Suami Yang Punya Kisah Silam II

Untuk part I, (https://iiumc.com/suami-yang-punya-kisah-silam/).

Terima kasih admin siarkan confession pertama. Alhamdulillah. Terima kasih bagi kata² semangat. Doa² yang baik². Semoga doa² tu berbalik kepada anda semua.

Confession kedua ni kesinambungan bagi yang pertama. Yang pertama tu bagi aku hanya sinopsis jalan cerita aku bersuamikan dengan orang yang punya kisah silam. Kisah silam yang gelap.

Ramai yang komen sarankan supaya tinggal berjauhan dengan keluarga mertua. Ada juga nak tahu detail kisah silam suami.

Ada juga kata cerita tak sampai. Pengalaman aku ni sangat panjang walaupun perkahwinan aku baru nak beranjak masuk tahun ketiga.

Agak sukar juga nak cerita detail. Sebab tiap² cerita akan membuka cerita yang lain pula. Kalau cerita semua, rasanya banyak confession kena buat. Haha

Aku cerita mana yang aku rasa dapat menggambarkan korang pahit yang aku rasa. Aku harap korang tak bosan baca dan terus doakan yang baik² untuk aku dan suami. Nampak macam kisah novel yang direka, tapi inilah hakikatnya.

Aku mulakan dengan perihal aku dan suami. Confession ni aku terangkan sebab dan punca aku tetap memilih suami. Jarak umur antara aku dan suami 11tahun. Dan aku lagi muda dari adik bongsu suami.

Aku dan suami berkawan selama 4 tahun sebelum bertunang. Aku ambil masa yang lama juga sebenarnya untuk buat keputusan yang besar dalam hidup aku ni.

Selama 4 tahun tu, aku dah kenal dengan seluruh ahli keluarga dia. Mak Bapa. Adik beradik. Ipar duai. Anak saudara. Juga sebahagian makcik pakcik sepupu sepapat suami.

Kisah silam suami, aku hanya dengar melalui suami sendiri. Aku takde dengar dari mana² ahli keluarga dia sebelum kahwin. Apa yang aku dapat dari family suami selama 4 tahun tu hanya support supaya hubungan kami sampai ke jinjang pelamin.

Bapa mertua yang sekarang menyumpah seranah suami satu ketika dulu berbeza 360° semasa sebelum aku kahwin dengan suami.

Aku masa tu ada juga berziarah ke rumah family suami. Masa tu takde satu pun yang tunjuk kat aku yang suami ni dulu tak baik. Dulu suami jahat. Takde. Aku ada juga cuba risik² dari media sosial family suami. Perempuan kan stalker terbaik. Haha. Tapi tak jumpe apa pun.

Apa yang aku dengar dari bapa mertua, hanya puji pujian tentang kebaikan suami.

Bapa mertua selalu bagitahu kat aku yang suami tu baik. Suami jaga solat. Suami tak pernah tinggal solat. Suami tak pernah melawan mak mertua. Dan macam² lagi hal yang baik² tentang suami. Korang dapat rasa tak kecewanya aku bila situasi tu tak sama dengan yang sekarang.

Begitu juga dengan adik suami. Sebelum kahwin, tak sabar nak tengok aku dan suami kahwin. Selalu bagi moral support sebab diaorang pun maklum dengan tentangan mak aku.

Aku masa tu rasa bersyukur sangat dapat bakal family mertua yang baik². Tapi semua tu hanya ‘lakonan’ dan aku terpedaya.

Aku ambil keputusan nak kahwin dengan suami bukan hanya sebab tak ambil kisah dengan kisah silam dia, aku juga tengok family dia. Masa tu aku terfikir kalau satu hari nanti suami tersungkur, aku ada family mertua yang akan support aku. Tapi rupanya aku ‘berseorangan’.

Penerimaan family suami kepada perubahan suami masa tu sangat² baik. Sangat² memberangsangkan.

Tapi tak sangka selepas kahwin, semuanya berubah. Aku kadang terfikir, family suami ni terutama bapa mertua dan adik² toxic suami tu sekadar nak jadikan aku ni sebagai bahan untuk merealisasikan kehendak diaorang untuk tengok hidup suami hancur ke?

Yelah, dari cara dan bahasa diaorang menuju kepada penceraian antara aku dan suami.

Diorang seolah² nak aku tinggalkan suami.

Tentang kisah silam suami pula. Masa tu dia memang wanted. Jadi buruan pihak polis. Namanya disebut di mana².

Suami dulu kaki gaduh, minum arak, hisap segala macam jenis dadah (tak sampai ketagihan sebab suami lebih kepada pengedar), pengedar dadah, suami juga pernah jadi tukang kutip hutang AhLong.

Walaupun macam tu, suami tak buat jenayah dalam keluarga dia. Suami cuma buat dengan orang luar. Aku berani cakap macam ni sebab lepas kahwin, semua jahat suami yang aku dengar dari family mertua takde satu pun yang melibatkan family dia.

Kalau nak cakap family suami tak cerita habis sebab konon ada benda yang tak boleh diceritakan tu mustahil. Sebab cerita jahat suami dari family dia takde yang ‘bertapis’.

Suami dua kali masuk penjara. Kali kedua masuk baru dia ‘jumpa’ jalan. Alhamdulillah Allah ketuk hati suami untuk berubah.

Orang² kampung, keluarga jauh suami (makcik pakcik sepupu sepapat), sangat suka dengan perubahan suami.

Bila kami berziarah, ramai yang akan cakap, “alhamdulillah, dah berubah. Kalau dulu, selalu jumpa terbaring mabuk tepi jalan”. Suami kalau terlibat dengan gaduh, tak pernah tak berdarah. Luka sana sini.

Dan ramai juga yang respect dengan mak mertua sebab banyak bersabar dengan sikap suami yang dulu. Diorang yakin, suami berubah berkat doa dari mak mertua.

Suami dulu pernah bagitahu dia cuma tak pernah bunuh orang. Seram juga dengar kan. Haha.

Aku masa tu bukannya takut tapi aku rasa salute pula kat suami sebab bukan semua orang mampu jadi macam dia. Berubah dan istiqamah. Dan suami juga jujur tentang ‘siapa’ dia yang dulu.

Suami cerita kisah dia sebab dia tak nak aku lebih dulu dengar dari orang lain. Dia buka cerita lama dengan aku sebab dia nak aku buat keputusan samada nak terima dia atau tidak. Cerita dia cerita yang sama aku dengar dari family suami lepas kahwin.

Sebab tu aku takde lah rasa terkejut bila family mula buka cerita tentang suami. Diaorang pula yang macam terkejut sebab aku tetap stay dengan suami.

Aku tak pernah persoalkan tentang jenayah yang suami dah buat. Sebab aku tak tahu betapa payahnya dia tinggalkan semua tu dan berubah jadi yang sekarang.

Aku cuma tanya, kenapa? Kenapa pilih jadi jahat? Kenapa pilih jadi penjenayah? Dan jawapan suami sebab family. Masalah kewangan family yang buat dia pilih jalan tu.

Masa sekolah, pernah ambil upah jual rokok untuk dapat duit nak bayar tambang bas. Dah habis sekolah, suami makin terpesong. Dah mula kenal dadah. Jual dadah untuk tampung hidup. Suami pernah dapat 10k. Duit banyak tapi hidup masih tak senang.

Masa tu suami ni orang kepercayaan bos besar. Nak apa, dapat. Sebab tu suami tetap layan buat kejahatan walaupun dia rasa kosong. Suami cakap masa buat semua tu, dia takde rasa kepuasan dalam hidup dia. Tapi dia pun tak tahu kepuasan apa yang dia nak.

Dalam hidup ni masing² ada kekurangan. Masing² ada jalan cerita sendiri. Tapi kejahatan yang suami buat, atas pilihan sendiri. Dan alhamdulillah suami sedar atas kesalahan yang dia buat. Masa aku kenal suami, dia dah beberapa tahun berhijrah.

Sebab tu aku bagi dia peluang. Aku kagum dengan kekuatan dia dalam istiqamah.

Alhamdulillah, bukan aku nak cakap besar, tapi sepanjang berkahwin dengan suami, suami tak pernah bagi aku rasa susah. Susah yang aku maksudkan susah takde makanan nak makan sampai terpaksa meminta².

Kehidupan kami juga biasa je. Tak mewah macam orang lain. Tapi serba mencukupi. Alhamdulillah.

Aku dan suami pula, Kami sama² melengkapi. Tapi takde la sampai tak pernah gaduh. Sedangkan lidah lagi tergigit kan. Dan aku tak pernah menyesal pilih suami.

Cuma tulah, aku kena kuat mental. Memang betul hidup ni tak seindah yang diharapkan.

Aku fikir semua akan okay bila aku dah kenal dengan family suami dalam tempoh masa yang agak lama tu. 4 tahun kot. Tapi tulah dah betul² jadi family, tinggal sama² baru aku kenal siapa mereka.

Cukup sampai sini confession kali ni. Ada masa aku akan sambung bagi menjawap komen² korang di confession pertama.

Doakan aku kuat.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *