Saya tak pernah jumpa seperti si suami. Kejahatan yang dilakukan oleh si suami ni terlalu jahat dan licik.
Nampak luaran seorang yang baik dan pendiam. Lepas kahwin baru nampak perangai sebenar si suami. Seorang yang panas baran. Suka ungkit segala pemberian.
Bekerja namun tiada duit. Tidak tunaikan nafkah. Bila minta duit cakap tak ada duit. Beli barang rumah disuruh guna duit isteri.
Isteri bagai dicucuk hidung pada awal perkahwinan. Apa disuruh oleh suami terus buat. Keluarga sudah nasihat tak dengar.
Makin lama dalam perkahwinan makin tidak tahan. Ditunjal kepala. Dicekik leher. Dimaki hamun.
Nafkah satu sen tak bagi dengan alasan isteri bekerja. Duit rumah isteri bayar sebab isteri bekerjaya. Suami pun gaji besar tapi setiap bulan tiada duit.
Lebih baik bersuamikan lelaki yang gaji biasa-biasa janji tidak kedekut dan berkira dengan isteri dan anak. Isteri terpaksa buat part time jualan bisnes online.
Banyak guna handfone untuk cari duit lebih walaupun gaji yang sedia ada sudah banyak. Tak cukup sebab si suami tidak membantu bab ekonomi rumahtangga.
Isteri baru sedar diri mungkin disihir oleh si suami sendiri. Bila isteri mula mendekatkan diri pada Allah baru ada keberanian untuk melawan dan menjauhkan diri.
Isteri mula solat 5 waktu, solat sunat dan baca al quran.
Bila suami mula naik tangan isteri beranikan diri lari dari rumah sebab takot akan mati ditangan suami. Serik tengok berita si isteri mati didera oleh sang suami.
Suami sendiri dendam dengan isteri. Amalkan ilmu hitam untuk tundukkan isteri.
Suami tidak solat. Amalkan ilmu hitam. Bertindak kasar terhadap isteri. Isteri baru sedar. Sebelum ni diperbodohkan oleh suami sahaja.
Buat apa teruskan dalam perkahwinan kalau tiada kasih dan sayang.
Bukankah dalam perkahwinan itu perlu sentiasa berkasih sayang dan saling menghormati serta tunaikan tanggungjawab masing-masing.
Si suami jaja keburukan si isteri kepada seluruh ahli keluarga pihak lelaki. Pelbagai fitnah ditabur namun si isteri tetap membisu. Biar hanya diri sendiri tahu cerita sebenar.
Tidak perlu dicanang keburukan pasangan. Si suami terus ceritakan kebaikan diri sendiri. Dan terus memburukkan keadaan dengan sebarkan fitnah tentang buruk isteri.
Betul-betul kita berada di akhir zaman. Fitnah berlaku depan mata. Ramai percaya tanpa selidik hal sebenar.
Tuan punya badan hanya mampu diamkan diri berserah pada Yang Maha Esa. Teruskan hidup seperti biasa terus bekerja untuk mencari duit.
Si suami tidak mahu lepaskan.
Terus-terusan menyeksa mental isteri.
Berat sungguh dugaan isteri. Hanya mampu mengadu pada Allah Yang Maha Besar.
Di sini bersama-sama kita semua mendoakan untuk kaum wanita diluar sana terus kuat dan tabah dalam berhadapan dengan suami yang kejam dan jahat terhadap isteri sendiri.
Tidak semua lelaki jahat. Masih ramai lelaki yang baik dan ikhlas terhadap isteri dan anak-anak.
Cuma terdapat sebilangan kecik golongan lelaki yang lebih memilih untuk menyiksa fizikal dan mental isteri berbanding memilih untuk berkasih sayang dengan pasangan.
Semoga kita semua sentiasa dijauhkan dari fitnah kubur, fitnah api neraka, fitnah kehidupan dan kematian, fitnah dajjal.
– Si isteri yang malang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit