Hi. Aku singkatkan nama aku D. Berumur awal 30an. Sedikit berisi dan tinggi sedang-sedang kebanyakan perempuan asia. Berkulit cerah dan rupa biasa-biasa. Aku dah berkahwin dengan suami 5 tahun. Suami aku pada awal perkenalan nampak normal, tidak merokok, solat dan bertanggunggjawab.
Cuma ada satu masalah yang melanda perkahwinan aku yang aku tak tahu nak bercerita pada siapa. Kalau aku cerita kira membuka aib suami aku ke. Tapi aku dah tak tahan sangat nak menanggung dan ada banyak sangat persoalan yang tak terjawab tentang apa yang patut aku buat.
Berbalik pada tajuk, ya suami aku macam tiada nafsu, pada aku? Bila orang cerita yang lelaki ni pantang disentuh nanti bernafsu, suami asyik minta pada isteri, suami tak sabar-sabar nak tunggu isteri habis pantang, semua ini tidak terjadi pada aku yee. Kalau orang nak cakap dah lama kahwin, dah basi. Tidak ye, masa bermula hari kedua kami honeymoon, tidak terjadi apa apa ya pada kami. Dia mencuba tapi boboi tidak dapat bangun. Aku dah mula rasa pelik, bila aku bertanya, suami jawab sebab aircond sejuk sangat sebab tu boboi nya tak dapat hadir. Percutian berakhir dengan hampa tak terjadi apa apa seperti pasangan lain punya honeymoon.
Sepanjang kami berkahwin, suami tidak pernah memulakan untuk mengajak aku seperti suami-suami lain yang selalu bagi hint pada isteri. Ya malu aku katakan, semua aku yang mulakan, meminta seperti peminta sedekah batin pada suaminya. Tapi bergantung keadaan, kadang dapat, kadang berakhir dengan kekecewaan buat aku. Alah. Frustration nye sama macam suami-suami yang tak dapat tu ler.
Bila lama-lama sekali terjadi sesuatu, satu, dua, tiga, empat, lima, game over. Boleh faham tak perasaan aku? Tak pernah lebih seminit atau dua minit. Aku sangat kecewa dan terluka. Mandi wajib lebih lama dari itu. Pernah aku berbincang dengan suami, kenapa jadi macam gini, kalau rasa tak okay. Kita cari solutions. Kenapa dia macam tak pernah kisahkan nafkah batin aku, dia rasa itu bukan satu keperluan ke, kalau betul bukan satu keperluan, kenapa perempuan boleh minta fasakh kalau suaminya berpenyakit. Atau dia nak aku setelkan sendiri atau cari lelaki lain untuk setelkan aku. Entah mungkin melampau apa yang aku cakapkan tu tapi aku terlalu frustrated waktu tu.
Aku jadi tertanya-tanya, normal ke suami aku macamni. Aku rasa tak. Sebab aku ada terbaca komen dekat mana entah lelaki normal akan perlukan atleast 2x seminggu. Jangan kata 2x seminggu, 1x sebulan pun sangat-sangat susah itu pun aku yang initiate. Suami aku g*y? Aku rasa tak, sebab dia tak ada sebarang perkara yang buat aku nampak dia gay, dia ada perempuan lain? Aku rasa tak, sebab dia macam tak pandai langsung nak melakukan tu, nak kiss tak pandai, nak pegang2 tak pandai, pendek kata semua aku kena ajar dan request?, suami aku autism? Tak jugak aku rasa sebab dia normal je dari segi bercakap, bersosial, bekerja dan lain-lain.
Jadi soalan aku, suami aku tak ada nafsu? Logik ke lelaki tak ada nafsu itu? Apa yang aku kena buat untuk atasi masalah ini. Aku tak mahu bercerai hanya kerana perkara ini. Katakan pada aku andai masalah aku ini bukan masalah dan tak ada solution dan aku hanya perlu bersabar sampai akhir hayat, maka aku akan cuba pujuk hati aku untuk teruskan bersabar. Sejujurnya memang aku tak pernah rasa nikmat isteri yang sebenar sepanjang menjadi isteri. Kalau ada klinik atau berurut atau ubat apa apa yang boleh membantu tolong bagitahu dekat komen ke. Tapi tak nak lah ubat yang boleh buat serangan jantung tu.
Kalau ada komen yang suruh aku kuruskan badan ke, cantikkan diri ke wangikan diri ke, yee semua aku dah cuba yeee. Takkanlah awal—awal kahwin terus suami nak hilang nafsu pada aku, takkan lah kalau ye pun sampai tak reti apa apa. Yee suami aku memang tak pernah tengok video p*rn atau ber*n*ni. Aku tahu sebab aku dah check segala macam dan last sekali aku tanya je terus pernah ke tak, dia cakap pernah tapi masa sekolah menengah dulu je. Sekarang dah 30an. Pasal video pulak aku sengaja umpan ajak tengok tapi dia menegah aku cakap haram.
Aku kena bersabar sampai aku menopause ke… admin pls approve sebab betul2 nak tahu jawapan.
– D (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ko ni banyak baca testimoni org jual produk kuat dlm fb kan?Tu percaya je rekaan fantasi para penjual vodoh lapar duit tu.
Dan lelaki ni kebanyakan di luar je suka gambarkan dia cpt bernafsu la apa la sebab tu cuma FANTASI SEK* DIA.Hakikat sebenar tak pun
Mcm ni la ko better bawa laki jumpa pakar sakit tuan.Sana ada terapi kaunseling utk sek*.Carilah klinik yg boleh dipercayai.Tlg jgn beli pil mengarut dlm fb ke apa.Tu semua taktik marketing je.Byk bhn terlarang buh dlm tu silap2 mandul trs
Ada beberapa perkara kena dinyatakan. Saya seorang lelaki. Awal kawen dulu, setiap kali solat fardu, setiap kali tu la mandi wajib. Sekarang ada halangan jer, anak, kerja, daily chores, datang haid.
Kalau tak memang saya datang dulu kat dia.
Saya tak kata saya kuat nafsu. Tapi saya memang bernafsu. Especially kat isteri sendiri. Bila nafsu tu tak dipenuhi, saya jadi pening.
Jangan stereotyping, kalau tak pernah cuba menyelami apa masalah orang lain. Boleh jadi masalah orang lain tu, tuhan bagi untuk dia untuk naikkan pangkat dia..
jumpa pakar sakit tuan, ada solusinya disitu..
Sis, saya cadangkan attend kelas Puan Diyana Tahir. Ehati nama kelas tu. Amazing gila kelasnya. Cuma mahal sikit tapi berbaloi. Mcm2 ilmu ada.. Ada sorang doktor, suaminya mati pucuk. Berkat belajar kelas ehati utk diri sendiri, Alhamdulillah semuanya kembali normal dan membahagiakan. All the best sis. Take care
Puan kena bawa jumpa suami puan ke pakar sakit tuan.Jika dia menolak dan tak mahu.Puan fikirlah jalan yang terbaik untuk puan.Di saat situasi puan ni jangan sampai memilih simpang yang salah.
Wahai si isteri .Suami kamu LEMAH BATIN Dan bawalah bertemu pakar sakit Tuan .Boleh juga BAWA rawatan ruqyah takut2 ada GANGGUAN jinnsyaitan atau sihir .Sabar Dan banyakkan berdoa .Seks itu penting dlm kehidupan .Jk Masih gagal,fail perceraian Dan kahwin lain !
cuba beli kat farmasi vitamin tuk lelaki, contoh: viagra, tengok ada kesan tk? klu tk leh gak, ikut keputusan puan, boleh mohon fasakh
Viagra bukan vitamin. Viagra sepatutnya kena ada preskripsi. Bukan beli sendiri sewenang-wenangnya
Cuba pergi berubat dan ikhtiar cara perubatan Islam. Takut ada orang hanrar sihir kunci nafsu. Selebihnya berserah kepada Allah swt
X semua laki gila benda tu x semua laki suka buat benda tu. Masa kini mmg itu jadi masalah negara cik kak… solution die cuba check keinginan die pada perempuan apa. Shape yg mcm mana, bahagian mana, cth:- peha, pinggul, lengan, dada, benda tu, dan mcm² lagi yg perempuan ada.
lelaki ni kekuatan sex berpandukan apa yg die suka dan lihat. Mungkin akan membantu menaikkan nafsau die. Mungkin rase jawapan aq ni x tepat or merepek. Aq gtau je apa yg jd pengalaman…
Tarik dulu perhatian dia… malu lelaki ego die tinggi. kalah dgn pujuk rayu perempuan je… sbb tu kene pandai merayu minta tu ini. Mcm minta baju baru ayat kene padu… panjang sangat lah… arghh pandai² ko lah
Kna pergi berurut boboi…. InsyaAllah settle masalah…
Bawa suami ke klinik sakit tuan, ada banyak rawatan spt check hormon, cucuk, shockwave. Ikhtiarkan dulu.
Berkaitan keluar awal tu maybe sbb kepala zakar sensitif sgt/ tak boleh adapt. Boleh guna cincin zakar spt Dr Mit Ring utk tahan lama. Fokus fikiran dan penafasan kena belajar.
Ikhtiarkan dulu, saya rasa maybe hormon lelaki
Salam..Cuba bawa suami puan berurut cara kg .Mungkin ia dapat me mbantu..Tidak salah berusaha. InSya Allah..selebihnya kita serahkan pada Allah
Feel sorry for you. Your husband is gay and he is too shy to admit it. He doesn’t want to disappoint you ..at the same time he need you so that he can be seen as a normal guy towards his family & friends.
Thank me later when you find out ya.
Btw..Normal man will do their best to pleasure you at anytime… DM me for a good time. Muuuah
kalau dah cek pakar tak jalan try berubat kampung, takut sihir pemisah
Klau blh ckp jujur, suami ko bkn tk bernafsu tapi mungkin ada fetish tersendiri.
Laki malaysia ni susah jujur bab keinginan terpendam dia tambah plk sebagai orang malaysia bab fetish2 gini disebut gangguan dll walaupun normal jika seseorang ada “fantasi” tersendiri
Mmg ada kes beginilah dlm seribu mungkin ada satu lelaki yg bermasaalah. Ikhtiar cari penyelesain ,muga selesai masaalah Cik & suami.
Kalau ikutkan cerita awak ni. Ya. Suami awak bermasalah tu. Lelaki normal selalunya memang nak 1-2x seminggu. Baik awak ajak suami awak gi klinik sakit tuan atau klinik urutan boss jack. Boleh tengok kat YouTube, ada interview youcast dengan tukang urut nama boss jack.
Cer ciDia x selera dgn ksmu.mesti
Google klinik Dr Jasmine. Atau cari dkt tiktok.