Salam warga IIUM Confession. Saya berumur awal 40-an, seorang suami dan ayah kepada 4 orang anak. Paling besar 7 tahun dan paling kecil berumur setahun.
Kami tinggal di Lembah Klang. Alhamdulillah kami kerja government. Hidup di KL kategori M40 la kut. Kami dah mendirikan rumah tangga lebih 10 tahun.
Saya jarang bagi duit cash dekat wife saya. Tapi segala perbelanjaan, sewa rumah, bil-bil, pengasuh, yuran sekolah semua saya yang bayar walaupun kami bekerja dan gaji lebih kurang sama.
Saya jarang sekali menyuruh wife saya masak. Saya faham dia penat bekerja dan menguruskan anak.
Setiap hari kami makan kat luar, kadang-kadang beli bungkus makan kat rumah. Walaupun hari minggu, saya terpaksa buat part-time Grab untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga.
Kadang-kadang wife saya mengungkit tak bagi duit poket untuk dia walaupun dia tahu komitmen saya tinggi (personal loan + loan rumah di kampung).
Wajib ke saya bagi duit bulan-bulan kat wife saya walaupun segala perbelanjaan saya sediakan?
Gaji wife saya tak pernah saya usik. Kalau pinjam, saya akan bayar balik. Gajinya hanya dia bayar kereta, bil HP, dan shopping keperluan dirinya sahaja.
Lepas bayar kereta dan bil HP, tu pun ada lebihan 5K lagi gajinya. Memang setiap bulan banyak dia saving. Tapi saya negative cashflow, kena top-up dengan buat part-time.
Dari segi hubungan intim pula, seminggu sekali pun susah dia nak bagi. Kalau tak minta, mungkin sebulan sekali pun belum tentu. Alasan dia penat.
Harap warga IIUM Confession boleh bagi pendapat apa perlu saya buat.
Mungkin saya fikir saya terlalu provider tapi sebenarnya tak. Saya pun confused. TQ ye.
– Halim (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Downgrade your expenses bro. So ada lebihan untuk bagi duit belanja kt dia. Kau suami tegas sikit. Kau dah jalan kan tanggungjawab kau. Apa lagi dia nak?