Hi semua. Aku nak share sikit kisah aku kat sini. Aku dah betul2 buntu jadi aku cuba nasib confess kat sini untuk dapatkan pendapat pembaca.
Nama aku Jack (bukan nama sebenar) dan aku dah berkahwin.
Sedikit intro isteri aku. Dia anak yatim piatu. Dia ada satu adik perempuan. Isteri dan adik dia uruskan diri sendiri selepas kematian mak ayah diorang. Ada pakcik belah ayah dia tolong2 tengokkan tapi tak berapa rapat sangat. Sedara mara lain memang tak ada.
Mak aku yang aturkan perkahwinan kami. Aku sebenarnya putus tunang lagi beberapa minggu nak kawin dan selepas dari itu aku fokus kerja terus. Time tu memang aku down.
Makcik aku satu tempat kerja dengan isteri aku jadi makcik aku yang kenalkan isteri aku dekat mak aku.
First impression aku rasa isteri aku bijak dan matang tapi pendiam sikit.
Masa awal perkenalan memang aku nampak isteri aku sangat rapat dengan adik dia, very protective.
Adik perempuan isteri aku pun baik dan jenis pendiam jugak. Dia duduk asrama tengah sambung belajar. Isteri aku jarang sangat sebut pasal mak ayah dia. Aku pun tak tanya lebih.
Aku dan isteri memang dua2 bekerja. Isteri aku memang tip top uruskan rumah. Makan minum, kemas rumah, pakaian semua dia uruskan.
Aku perasan isteri aku masa awal2 kahwin agak pendiam dan sensitif. Memang bukan jenis romantik. Tapi yang peliknya dia suka pulak peluk aku especially time tidur.
Lama kelamaan tu isteri aku dah mula buat lawak, bergurau dan main cubit2. Dah macam masuk air dah aku tengok. Manja dia lain macam.
Masuk second year marriage, aku ada masalah kat tempat kerja. Aku selalu balik lambat dengan stress bagai sampai terbawa ke rumah.
Ada satu projek yang company aku tengah handle based dekat Singapura. Alih alih aku kena cover sebab staff in charge resign tiba2.
Aku memang bengang tapi company aku cakap boleh pertimbangkan aku naik pangkat kalau projek goes well. So aku kena telan lah.
Aku inform isteri aku dan gerak kat sana. Aku balik selang 2 3 minggu dan jarang cuti.
Memang aku tekanan jiwa habis sebab kena start dari zero. Masa ni, aku memang fokus kerja kaw2. Kalau aku balik pun memang aku teramat penat jadi aku bantai tidur kat rumah.
Time nie, aku dapat tau yang isteri aku mengandung. Isteri aku jenis strong so dia cakap jangan risau dia boleh handle. Parents aku pulak tengah jaga adik aku tengah berpantang jadi kurang spend masa dengan isteri aku.
Bila aku balik rumah adalah isteri aku bagitau mengidam nak makan itu ini. Sometimes dia nak hug lah apa. Aku penat kerja dengan travel bagai tapi sometimes aku layan jelah.
Ada satu masa tu, aku betul2 bad mood sebab hal kerja. Aku sampai semput nak ke company aku kat KL untuk urgent meeting dan lepas tu balik Singapura sebab ada masalah sistem dengan projek baru.
Aku tak bagitau isteri aku yang aku balik KL. Aku terus balik rumah dan naik bilik kerja aku. Masa nie isteri aku dah kemas bilik tu. Aku terus rasa marah sebab barang aku semua dia alihkan.
Tengah aku cari fail kerja, tiba2 isteri aku masuk bilik. Dia sangkakan aku balik cuti. Dia terus peluk aku dan mula nak bermanja bagai.
Time nie aku terus meletup. Demi Allah, aku lupa dia mengandung. Aku naikkan suara kat dia lebih kurang camni,
‘Kau boleh tak duduk diam kejap, tak habis2 nak hug. Annoying betul. Aku dahlah stress kerja ingat ada masa nak layan ke perangai kau. Orang lain mengandung elok jea.’ Aku marah dia sebab alihkan fail2 kerja aku.
Aku dengar dia cakap sorry then dia keluar bilik. Aku terlalu marah jadi aku ignore dia. 2 minggu aku kat Singapura kitorang langsung takde komunikasi. Aku terlampau busy dan isteri aku pun senyap jea.
Bila aku balik, isteri aku macam biasa masak, uruskan hal rumah tapi dia masih senyap. Langsung tak bukak mulut ke apa. Dia buat2 busy kemas rumah dan masuk tidur awal. Kali nie aku cuti lama sikit jadi aku memang plan nak spend masa dengan isteri aku.
Malam tu aku tiba2 rasa haus. Aku bangun nak ke dapur then aku tengok isteri aku tengah duduk kat dapur urut dada dia sambil menangis. Aku tengok ada pinggan nasi jadi aku ingatkan dia tercekik masa makan.
Tapi aku tengok muka dia dah pucat semacam so aku dah takut. Aku terus bawak dia ke hospital. Doktor cakap isteri aku kena panik attack. Aku punyalah terkejut time tu. Isteri aku tengah mengandung nak masuk 6 bulan.
Aku terus call adik ipar aku. Adik ipar aku yang banyak jawab soalan doktor. Masa nie aku dapat tahu yang isteri aku memang pernah kena panik attack masa dia bujang dulu. Sumpah aku tak tahu pasal benda nie.
Esoknya isteri aku sedar tapi keadaan dia lemah jadi kena tahan wad lagi few days. First thing dia cakap dengan aku sorry. Dia tahu aku kali nie jea dapat cuti lama. Dia suruh aku balik rumah takpe adik dia ada nak uruskan.
Aku macam aikk takkan aku nak tinggalkan dia kan dalam keadaan camni. Dia jawab takpe dah biasa dah.
Masa nie aku rasa macam kena electric shock. Aku betul2 reflect diri aku time nie. Aku terlampau busy kerja sampai tak tahu condition isteri aku. Isteri aku tenang jea dan banyak mendiamkan diri.
Aku jumpa adik ipar aku kat luar dan mintak dia cerita. Pujuk punya pujuk, akhirnya adik ipar aku open up.
Rupanya isteri dan adik ipar aku nie mangsa dera ayah dorang. Ayah dia selalu pukul mak dia. Bila mak dia dah meninggal masa umur isteri aku 11 tahun, ayah dia pukul adik dia pulak.
Sometimes mak dia suruh dia masuk bilik kunci pintu jaga adik bila ayah dia mengamuk2. Jadi isteri aku akan peluk adik dia dalam bilik sambil menangis.
Ayah dia memang jenis baran dan selalu berhenti kerja jadi duit selalu tak cukup kat rumah. Pakcik dia tahu pasal benda nie tapi dia diam jea tak masuk campur.
Mak isteri aku meninggal sebab asma. Ayah dia tak ambik port masa mak dia sakit. Pakcik isteri aku yang tolong uruskan semua hal. Ditakdirkan, ayah isteri aku meninggal disebabkan kemalangan motor.
Adik ipar aku bagitau dorang tak rasa apa pun bila ayah dia meninggal masa isteri aku umur 19 tahun. Dia lagi rasa lega sebab tak kena pukul dah lepas nie. Isteri aku dan adik dia memang tak pernah ceritakan isu ini kepada sesiapa.
Effect dari itu, kakak dia first kena panik attack masa time nak ambik SPM. Tapi masa tu tak ada ke hospital ke atau buat rawatan. Hanya adik dia jea tahu benda nie.
Adik ipar bagitau yang ayah dia sebenarnya tak berapa nak pukul sangat isteri aku tapi benci kat dia. Puncanya dia pun tak tahu. Ada jea benda tak betul depan mata ayah dia. Tapi isteri aku selalu protect dia masa kena pukul dan kena tempias.
Dia rasa bersalah sangat dekat isteri aku. Pasal tu isteri aku sangat matang kalau nak compare dengan usia dia. Dia pendiam dan tak banyak cakap. Adik ipar aku ingatkan dia dah elok tapi tak sangka dia kena balik.
Memang tergamam aku kat situ. Demi Allah, sekali tu jea aku terkasar dengan dia itupun tak sengaja. Aku tak sangka effect perbuatan aku tu boleh trigger balik panik attack isteri aku.
Adik ipar aku menangis2 sampai merayu2 dekat aku jangan ulang balik apa yang ayah dia buat. Aku minta adik ipar aku jangan bagitau yang aku tahu benda nie kat isteri aku dulu. Aku promise kat dia aku takkan sesekali pukul atau sakitkan kakak dia.
Aku tak tahu macam mana nak hadap isteri aku time nie. Isteri aku memang tak pernah cerita dan aku pun tak terfikir nak tanya kisah silam diam.
Aku surf kat internet pasal panik attack nie. Aku jumpa doktor dan mintak nasihat dia. Kesan trauma dia memang susah nak hilang cuma apa yang aku boleh buat adalah jangan trigger dan support dia terutamanya emosi dia.
Doktor tu cakap isteri aku banyak pendam perasaan dan hide true personaliti dia. Dia takde any support dari lelaki masa dia grow up jadi dia dah biasa keraskan hati dia dan buat semua sendiri. Luarnya nampak macam dia strong tapi dalam dia memang fragile.
Bila aku inform doktor yang dia dengan aku manja dan selalu nak hug, doktor cakap itu tanda dia dah slowly open up dengan aku. Dia dah selesa dan trust aku jadi dia mula tunjuk perangai dia sebenar. Hug tu mungkin cara dia nak tenangkan diri.
Aku terlalu busy kerja dan kejar hal duniawi sampai abaikan isteri sendiri. Aku duduk dalam kereta berjam2 reflect diri aku. Terasa diri nie tak guna. Aku dilahirkan dengan keluarga yang alhamdulillah sempurna semua jadi aku ignorant dengan keadaan isteri aku.
Selepas isteri aku keluar hospital, aku minta maaf kat isteri. Aku cakap memang aku tak sengaja terkasar dengan dia then ignore dia. Isteri aku cakap is ok, dia tak simpan apa dalam hati. Aku kira dah settle isu tu.
Boss aku dah suruh aku report masuk kerja sebab dah lama cuti. Aku minta adik ipar aku tolong tengokkan isteri aku. Aku cuba balik rumah sekerap yang boleh.
Isteri aku mula berubah jadi pendiam semula. No more perangai dia yang manja, nak hug or sembang2. Semua benda dia buat sendiri. Kalau nak makan apa dia order jea online. Makin lama aku rasa ada wall antara kami.
Sampai satu tahap aku cerita semua dengan mak aku. Mengucap panjang mak aku. Mak aku memang marah sebab aku pendam benda nie lama. Mak aku offer nak jaga isteri aku time pantang dan anak aku lepas isteri aku bekerja semula.
Mak aku pun tak dapat nak break wall yang isteri aku bina. Mostly dia diam dan memang dia tak banyak respond. Tapi mak dan adik aku try jugak time to time ajak isteri aku sembang, shopping dan jalan2.
Lepas habis projek kat Singapura alhamdulillah mungkin rezeki anak bini aku dapat naik pangkat. Tapi kali nie memang aku plan hal kerja aku sebab nak spend masa dengan anak bini aku.
Aku mula tolong kemas rumah jaga anak. Aku bagi isteri aku masa rehat dan buat apa dia suka. Anak aku dah 6 bulan tapi aku masih rasa wall tu ada. Isteri aku buat tanggungjawab dia sebagai isteri dan ibu. Tapi aku tahu dia dah lain.
Sekarang dia hug anak jea. Banyak spend masa dengan anak. Aku pernah nampak dia menangis diam diam masa tengah susukan anak tengah malam. Aku takut kalau benda nie lama kelamaan akan buatkan dia tawar hati dan tinggalkan aku.
Aku mintak tolong kat korang macam mana aku nak buat isteri aku totally open up dengan aku. Sampai sekarang aku tak berani nak tanya pasal isu dera ayah dia sebab aku rasa dia memang mengelak pasal benda tu.
Aku macam ada bagi hint2 yang aku tahu pasal isu ayah dia dera dia tapi isteri aku memang tak akan respond. Dia akan diam atau tukar topik.
Adik ipar aku bagitau isteri aku memang tak nak ingat balik pasal kisah silam dia. Dia suruh adik dia move on dan jangan sebut lagi pasal isu itu.
Aku ada terfikir nak suruh dia jadi suri rumah jea tapi risau dia makin stress. Ada tak korang kat sini pernah alami situasi sama? Aku nak balik isteri aku yang dulu.
Tolong aku guyysss…
– Jack (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Pertama kali aku baca confession dalam ni dan termenangis…sebab isteri KO tu ada ciri-ciri MCM aku juga.Aku tak pernah rasa dipeduli dan disayangi oleh bapa aku sewaktu kecil remaja dan dewasa.
Bapa aku garang bengis dan suka dera mental mak aku.Mak aku hidup dalam ketakutan.Silap sikit kena pukul.Anak anak jadi trauma.Walaupun Dorang dah cerai tapi memori pahit tu tetap kekal dalam fikiran emosi aku terutama.
Aku tak pernah rasa kasih sayang seorang lelaki.Bila aku ada bf dulu aku akan minta HUG.Aku tahu dosa hug bukan mahram tp itu cara aku nak heal luka batin aku.Aku rasa selesa selamat bila dpt hug each other.
Tp semua bf bf yg aku dah sayang tinggal aku MCM tu je.. ghosting aku.Maybe sebab mulut aku yang ckp lepas kot..
Aku dah kena panic attack bila bf bf aku mula tak balas mesej dan ghosting aku terus.Dah jadi 1 trauma bg aku .Sgt perit hadapi situasi org tak balas mesej terus dan menghilang.Aku je yang puas merayu call .aku kena panic attack sejak peristiwa tu.Rasa nak meninggal dunia bila kena panic attack.Dgn menangis dan gigil.. jantung laju .MCM mana nak explain eh..
Sesungguhnya panic attack Tu real bila trauma tu datang.Kebanyakan mangsa panic attack dia akan protect diri dia dari situasi yang trigger panic attack Tu lagi..MCM isteri KO la dia tak lagi minta hug sebab benda tu dah trigger memory buruk (nanti kena tengking dan maki).Dia jadi terlalu takut.Sama MCM aku juga..benda ni dah jadi parut.
Nasihat aku .bina balik kepercayaan isteri..cuba manja manja dan beri dia pelukan.Ckp KO sayang dia .KO ada untuk dia .mana tahu lama lama dia jadi yakin semula nak percayakan ko.
Isteri KO dah mula rasa terancam dengan ko tu dia tak mesra dah..
Cuba baiki keadaan..aku yakin akan datang bila stress KO akan marah dia lagi..baik dia tak payah nak minta hug ke apa..
KO Kena main peranan tarik balik kepercayaan dia
Rasanya kalau just sekadar kena marah kena bebel “Naper la awak kemas bilik ni.. dah saya tak tau mane awak letak file saya.. lepas ni jangan alih2 lagi barang kat bilik ni.. Biar je sebab sepah2 pun sebab saya tahu saya letak mana..Dah awak keluar jap, saya nak bersendirian jap.. ” , masih boleh terima tapi bila diberi ayat semacam “Annoying la kau ni nak manja2.” ditambah pula ayat “Orang lain elok je” yang membandingkan dengan orang lain, sapa je yang tak terasa lagi2 seorang isteri?
Nasi pun dah jadi bubur, pujuk dan take initiative lah selalu bila nak bersayang dan bermanja. Kemudian kena ACCEPT THE FACT yang diri dia dah tak macam dulu lagi. TT baru tahu silam dia pun sebenarnya dah tak sama macam masa TT belum tahu, jadi kena latih diri biasakan diri hidup dengan diri dia yang baru, dengan info baru mengenai silam dia.
Orang yang dah kena marah kena tengking sampai macam tu dengan someone, dia akan bina wall dan start berhati-hati dalam kata2 dan perbuatan. Cara mudah adalah mengurangkan interaction. Dia mungkin cuma boleh open up kalau oang yg tengking tu yang mula dulu, yang sayang2 dulu. But still, don’t expect things will return to old time. Jadikan ini pengalaman dan pengajaran.