Assalamualaikum salam sejahtera pembaca semua… Saya Nurul berusia 43 tahun.
Ini adalah kisah saya yang malang kerana dapat suami yang cuma bertindak sebagai housemate sebab dia boleh di harapkan buang sampah.
Dan boleh sidai kain baju sendiri, roomate sebab pandai lipat selimut sendiri lepas bangun tidur, tapi bukan bedmate sebab kami tidur asing katil dan dia lebih selesa peluk bantal dari peluk isteri.
Semasa menaip confession ni saya masih di ward baru menjalani pembedahan buang buah pinggan sebelah yang rosak di sebabkan batu karang.
Saya adalah penjawat awam gred profesional dan dia pun sama cuma dia bergred diploma.
Alhamdulillah saya berkongsi rezeki dengan suami dan 3 orang anak kami. Hidup kami tak mewah. Cuma cukup makan dan pakai. Serta mampu nak makan fastfood seminggu sekali.
Perbelanjaan rumah di bahagi dua antara saya dan suami. Saya mempunyai 2 biji kereta yang kedua2 nya saya bayar penuh atas nama saya sendiri.
Rumah kami duduk itu juga atas nama saya. Walaupun saya tak minta banyak dari suami. Saya sentiasa bersyukur sebab dari segi luaran. Kami nampak normal macam pasangan suami isteri yang lain.
Pada ketika dua anak lain masih kecil… dan saya mengandungkan anak ketiga. Kami kesesakan sumber kewangan.
Saya yang berkerja dari 8-5 ini, mengambil upah membuat kek dan pastry untuk menampung belanja yang tak tidak cukup, lepas balik kerja. Saya solat. Saya siapkan makan suami dan anak2,
Dan lepas maghrib saya akan mula membaking sampailah pukul 12 -1 pagi baru saya dapat merehatkan badan. Rutin berterusan sampai saya melahirkan anak yang bongsu.
Bila dah ade baby. Saya masih teruskan membaking setiap malam. Lepas tidokan baby. Sementara suami pukul 9 wajib masuk tidur tanpa kisahkan anak kecik dan saya yang masih tungtang – tungtang kat dapur sehingga larut malam.
Rutin bangun pagi. Saya akan masakkan brekpas dan bekal untuk suami dan anak2. Saya tak tau kenapa saya masih bertahan dengan sikap suami walaupun orang keliling nampak saya yang jaga dia. Bukan dia yang jaga saya.
Mungkin kelebihan dia yang saya rasa family man walaupun dingin dengan isteri sendiri walhal kami dulu berkawan dari zaman sekolah sampailah ada jodoh berkahwin.
Dia bukan seorang yang suami yang romantis atau penyayang ni pun saya tak pasti.
Padahal masa berkawan dia yang approach saya dulu dan saya terima sebab nampak kesungguhan biarpun dari zaman saya belajar sehinggalah bertunang masih lagi ada yang cuba nak masuk lain termasuklah beberapa kenalan engineer juga hendakkan saya.
Tapi mungkin saya seorang yang setia dan terima dia seadanya walapun bukanlah si dia tu bergaji lumayan.
Sepanjang tarikh istimewa saya. Sama ada hari lahir atau anniversary… Saya tak pernah terima sebarang hadiah dari suami… Dengan alasan kewangan nya yang sentiasa cukup2 sampai gaji. Saya terima dan tak kisah.
Walaupun ade juga rasa iri bila tengok kawan2 lain di medsos menayangkan hadiah atau suprise yang mereka dapat dari suami masing2.
Saya sentiasa sedapkan hati. Mungkin itu bahagian saya dan saya tak pernah minta banyak. Sekadar mengharapkan ada ucapan dan pelukan dari suami juga saya hampa. Dalam rumah tu saya tak boleh sakit ye pembaca.
Sebab dia akan mengeluh kerana rutin dia berubah. Dan terpaksa menghantar saya ke hospital dan mencari makan dan menjaga anak2 dirumah.
Betul saya tak boleh sakit ye… Kalau saya sakit pernah sekali di masukkan ke wad sebab apendiks. Saya di bebelkan sebab menyusahkan dia perlu melawat dan menghantar barang ke hospital.
Mujur juga saya mampu bayar komitmen insuran untuk medicard setiap bulan. Dapatlah saya berehat sebentar dari rutin sambil menanggung sakit di hospital swasta yang layanan nya sangat membantu dari segi mental dan emosi.
Hari ini adalah kali ke dua saya di masukkan ke hospital dan sakit kali ni agak kronik sebab batu karang yang berkumpul di sebelah buah pinggang dan doktor membuat keputusan terpaksa membuang sebelah buah pinggang yang rosak itu.
Disebabkan era covid, suami atau pelawat tak dibenarkan menunggu pesakit dan si dia sangat lega kerana tak perlu melawat saya selalu dan hanya passing barang di kaunter sahaja.
Walaupun begitu. Saya masih jalankan tanggungjawab menyediakan makan minum suami dan anak2 dengan cara mengoder grab dari hospital.
Hari ni di saat saya perlukan sokongan suami. Tapi sebaliknya yang saya terima dia hanya call suruh saya order makanan sekian sekian ikut selera dia. Tanpa bertanya keadaan saya yang sakit kurang 12 jam selepas operation .
Sedihnya bukan kepalang bila kita harapkan si dia menenangkan kita. Malah dia yang mengeluh sebab pening kepala nak uruskan anak2 dan makan pakai mereka di rumah. Keluhan saya ni.
Dia buat mungkin sebab ada lebihan masa di katil pesakit dan saya sangat terkilan apabila dilayan sedemikian.
Adakah saya tak layak sakit… Sebenarnya sampai saya berfikir Allah bagi saya sakit mungkin itu je masa saya dapat berehat.
Mohon pembaca semua mendoakan supaya saya diberikan kesembuhan segera dan sememangnya hati saya dah tawar dan saya penat. Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati saya.
– Nurul (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit