Saya seorang penjawat awam, berusia 33 tahun. Mempunyai dua orang anak dan sedang mengandung anak ketiga.
Suami tidak bekerja, berusia 42 tahun. Menguruskan kerja-kerja rumah seperti memasak, mengemas, basuh baju, menguruskan anak-anak, hantar dan ambil anak dari sekolah, hantar dan ambil saya dari tempat kerja.
Dulu-dulu suami bekerja. Lepas dapat anak pertama, suami yang buat keputusan untuk berhenti kerja dan menguruskan anak. Dia yang decide begitu.
Disebabkan kami tak ada masalah kewangan sangat (gaji saya mencukupi untuk sara keluarga), saya ok dengan keputusan dia.
Tapi saya banyak kali offer, “Pergilah kerja semula kalau rasa bosan dengan rutin kerja rumah ni.” Dia tak nak. Dan saya pula bukan tak buat langsung semua kerja rumah… saya masih buat.
Suami saya seorang yang kasar. Kasar di sini bukan sampai tahap memukul, tapi tiada kasih sayang seperti suami isteri. Tiada sentuhan, pelukan, ciuman dan sebagainya.
(Maaf ye kalau ada yang geli saya bercerita tentang ni… saya percaya yang dah jadi suami isteri tentu faham. Saya sedih, tiada tempat nak luahkan perkara ni.)
Suami saya juga tak minta langsung untuk “bersama”. Mesti ada yang terfikir, macam mana anak boleh sampai tiga orang? Percayalah… terjadinya tiga orang anak ni pun sebab saya yang paksa dia. Paksa sampai bergaduh, bermasam muka berhari-hari, barulah dia “bagi”.
Tetapi dah 13 tahun usia perkahwinan ni, saya dah letih untuk paksa-paksa dia berkenaan hubungan suami isteri. Saya dah terlalu letih untuk bergaduh lagi. Menangis depan dia sebab saya terasa hati… terasa sangat dengan reaksi dia bila saya minta.
Suami saya akan mengeluh dan cakap, “Esok-esok je lah… letih la.” Esok-esok tu bukan esok sebenarnya. Tengok-tengok dua minggu lagi ke… sebulan lagi ke…
Saya kadang-kadang terfikir, suami saya ni tak ada nafsu ke? Saya pula bukanlah terlebih bernafsu… bukan hari-hari saya minta. Dalam seminggu adalah sekali. Sebab itu kan fitrah. Lagipun itu suami saya yang sah.
Kata orang, kalau isteri dulu yang minta, akan menggembirakan hati suami. Tapi lain pula realitinya dalam hidup saya. Seminggu sekali yang saya minta tu pun, selalunya suami akan elak. Dia akan biarkan saja… dua minggu lagi ke…
Sebab apa saya yang minta dulu? Sebab dia takkan minta langsung. Menunggulah saya berminggu-minggu, berbulan-bulan. Suami saya akan act normal je, macam tak ada apa-apa berlaku.
Kalau nak kata dia gay? I don’t think so. Sebab tak pernah nampak apa-apa tanda ke arah itu. Nak kata ada masalah kesihatan lelaki? Saya ajak dia berurut. Saya belikan suplemen untuk bantu kesihatan lelaki dia. Tapi dia peram atas peti je la.
Kalau nak kata dia penat sebab uruskan anak, buat kerja rumah… saya sangat bertolak ansur dengan dia. Kalau dia kata penat, saya akan cakap, “Ok, tak payah masak… kita beli je.”
Apa yang saya boleh mudahkan, saya akan mudahkan. Jadi? Takkanlah hari-hari penat, kan? Itu sekadar alasan…
Tak ada selera? Demi Allah… saya dah buat yang termampu untuk ambil hati suami. Saya jaga kebersihan diri, berwangi-wangian depan dia, jaga penampilan, menggoda, bermanja-manja, bahkan cuba ajak dia mandi sekali. Jawapan dia, “Awak mandi la dulu.”
Benda ni nampak kelakar kan? Tetapi sebenarnya sedih. Kecil hati… sebab saya bagaikan tiada tempat untuk berkasih sayang.
Saya perempuan. Saya pun letih juga kat tempat kerja. Saya ada perasaan juga nak bermanja-manja dengan suami. Itu suami saya sendiri, bukan suami jiran.
Bagi suami saya, hubungan intim tu tak penting. Tapi bagi saya, itu cara saya berkasih sayang. Meluahkan kasih sayang. Kasih sayang dengan anak mana sama dengan kasih sayang antara suami isteri.
Bincang? Saya dah banyak kali bincang dengan dia. Luahkan isi hati saya. Menangis depan dia. Tapi entahlah, gais… tak ada apa pun yang berubah.
Saya cuba bertenang walaupun kena biar berminggu-minggu. Tapi perasaan ni saya tak boleh sembunyikan. Saya sunyi. Rasa rindu. Rasa kosong.
Saya perempuan, saya galas tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Saya tanggung makan pakai anak dan suami. Belanja sekolah anak, bayar kereta, bayar rumah, duit rokok.
Time-time raya ni, baju raya anak, baju raya suami, kuih raya, duit raya — haa semua atas saya. Lain-lain perbelanjaan pun saya.
Atas semua yang saya buat ni, tak layak ke saya dapat secebis perhatian dan kasih sayang dari suami sendiri? Bukan saja dari segi hubungan intim, malah segala bentuk kasih sayang — pujian, sentuhan, pelukan, ciuman — apa pun tak ada.
Betapa terderanya saya rasa. Diabaikan dan dinafikan hak sebegini. Nafkah zahir tak ada. Nafkah batin pun suami saya buang begitu sahaja.
Bagi dia, tak penting. Atas alasan dia kasar, dia letih, dan macam-macam alasan yang dia cipta. Sedangkan kasih sayang adalah perkara asas dalam rumah tangga. Bagi dia, cukup dia masak, jaga anak — itu cara dia tunjuk kasih sayang. Lain-lain tak perlu.
Demi Allah… saya dah buat apa yang saya perlu buat. Saya dah cuba jadi isteri yang terbaik. Memahami keadaan suami. Menerima suami seadanya, buruk dan baik, seperti mana dia jua menerima kekurangan dan kelebihan saya.
Berbincang? Dah 14 juta kali bincang. Even kalau dia ada perempuan lain pun, saya dah banyak kali minta dia lepaskan saya. Ajak pergi Mahkamah Syariah. Tak juga… Macam biasa, dia minta maaf, janji akan berubah. Tak berubah juga.
Begitulah kehidupan. Saya dah tak tahu nak buat apa.
– Isteri Tersakiti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Dalam Islam, lelaki yang kena tanggung isteri dan anak-anak. Apatah lagi dengan takde nafkah batin ni. Pergi court je la. Dia buat keputusan untuk berhenti kerja takde bincang dengan you pastu terus harap you tanggung keluarga. You’re being taken advantage of. Dia buat anak, kemas rumah, masak. Takde sakit kepala fikir pasal duit
di confusion yg lain, si lelaki bekerja yg meluah kan rasa tentang isteri, dlm confusion ini nampaknya, menjaga anak2 itu tersngatlah letih dan memenatkan..
Hmmm…masalah sis sama sebijik mcm sy… Bezanye suami sy kerja guard..
Entah la.. Tak tau ape yg tak kena.. kadang² rasa nak berpisah je.
Anak² adalah anugerah paling berharga dari Allah utk mak ayah. Jgn lah rasa terbeban kerana mereka adalah saham akhirat kita jika dididik dan di jaga dengan cara yang betul. Semoga jasa dan pengorbanan mak ayah di dunia membuahkan ladang pahala diakhirat utk mereka
Sedihnya dengar..semoga sis tabah.Bab suami dingin tu sy rasa sebab dia takde rasa cinta dan syg.
Lelaki ni mcm2 bentuk perangai.
Kalau dah seksa gi la mahkamah.Buat apa tunggu2 lagi.Dah la awk jd ketja keluargA..fikir2kanlah
Salam puan,
13 tahun menikah. Umur puan baru 33. Means menikah pada usia 20 tahun. Kemudian, suami 42. menikah di usia 29 tahun. 29 tahun tu selalunya lelaki berpendidikan dah stabil gajinya. Okay kira beza usia 9 tahun.
Yg tak bestnya, kenapa suami berhenti kerja lps dpt anak first? Selalunya perempuan berhenti sbb penat nak jaga anak, gi kerja lagi.
Puan mungkin x sedar, tapi puan sebenarnya telah dipergunakan oleh suami puan. Jauh di sudut hati suami, puan lagi lemah dari dia yg x kerja sbb tu dia berani jadikan puan sbg mesin atm. Lainlah kalau suami puan sakit, lumpuh xleh gerak dan ada masalah sakit jiwa ke apa. Ni Allah beri kesihatan yg baik. kenapa xnak kerja? Bacul seorang suami yg biarkan isteri tanggung semua benda.
Part nak cerai. Memang idoklah suami puan nak cerai. Dah bertahun hidup ditanggung makan pakai b*rak cangkung semua. Mana biasa nak start kerja balik. Umur pun dah 40 series. Lagi malas nak starting new career.
Entahlah, saya baran bila baca kisah mcm ni. Sbb risau kat anak perempuan sendiri. Apapun, terserah pada puan nak bertahan atau pilih pergi. Yang penting, dirikn solat istikharah dan minta sejelas² petunjuk dari Allah. Moga Allah beri kekuatan untuk puan dan keluarga
Kakak tak pandai
Tapi dlm lafaz takliq ada disebut suami kena sediakan nafkah zahir n batin kan?
Puan pikirlah sendiri. Suami mcm ni ke puan nak bersama di syurga nnt?
Nafkah zahir culas. Nafkah batin pn culas. Padahal segala nafkah dalam Islam suami patut tanggung dan kalau isteri nak bertolak ansur bantu sikit2 x pe tapi bukan 100% atas bahu isteri. Marahnya saya baca confession puan. Suami x tunjukkan contoh yg baik untuk anak2. Mcm mna esk2 anak2 ikut perangai suami bila dah berkeluarga. Bersambung2 masalahnya, masalah dengan menantu dpt anak pemalas jgk.
Suami x mungkin akan ceraikan sbb seronok ditatang org lain x payah pening sakit badan cari duit.
Hidup ni sekejap shj puan. Esk lusa nak mati dah. X berbaloi hidup hari2 berendam air mata. Cari lah kebahagiaan sndiri. Kita pn berhak untuk hidup bahagia. Klau nekad nak cerai, kumpul bukti dan bawa ke mahkhamah.
Dunia skrg dah ‘terbalik’.. lelaki yg spatutnya cari nafkah, ‘voluteer’ nk dduk d rumah, yg isteri kna mnanggung segalanya, n ‘redha’ je lak tu.., tentang nafkah batin pon buat alasan penat.., slalunya isteri yg bgi alasan camtu.. patutnya isteri tu ckp kat dpn muka dia, “saya dah sara mkn, pakai, tempat tinggal n segalanya, saya minta ckit je tentang hal nafkah batin, itu pon awk x mampu, awak xde maruah diri ke..? Klaw dah tak ‘mampu’ nk jd ketua kluarga, baik awk ‘resign’ jela..”, nt tengok apa reaksi dia.., klaw dia msih buat ‘bodo’ je, puan proceed jela g mahkamah.., ini bkn msalah dia nk or xnk jatuh talak, tp ‘hak’ puan dah di’abai’kan, n berhak nk tuntut fasakh, klaw puan mau.. sure dia xnk kan, sbb dah lma slesa ditanggung bini.. so, klaw xnk cerai, better buat tugas suami tu.., jd ‘pak guard’ or tukang kebun yg mesin rumput tu pon xpe, janji bule sara kluarga, soal isteri nk bantu ke x tu citer lain, yg penting dia ada ‘maruah diri’ sbg suami.. wahai oara suami yg rela jd “biawak hidup” ni.., awk ingat Tuhan suka ke golongan yg mcm ni, walau pon solat 5 waktu.., silap2 dpt ‘laknat’ lg.. sanggup ke nk kna ‘siksa’ d Akhirat nt, ank isteri x diberi nafkah zahir & batin.. sampai bila..? Wallahu a’lam
Dah lebih 10 thn puan jd mesin atm suami.Takkan seorang pun ahli keluarga tak tegur kenapa suami berhenti kerja dan alasan jaga anak?
Puan dah dipergunakan dgn sedar cuma puan sayangkan dia kan..
Sedar dirikah?Puan cuma diperalatkan…nak kerja smpai usia 65 thn ke?sedangkan suami 1 simpanan pun takde.Andaikata puan jatuh sakit kelak dgn siapa nak minta tlg?
Carilah kebahagiaan sendiri p mahkamah buat juga jln minta cerai..jgn seksa diri sendiri.Dah mcm pengemis dah..dah la dipergunakan..lepas tu dilayan mcm pengemis meminta2 layanan batin..
ada alasan yg kukuh nak mohon fasakh, dua2 nafkah dah gagal, makan free, hidup free, bini tanggung, indahnya hidup lelaki camtu… sampai duit rokok pun bini yng tanggung..
Maaf cakap. Kalau camni, suami ada perempuan lain. Aku pernah alami begini.