Suami Yang Aku Sayangi

Aku Mawar, dan perkahwinan aku dan suami telah lebih dari 10 tahun. Kehidupan perkahwinan kami sangat bahagia. Dikurniakan seorang anak perempuan yang comel dan cerdas.

Kami juga boleh dikatakan golongan yang mampu, tidaklah kaya tapi tidak susah. Makan pakai semua cukup. Aku dan suami masing-masing ada kerjaya.

Suami sangat baik juga kepada kedua orang tua ku. Setiap kali kali bercuti kemana sahaja suami pasti akan mengajak ayah dan ibu ku. Suami juga memberi wang belanja buat kedua orang tua ku.

Dengan kedua orang tuanya pun suami begitu. Aku sangat bahagia. Suatu hari, suami meminta aku balik tengah hari (waktu rehat) ke rumah.

Kami memang jarang balik rumah waktu rehat, masing-masing makan tengah hari di luar. Aku pelik mulanya, kenapa suami suruh balik rumah. Aku cemas dan segera balik.

Aku fikir suami aku sakit. Sampai di rumah suami menangis dan meminta maaf. Dia menangis seperti anak kecil.

Tidak pernah aku melihat suami aku menangis seperti itu. Aku tanyakan kenapa, dia cakap jika dia beritahu aku, aku akan marahkan dan takkan maafkan dia. Aku tidak sedap hati dan terus mendesak.

Suami beritahu dia curang dengan rakan sekerja tapi berlainan jabatan. Hati aku luluh, aku juga menangis semahunya. Suami beritahu perempuan tu nak jumpa aku.

Aku ok, aku akan berjumpa dengannya terus pada petang itu. Dengan keadaan emosi yang masih stabil, aku memang ingin berjumpa. Sebelum kejadian, suami memang selalu cakap ada benda nak beritahu aku.

Tapi selalu tak jadi. Suami 2 minggu sebelum itu, memang seperti kemurungan. Memang sebagai seorang isteri yang taat dan baik, aku sedar perubahan itu.

Bila aku tanya, dia beritahu ada hal kerja yang buat dia sedih. Dia memang seorang suami yang baik. memahami aku, mendengar luahan dan tidak pernah pun mengongkong.

Aku juga jenis selalu bercuti bersama kawan2, tetap suami izinkan. Aku sebagai seorang isteri juga begitu, tidak pernah menyekat hobi suami. Suami aku suka bersukan.

Bermain futsal. Ada 2 ke 3 hari seminggu dia akan keluar malam bermain futsal atau badminton bersama kawan2. Aku tak kisah, sebab aku faham masing2 sudah memberi kepercayaan.

Petang itu juga suami bawa aku jumpa perempuan itu. Perempuan itu juga suami orang. Perempuan itu beritahu suami aku yang menginginkannya.

Mereka pernah buat perbuatan terlarang untuk suka2. Mengucap panjang aku, tetapi aku kuat, aku tidak akan menangis di depan perempuan celaka itu. Aku memang memaki hamun perempuan itu.

Semua perkataan tak elok aku lemparkan. Tapi perempuan itu sedikit pun tidak terkesan. Suami hanya diam.

Dia juga mungkin terkejut dengan perkataan yang aku berikan kepada perempuan itu. Aku jarang begitu. Aku memang wanita yang lemah lembut.

Tetapi depan perempuan itu, aku bagaikan orang lain. Aku maki hamun semua perkataan yang tidak baik keluar dari mulut ku. Selepas puas aku memaki hamun, aku suruh perempuan itu keluar dari kereta suami.

Aku dan suami buat pertemuan di tempat parking untuk jumpa perempuan itu. Aku yang suruh perempuan itu masuk kereta suami. Aku tak nak orang nampak kami.

Perempuan itu tanpa segan silu masih ingin berhubung dengan ku dengan meminta nombor hp ku. Sungguh tidak tahu malu. Suami juga marah dengan perempuan itu dan menyuruhnya keluar.

Barulah perempuan itu keluar tanpa rasa bersalah. Petang itu juga, aku beritahu suami aku tak nak balik rumah. Aku menangis sepuasnya dalam kereta suami.

Aku menangis seperti orang hilang akal. Aku menjerit seperti orang histeria. Suami yang memandu di sebelah ku juga menangis semahunya.

Dia meminta maaf berkali-kali. Aku dan suami terus mohon cuti untuk petang itu. Kami di dalam kereta tanpa arah tujuan.

Dengan aku yang seperti orang gila menangis semahunya. Malam itu, aku dan suami berbincang. Suami dengan kesal meminta maaf padaku.

Dia beritahu aku memang kesilapan itu darinya. Dia tak ada hati pun pada perempuan itu. Perempuan itu seperti memerangkapnya.

Suami ceritakan pada malam kejadian, suami bermain futsal seperti biasa. Perempuan itu minta tolong untuk tengokkan kereta dia.

Suami aku yang mengenali perempuan sebab pernah bermesej perihal kerja sebelum ini, itu pun sanggup menolong dan kereta perempuan itu yang diletakkan di sebelah kereta suami.

Kemudian semasa suami ingin mengambil barang di bonet keretanya, perempuan gila tersebut telah duduk di tempat duduk penumpang di kereta suami.

Suami terkejut dan perempuan itu telah menangis. Melihat perempuan itu menangis, suami jadi risau dan masuk duduk juga dalam kereta sebelah perempuan itu.

Terus perempuan gila itu menggodanya. Suami betul2 minta maaf dengan ku, dia beritahu dia manusia biasa masa itu. Jadi, terjadilah benda yang tidak sepatutnya terjadi.

Selepas kejadian itu suami berasa sangat menyesal dan bersalah. Perempuan itu psiko gila kata suamu ku. Selepas kejadian malam itu, perempuan itu mengugut suami ku, jika tidak melayan mesej dan video call suami.

Dia mengugut akan beritahu aku. Dia mengugut akan ke pejabat untuk terus berjumpa suami ku. Dia mengugut akan ke tempat kerja ku juga.

Suami menjadi kemurungan selepas peristiwa itu. Perkara itu hanya berlaku sekali sahaja. Dan suami sangat takut akan ugutan itu terpaksa melayan dia mesej dan video call.

Ugutan terakhir dia nak jumpa suami kat hotel, kalau suami tak setuju dia akan ke rumah kami dan bertemu dengan ku. Suami yang sudah tidak tahan lagi dengan ugutan tersebut pada hari itu terus memberitahu ku. Dia sudah tidak takut lagi dengan ugutan perempuan itu.

Untuk ke hotel dengan perempuan itu memang dia tak akan buat. Cukup sekali itu yang membuat dia sangat2 menyesal dan berdosa padaku. Perempuan itu memang akan membuat aku dan suami berpisah.

Dia akan buat suamiku menyesal kerana tidak dapat melayan kehendaknya. Perempuan itu memang psiko gila. Suami perempuan itu memang tak tahu pun perempuan tersebut begitu.

Dia pernah memberitahu ku dia tak kisah jika suaminya tahu. Dia memang perempuan gila. Ugutan demi ugutan membuat suami ku kemurungan.

Sebelum ini, suami tiada kekuatan untuk memberitahu ku. Patut la setiap kali kami bersms, dia akan beritahu ada perkara dia akan beritahu aku. Entah berapa kali suami bersms begitu.

Entah apa salah dan dosa kami terjebak dengannya. Suami menceritakan padaku dengan penuh kekesalan. 

Aku kebetulan datang bulan, jadi aku tidak dapat solat. Di rumah aku hanya baring dan menangis. Aku tidak dapat tidur dan makan. Padahal aku paling suka makan.

Suami sangat sedih dan bersalah melihat aku begitu. Dia memujuk ku berkali2 untuk makan. Hilang terus selera makan ku.

Hal anak semua suami yang uruskan. Dia beritahu anak kami jangan ganggu ibu, ibu masih sakit. Dalam solatnya, aku dengar suami menangis tersedu2.

Aku dan suami masing2 mengambil cuti rehat untuk beberapa hari. Suami meminta maaf padaku berkali2. Aku hanya diam membisu.

Dua hari selepas peristiwa itu, suami mengemas barangnya. Dia beritahu aku, dia akan pergi dari rumah kami. Dia beritahu aku, dia faham jika aku jijik dengannya.

Kesilapan yang dia buat, memang tak kan aku maafkan. Dia terima sebagai hukuman. Dia pun malu untuk terus memohon maaf kepada ku.

Dia rasa dia tak layak pun mendapat kemaafan dari ku. Apa yang perlu aku buat. Tolong beritahu aku, hati aku memang sakit, tapi aku masih sayangkan suami ku.

Aku takut kehilangannya. Tapi peristiwa tersebut selalu datang ke fikiran ku. Aku sukar melupakannya.

Apa yang harus aku buat. Tolong.

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Yela tu, percaya sangat dengan citer suami kau tu. Terpaling victim. Cuba contact dgn perempuan psiko tu, dgr pulak citer dari side dia. Baru kau boleh buat kesimpulan.

  2. maaf mawar, sejujurnya saya tak ada jawapan atau cadangan yang baik. saya doakan urusan awak dan suami dipermudahkan. awak lebih kenal suami awak, semoga awak kuat dan dapat melalui fasa ini dengan sebaiknya.

  3. Sis lebih kenal suami sis
    50/50
    Mungkin betul Mungkin tak betul

    Forgive boleh
    Forget?
    Susah dik

    Apa pun semoga Allah mudahkan semuanya untuk sis
    Doa byk2
    Mintak Allah tunjuk jalan

  4. Allahu,saya faham apa yang sis rasakan. Kecewa,sedih,terluka yg dalam. Untuk sis maafkan suami memang makan masa yang lama. Cuma satu sahaja nasihat saya, cari Allah semula. Cuba solat taubat dan solat jemaah bersama. Moga Allah berkati rumah tangga sis dan dipermudahkan urusan suami dan sis sekeluarga. Utk perempuan gila tersebut,better sis lapor ja pada companya ka,polis ka atau family perempuan tersebut.

  5. Semoga kuat sis. Kalau pilih untuk memaafkan, jangan sampai mengungkit kemudian hari. Benda sebesar ni perlu sama-sama muhasabah & berubah kearah yg lebih baik. Cuma, kesalahan ni bukan sebelah pihak je. Sis maki hamun yg perempuan tapi yg laki sis boleh tolerate pulak? Jadi, buatlah decision yg terbaik. Selamanya pun perempuan tu akan berkait dengan suami sis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *