itulah nak menyesal pun tak guna.
Sekarang dah masuk 7 tahun isteri saya bersabar dan katanya dia nak berpisah sebab tak tahan hidup dengan suami macam saya.
Apa pendapat pembaca semua? Patutkah saya lepaskannya demi kebahagiaan diri dia?
Saya sayang isteri dan anak2 saya tapi isteri saya cakap kasih sayang dia pada saya dah tak ada.
– Rayyan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Salam.
Hormatilah keputusan isteri anda.
Dah tahu mcm tu usaha lah encik untuk tingkatkan kehidupan. Isteri nie boleh je hidup dgn suami susah senang asalkan dah berusaha sehabis baik. Nie kalau dah ade kerja pun main2 sampai kena buang maksudnya apa? fikir2kan lah sebelum terlambat. Tgk muka anak tu lama2 apelah nasib dorang nanti..