Suami Yang Childish

Saya dah berkahwin selama 4 tahun dikurniakan seorang anak. Sekarang sedang mengandung anak kedua, 2 bulan.

Selama berkahwin dengan suami banyak yang saya pendam dengan harapan tak nak besar besarkan perkara yang remeh.

Tapi semalam telah berlaku satu perkara yang kecil sehingga menjadi besar.

Bermula dengan saya mengajak suami bergambar je kat rumah. Tapi suami asyik cakap kejap kejap kejap.

Saya dah siapkan barang2 anak nak keluar contoh macam bip leher, pampers, baju spare. Suami tengah siapkan barang2 dia macam spek mata dan susu anak. Tapi dia punya sibuk macam tengah kemas 1 beg nak balik kampung.

Tadi saya dah suruh siap awal tak nak, lagi nak duduk tengok bola kat tv. Lepastu bila dah last minit mulalah cakap nak ambik gambar tak sempat.

Lepastu saya ajak lagi, tahu suami cakap apa,

“Saya tanya lagi sekali, awak nak pergi kenduri kahwin tu ke tak?”

Saya yang dengar kata2 tu terus kecil hati. Mestilah nak pergi kan. Saya cuma nak ambik gambar je.

Lepastu saya terus lap peluh2 di dahi dek menunggu suami kat bilik. Lapkan sekali peluh anak. Memangla pakai kipas tapi tetap rasa dia panas.

Last tu suami masuk bilik tapi hati saya dah berbulu sangat. Saya terus cakap tak payah, kalau ambik gambar dengan orang lain bukan main mudah. Nak ambik gambar dengan isteri sendiri susah betul.

Suami kalau ambik gambar dengan kawan2, kadang2 tu dia yang suruh saya ambik gambar dia dengan kawan2 dia, ambik gambar dengan keluarga dia mudah je. Takda pulak nak cakap itu tak sempat, ini tak sempat.

Tapi bila nak ambik gambar dengan isteri macam2 di cakap nya.

Kemudian saya dah cakap macam tu, macam biasalah suami akan counter, ambik gambar dengan siapa? Bila?

Saya cakap je semua ayat2 di atas tentang dia kalau bergambar dengan kawan dan family laju je. Tapi bergambar dengan saya cukup susah.

Lepastu suami dah start sentap. Bayangkan tuan puan, suami umur 36 tahun sentap macam mana. Dia merajuk duduk dalam bilik main fon.

Tapi end up keluar jugak bila saya dah start kereta dan bukak pagar semua. Saya ingat dah ok lah kan sebab kami nak pergi kenduri bawak mak dan adik saya.

Eh sekali sampai kenduri dia boleh buat perangai tak nak duduk sekali dengan kami, tak nak makan. Duk main handphone kat luar tanda protes. Saya dah pergi ajak taknak, mak saya pergi ajak pun tak nak.

Lepastu saya biar je teruskan makan dengan anak, mak dan adik.

Lepas makan anak sebut2 nama ayah dia, nak pergi dekat ayah. Suami boleh hantar anak dekat saya. Lepastu anak menjerit jerit la kat meja makan orang kahwin tu.

Dia letak anak dia cakap, nah jaga anak ni, saya bukan makan pun kat sini. Anak makin jerit. Orang sekeliling tengok. Mak saya tak habis makan lagi. Saya geram saya call suami saya cakap tunggu saya datang luar.

Saya sampai je luar tahu suami buat apa?

Dia bergelak ketawa dengar voice kawan dia kat wasap. Saya sampai je kat tepi pintu dewan saya terus jerit

“Ambik anak ni! Kalau tak nak makan nak sentap macam ni jangan datang. Anak tahu ayah dia ada kat sini sebab tu asyik panggil nama ayah.”

Memang saya jerit. Tapi masa ni kat belakang dewan. Ada kami sahaja di situ. Kalau suami tak buat perangai kebudak budakkan macam tu saya pun tak akan menjerit macam orang kat situ.

Lepas saya jerit tu saya terus mintak kunci kereta dan masuk dalam kereta.

Sekarang saya dan suami tak bercakap.

Bersambung ke petangnya pula, suami ambil gambar saya cub*t tangan anak sebab bukak api kat dapur. Suami saja provok saya.

Anak dia tak nak tengok, bila saya buat macan tu kat anak baru dia nak ambik gambar buat bukti konon saya buat mend€ra anak. Sedangkan sebelum ini suami pun akan buat benda yang sama kalau anak buat salah yang teruk.

Bermulalah pergelutan di antara kami, untuk merebut fon suami. Sebab saya nak tengok balik gambar tu.

Saya tanya motif suami ambil gambar tu. Saya cakap lagi, kenapa kena ambil gambar time saya bersalah. Kenapa tak ambil gambar waktu dia keluar tinggalkan kami dua beranak hampir setiap malam balik 3 4 pagi pergi race kat jalan raya.

Kalau tak main motor pergi melepak. Kalau esoknya kerja balik jam 1-2 pagi. Kalau esok tak kerja balik jam 4-5 pagi. Petang balik kerja mesti kena tidur sampai maghrib supaya malam ada tenaga nak pergi jumpa kawan.

Suami ugut kalau saya tak serahkan semula handphone tu dalam kiraan 5 dia akan pecahkan sliding door tu dengan hammer.

Dia kata, takut sangat duduk rumah time dia keluar tengah malam, ha sini aku pecahkan je pintu tu. Saya sayang rumah saya. Pergelutan berlaku sebab suami nak rampas fon, suami tolak saya sampai jatuh.

Bila saya jatuh suami pijak2 phone dia tanda tak puas hati. Dia baling spanar besi ke arah kabinet. Saya sedang mengandung, 7 minggu. Suami pun tahu yang saya sedang mengandung. Anak sulung kami dalam 3 tahun.

Lepas saya jatuh terduduk macam tu, suami masih teruskan merosakkan kabinet rumah dengan baling spanar bertubi tubi dan pijak fon.

Terluka betul hati saya masa tu.

Sampai hati. Kalau dia tak sengaja tertolak saya pun apa salahnya dia berhenti tengok keadaan saya. Dalam hati saya menjerit perkataan “pembunuh”.

Saya terus ke klinik bersama anak sulung saya. Sedihnya saya bila doktor cakap tak dapat nak pastikan lagi keadaan kandungan sebab kandungan baru berusia 7 minggu.

Doktor cuma boleh bagi duphaston untuk kuatkan rahim sebab takut ada spot darah yang keluar.

Dalam 4 minggu lagi doktor panggil saya untuk tengok semula heartbeat jantung baby tu.

Saya pohon doa semua supaya kandungan saya selamat. Efek dari jatuh dan serangan emosi dari suami buatkan saya kena anxiety attack. Tangan mengigil gigil. Spot darah pun dah mula keluar sejak malam tadi. Allahh..

Suami dah mula tidur asing dan dah terus tak bercakap dengan saya. Siap ugut lagi fon dah takda dan dia tak nak pergi bekerja dah.

Dan akhirnya semua yang terjadi pada hari itu, kesalahan semua diletakkan di atas saya.

Entah bila lah saya akan berhenti diuji oleh sikap suami mental yang sebegini.

– Pn Kayu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

16 Comments

  1. One day dia akan bunuh awak. Itu baru sikit. Barannya disimpan. Harap esok lusa masih ada.

  2. Orang psiko ni bukan dia ja psiko tapi dia akan buat irang lain juga jd memtal nak hadap perangai bodoh .Silap haribulan orang waras akan jadi lebih mental dari dia dek dok hadap perangai gula khinzir dia…Eh,kenapa ek,bila bila baca saya jadi sesak nafas…

  3. Sebelum berlakunya perkara lebih dahsyat terhadap you dan anak you, you know what to do sis. Itu bukan suami tapi itu iblis.

  4. selamatkan diri puan dulu, bincang dengan keluarga terdekat. kalau boleh buat report jgn tanguh2 dah. kedepan kita xtahu apa akn jd, jgn main2 dgn org oanas baran ni.

    • Puan,keluar daripada rumah tu cepat,bahaya untuk puan dan anak,bagitau keluarga atau orang terdekat puan

  5. 1) Report polis
    2) Piii klinik report kecederaan
    3) Bawa report2 tu piii pjbt agama

    Cover2 latter tu amat penting incase berlaku perkara tak diingini pd masa akan dtg. Mohon puan bijak mulakan langkah. Suami seperti ni mmng patut diajar. Supaya tak menyusahkan orang sampai mati.

  6. Jgn tunggu sampai anak2 ramai dan jd mangsa
    ..dah ramai isteri dan anak mati d tgn suami..jgn sampai u jd tajuk berita suatu hari nanti

  7. awak masih nak stay dalam perkahwinan toksik ni? suami jenis apa sampai tolak isteri tengah mengandung. saya pun tengah mengandung anak nombor 2, suami nak jentik sy pun x pernah.

    awak fikir lah baik², depan mak awak pun dia x respect…nak tunggu apa lagi?

  8. Jantan saiko tak matang. Takut rahsia maksiat dalam tepon dia kantoi la tuh sis. Sanggup rosakkan tepon sendiri pijak pijak.

    Tak puas remaja gatal nak kahwin. Dah kahwin anak isteri di abai

    Move on sis. Biar ja jantan tuh pi enjoy rosakkan hidup sendiri.

    Sis maju jaya terus melangkah je depan bersama anak cari laki baru yang nak jadi suami dan bapa kepada anak anak sis.

    Jantan tak guna biar pupus. Sekian TAMMAT!

  9. ganasnyee uolls gaduhh.. siap baling2 spana ….ni bukan childish..ni ganasss.. u tak tacodd ke tinggal dengan org ganas macam tu…

  10. sakit pulak hati baca. kalau suami sis rasa dia belum habis enjoy zaman bujang, janganla nak kawen. ni dah kawen menyusahkan orang. apa apa pun , sis fikirla anak sis ya, kesian dia dapat ayah macam tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *