Suami Tidak Tahu Baca Al-Quran

Assalamualaikum wbt. Hi kepada pembaca pembaca semua. Tujuan aku menulis ini tak lain tak bukan untuk mendengar pendapat yang baik dan ikhlas dari pembaca.

Setelah berfikir buat beberapa jangka masa, aku rasa aku perlu minta pendapat orang lain. Here goes my story.

Aku berkenalan dengan suami aku sekarang ini tak lama, adalah dalam 10 bulan. Semua berjalan lancar sehingga beberapa hari sebelum berkahwin, aku baru dapat tahu suami aku tidak pandai membaca al quran. Huruf jawi pun tidak tahu.

Waktu tu aku minta dia baca ayat al quran (waktu on the phone) dan dia tak boleh baca lalu dia berterus terang. Jujur, aku terkejut. Siapa sangka di dunia moden ni ada orang yg tak pandai baca al-quran. At least bukan dalam circle aku.

Aku jadi ragu nak berkahwin dengan dia. Yelah, kalau tak reti baca al quran, bagaimana pula dengan bacaan solat dia. Dan dia solat ke? Aku buntu. Tapi aku teruskan perkahwinan dek memikirkan aku tak patut menghakimi orang.

Ibu bapa dia bercerai waktu dia masih bayi, jadi growing up, dia macam selalu diabaikan. Aku fikir, aku boleh jadi superwoman, didik suami. Ajar al-quran kan dapat pahala berpanjangan. Itu fikiran aku pada waktu itu.

Aku juga fikir kalau orang yang mengahwini mualaf boleh buat, kenapa aku tidak boleh? Macam tu.

Kini usia perkahwinan aku dah nak masuk 6 tahun, suami aku masih lagi tidak solat. Aku ada belikan buku iqra tetapi tidak pernah dia selak.

Jauh di sudut hati aku ini aku sedih dengan keadaan hidup aku sekarang. Suami aku baik dan aku sayang dia.

Selepas pulang daripada pejabat, suami aku akan main game menggunakan tablet dia. Balik bukan mandi atau solat dahulu akan tetapi dia main game dahulu. Aku ada nasihatkan dia untuk dia solat dahulu, aku pun ada solat di hadapan dia.

Tetapi perkara ini berlarutan sehingga aku cuba untuk hormat dia kerana hormat itu makin luntur. Ada dia cuba solat dan berhenti main game setelah dua hari aku banyak mendiamkan diri.

Aku diam diri kerana sedih dan bukan nak protes ke apa. Tapi dia terkesan dengan diam aku tu. Dia solat dan berhenti main game. It lasted for 2 days and he went back to his ‘usual routine’.

Aku tidak mahu lupakan azam aku waktu sebelum berkahwin dahulu iaitu membantu suami aku menjadi orang yang lebih baik.

Aku sedar yang sebagai manusia, bukan tugas aku untuk ubah orang akan tetapi Allah yang mempunyai kuasa untuk membolak balikkan hati hambanya.

Jadi, aku sendiri yang harus cukupkan solat dan doakan suami serta membaca al quran secara rutin. Aku juga perlu melazimi solat malam.

Aku pernah bertanya kepada suami aku kenapa beliau tidak solat. Suami berkata dia tidak diajar dari kecil. Suami aku juga berkata bahawa dia ada cuba untuk solat tetapi tidak dapat konsisten. Dia tidak tahu kenapa. Macam ada yang mengganggu.

Pernah juga aku suruh suami jumpa Ustaz untuk diruqyah. Pernah juga pergi dan yang terbaru, pada waktu ayat ruqyah dibaca, suami aku dengar ada suara kata yang ‘ayat tu tak cukup kuat’. Cukup kuat untuk apa aku tidak tahu.

Cukup kuat untuk halau sesuatu dalam badan dia ke apa? Sekadar info, suami aku memang ada sixth sense. Dia boleh ‘nampak’. Bila dia beritahu aku benda-benda macam ni, aku antara percaya dengan tidak percaya.

Kalau orang ada sixth sense tu aku percaya, tetapi untuk ada benda bisik pada dia waktu ruqyah tu aku tidak tahu nak percaya ke tidak. Ada pembaca yang tahu atau ada pengalaman begini? Boleh kongsi di ruang komen.

Soalan aku, bagaimana aku nak ikhlaskan hati untuk menghadapi hal ini? Kemudian, bagaimana untuk aku nak pupuk minat suami untuk solat dan baca al-quran? Lantik guru mengaji ke? Aku ajar sendiri ke?

Seterusnya, bagaimana aku nak lalui hari dengan menghadap suami yang sering bermain game? Biarkan masa yang menentukan ke?

Aku buntu kerana terlalu banyak yang bermain fikiran aku. Tentang hal ruqyah pula, perlukah aku bawa suami pergi ruqyah lagi?

Ada orang cakap, aku patut ubah diri aku dahulu kemudian barulah suami ikut berubah bila dia dapat hidayah. Aku mahu hijrah sama-sama seiringan. Bantu aku. Niat aku baik. Terima kasih buat pembaca semua.

– Fazi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *