Suami Yang Menyakiti

Assamualaikum semua,

Saya suka baca luahan mengenai rumah tangga di page IIUM Confession. Dan yang buat saya untuk tulis sebab saya baca tajuk Penat MUAkan Suami, (https://iiumc.com/penat-muakan-suami/).

Boleh dikatakan saya mengalami situasi yang sama. Suami saya tidak pandai kawal perbelanjaan kewangan dia dan dia tak bagi saya tolong jaga perbelanjaan dia. Saya buatkan note agihan perbelanjaan dia tapi dia tak ikut langsung.

Saya bergaji bersih RM2+++. Suami bergaji bersih RM3+++ tambah income rumah sewa jadi RM4+++. Dia hanya ada hutang PTPTN RM250, dengan rumah di kg RM250.

Bulanan dia bagi saya duit rumah RM800 (sebab rumah guna loan saya dan potong gaji saya RM875) + yuran tadika anak RM440.

Selepas tolak perbelanjaan rumah, sspn anak, unifi, internet hp, coway, duit bulan ayah dia dan minyak keta dia akan berbaki dalam RM1+++. Dan dia akan dapat claim dalam RM2++ ke RM6++ kalau dia ada outstation.

Tapi duit tu semua akan licin bila sampai TENGAH BULAN SAHAJA. Lepastu saya pulak laa kena tanggung belanja rumah guna duit RM800 yang dia bagi tuu.

Dulu awal kahwin saya pernah minta nafkah RM100 dan dia bagi. Tetapi lepas dapat anak, kejap dia bagi kejap dia tak bagi. Makin lama terus tak bagi.

Kenapa saya tak minta?? Kerana terlalu banyak kali duit nafkah RM100 dan duit rumah RM80o yang dia bagi dekat saya tuu diungkit kalau setiap kali bergaduh,

Dan dia dengan ayah mentua saya cakap saya ni perempuan mata duitan, hidup perabih duit laki. Trauma berbekas dekat hati dan saya ingat sampai mati!!

Kemana duit-duit suami? Shopping barang2 dia sendiri, makan mahal2 untuk dia dan kawan-kawan. Bab rezeki tak berkat saya tak boleh nafikan sebab solat ke laut. Nak sedekah dekat kawan2 ja, suka kena puji. Duit dia terlalu cair, cepat sangat habis.

Saya ni kadang2 berikat perut, makan sekali ja di office. Kalau beli barang pon dekat anak. Sampai anak pernah tegur baju mama koyak.

Tapi disebabkan pakai di rumah saja takde laa saya nak beli baru sebab ada barang lain yang lagi penting. Kalau baju raya pon, saya guna duit saya dulu sebab kalau tunggu suami bagi memang tak pakai baju baru laa. Tersangat laa berkira kalau nak bagi duit dekat anak bini.

Kalau fazura cakap tak pernah dapat duit raya dari suami, saya pon senasib. Pernah tahun ke-3 raya bersama, dari baju sampai ke duit raya ke kuih raya semua guna duit saya.

Saya diam tak ungkit dengan harapan taknak gaduh nak raya, nak gembira tapi harapan musnah, raya pertama dia bermasam muka nak cari pasal tetiba nak balik kg dia sebab ayah dia wasap ajak pergi kubur mak dia.

Padahal dah bincang banyak kali dan dah setuju tapi itulaaa suami saya patuh cakap ayah dia. Sampai sanggup burukkan saya demi nampakkan dia laa anak terbaik konon suami terbaik, ayah mithali. Puiii!!

Kalau nak ceritakan pasal dia dengan anak lagi sedih. Dia tak azankan anak dia sendiri hanya disebabkan merajuk dengan ayah saya yang azankan dulu.

Dia tak pernah jaga saya masa pantang. Mak ayah dengan adik saya yang banyak tolong. Dia duduk dalam bilik sorang2 tak tolong pon. Smpai nurse datang rumah pernah marah suruh laki awak tolong jagakan baby.

Hari ke-3 saya pantang dia pergi balik rumah ayah dia sampai seminggu. Alasan nak tolong ayah kemas rumah sebab ayah dia minta tolong. Padahal menantu kau ni baru lepas bersalin perlu kan laki dia.

Entahlah saya memang dah lama makan hati dengan perangai pak mentua saya ni!!

Macammana nak buat penutup ni macam banyak lagi yang nak diluahkan, hahahaha. Saya nak bagi nasihat pon tak pandai sebab saya pon masih dilema hidup dengan suami macam ni.

Saya dah redha dan bersabar selagi boleh sabar. Saya pegang ayat dugaan ni boleh jadi asbab saya dapat pahala kalau saya bersabar.

Saya hidup untuk anak saja sekarang, untuk didik dia jadi anak lelaki yang bertanggungjawab, berilmu agama supaya satu hari nanti dapat jadi suami yang tahu hukum hakam.

Sekian terima kasih sudi baca. Maaf sekiranya jalan cerita ni caca merba.

– Insan yang masih bersabar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Ujian ni ada dua jalan pengakhiran. Tetap bertahan atau lepaskan. Dua jalan ni perlukan kesabaran.

    Seperti yg puan katakan, puan pilih bertahan dan bersabar, kami sbg pembaca x boleh buat apa2.

  2. Suami puan macam ada daddy issue dengan si ayahnya. Mngkin ke ada zaman childhood yang sentiasa nak acknowledgement dan pujian oleh si ayah tapi susah nak dapat? Kalau nak dapat kena ikut je apa ayah suruh..kalau taknak kena tinggal dengan ayah, kena ikut apa ayah suruh.

    Belanja kawan2 sampai boros pun tanda yang dia macam nak acknowledgement dari kawan2 dan orang2 lain supaya dapat pujian, supaya orang tak tinggalkan dia.. Sebelum puan kahwin dengan dia, masa awal2 berkenalan dulu ada tak perangai dia macam tu juga? Jenis beriya-riya usaha bagi itu bagi ni utk dapatkan puan? Tapi bila dah kahwin, lama-lama dah tak beriya sebab dah rasa yakin dia dah dapat miliki puan dan yakin puan takkan tinggalkan dia. Dan dia pun kenal puan yang jenis boleh bertahan dan bersabar so lagi dia yakin puan takkan tinggalkan dia…

    Takpe puan, banyakkanlah berdoa dan mengaji solat jemaah dengan anak2, biar kat ruang yang suami boleh nampak. Pasang zikir2 dan bacaan quran di rumah, bagi dia boleh dengar sayup2. Semoga jadi asbab hati dia tersentak dan tersedar satu hari nanti, mngkin akan datang di pikirannya dia taknak kena tinggal utk masuk syurga bersama isteri dan anak. Puan pun banyak2 kan berdoa kat Allah agar suami dilembutkan hatinya, dan juga diberi kekuatan untuk emosi puan dan anak2..

  3. Kalau rasa nak sabar lagi sabar la. Jalan keluar tuhan dah tunjuk depan mata sebenarnya tapi kita yang menidakkan. entahlaa semoga terus kuat

  4. Cerita kita lebih kurang.. husb gaji 5 angka, saya juga 5 angka.. tapi pertengahan bulan duit husb tinggal 3 angka sahaja.. bila ditanya, katanya commitment tinggi.. apa yg tinggi saya pun tak faham, kereta dan motor dah lama habis bayar.. setahu saya dia ada buat loan yg bayarannya x sampai rm1k sebulan..
    Duit rumah sebulan campur bills RM 1k lebih…
    Nak kata boros tak juga dia bukan jenis bergaya sgt dan mkn pun bukanlah kat tempat have2 sgt..
    savings pun xde.. mana pegi duit dia pun saya tak tahu la padahal gaji 5 angka..
    Dia juga sgt berkira-kira (kedekut).. nak cerita pun penat lah..
    Bab nafkah dia x pernah bagi sejak kahwin almost 20 years ago.. katanya sbb saya bekerja.. mana boleh, saya kata duit gaji saya duit saya lah.. dah la saya dah top up byk ni, segala yuran anak2 saya yg byr..
    Dia ckp dia dah byr duit rumah, groceries..
    Benda mcm ni mmg boleh buat perang dingin…
    And dia kata duit dia byk habis sbb hari2 beli mknan kat saya sbb saya tak masak.. habis tu dah kerja saya mmg sibuk ye.. 9-10 jam sehari.. mmg selalu lah tapau tapi setakat lauk2 biasa, tomyam sayur campur semua tu takde la mahal sgt… bukannya saya order wagyu steak ke apa yg dia duk berkira sgt tu..
    In short mmg dia sgt berkira lah.. umur dah 40 lebih savings takde..gaji 5 angka tah ke mana.. nafkah ke laut..
    Nafkah batin pun sama sgt lah susah nak memberi.. setahun sekali pun payah nak dapat pdhal wife dia ni org ckp antara yg tercantiklah di organisasi… sedih..
    Saya pun dah tawar hati mcm ni tapi tu lah dia sgt baik dgn anak2 umpama best friend.. solat tak tinggal.. mampu menjadi imam & lead bacaan yaasin.. beriman cuma slack dlm menjlnkan tanggung jwb sbg suami & slack sbb tak mampu control his financial expenses

  5. Tumpang simpati atas nasib puan.
    Nasib baik loca masih bujang..tak payah pening pk psl suami dan anak..kalau dulu2 hanya stress depresi pk psl bf bf yg tak berjodohan ..

    Itulah hdp berumah tangga bila dpt suami bergaji cukup mkn paras2 hidung
    Soal mertua anggap kamu mkn duit suami..kamu up la status ckp duit belanja kamu yg tanggung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *