Suami Yang Sangat Saya Cintai

Saya dan suami berkahwin atas persetujuan keluarga suami pada tahun 2022. Now almost masuk 4 tahun perkahwinan kami. Saya sayang sangat dengan suami saya. Dia segala- galanya bagi saya.

Tapi suami saya tak sayang saya macam saya sayang dia. Tuan puan ada nasihat tak macam mana saya nak lembutkan hati dia?

Saya agak sedih sekarang ni sebab saya tengah berbadan dua. Entah kenapa saya sangat cepat emosional. Pantang hati terusik, mula la mata berair.

Suami saya pula tak tahu saya berbadan dua sebab saya takut sangat nak bagitau dia. Saya takut dia lagi marah atau menjauh dari saya. Lagipun awal lagi kandungan ni. Hubungan kami pun memang macam hambar, tak pernah baik sejak kami berkahwin.

Saya tak boleh nak paksa dia sukakan saya tapi saya memang sangat cintakan dia. Ya Allah, saya tak boleh nak ungkap perasaan saya ni.

Setiap masa saya memang risau dan sentiasa fikirkan dia. Saya risau kalau dia balik lewat, saya risau kalau dia lapar, saya risau kalau dia stress dengan kerja, saya risau kalau dia bergaduh dengan Sofea.

Ya, Sofea kekasih hati dia. Orang yang paling dia sayang dan ambil berat. Mereka bercinta dari zaman belajar lagi. Mungkin saya yang salah sebab hati dia sememangnya bukan untuk saya.

Tapi saya cemburu. Saya cemburu bila dia selalu telefon Sofea. Tanya sayang sihat, sayang dah makan, sayang kat mana? Saya pun nak dia tanya macam tu.

Ada hari saya balik awal kerja, saya akan selalu tunggu dia depan pintu kat sofa ruang tamu tapi bila dia balik, dia tak pernah nak tegur ke apa, terus masuk bilik dengan muka macam nak marah.

Saya nak sangat salam tangan dia, nak ajak dia makan, rasa masakan saya. Kalau penat, saya pun boleh urutkan. Saya betul2 rasa nak buat semua tu.

Ada satu hari tu, saya kemalangan. Saya kena warded 3 hari di hospital. Dia tak datang jenguk pun, sekadar tanya khabar pada mak dia, MIL saya melalui telefon.

3 hari tu, saya tunggu sangat dia datang walaupun sekejap. Saya nak dia yang tolong suap, tolong papah pergi ke bilik air.

Saya memang terima kasih sangat2 sebab mak mentua saya so baik. Selalu jaga macam anak sendiri. Tapi saya nak dia. Saya nak dia ada kat situ. Tapi dia tak datang pun.

Bila balik kampung, saya cemburu bila dia selalu on call dengan Sofea lama2.

Dia selalu pujuk Sofea kalau Sofea tengah sedih sebab kerja ke, sebab keluarga ke. Tapi dia tak pernah buat macam tu kat saya. Saya nak juga dia tanya kerja saya macam mana? Ada nak pergi mana2 tak atau jalan mana2 tak?

Kadang tu, sehari saya terperap kat rumah sebab dia takde. Saya nak juga dia drive saya ke pasar untuk beli lauk nak masak semua tu. Entahla, mungkin harapan saya besar sangat nak minta dia teman saya.

Kadang2 bila birthday dia, saya nak sangat ajak dia makan kat luar. Saya nak belanja dia makan sempena hari lahir dia. Dulu masa mak ayah saya masih hidup, diorang selalu belanja makan bila time birthday saya.

I’m thinking of doing the same thing. Lagipun, mak ayah dah takde. Meninggal masa umur saya 15 tahun. Lepas tu tinggal dengan makcik. Tapi makcik pun dah takde. Jadi dia je keluarga dekat yang saya ada.

Tapi kenapa dia selalu macam nak menjauh dari saya? Dia cakap dia sibuk tapi dia boleh spent malam lewat sikit dengan Sofea.

Sekarang, teringin pula nak makan macam2. Tak tahu kenapa time pregnant, banyak pula keinginannya. Tapi dia tak pernah belikan.

Ada haritu cakap teringin nasi kandar. Dah mesej tapi dia seen je. 2 minggu kemudian MIL bawak nasi kandar. Sebab dia tengok status whatsapp tunjuk nasi kandar. Comel sangat. Thank you Mama.

Saya memang tak tahu nak ambil hati dia macam mana. Waktu dia demam je saya paling suka sebab dia akan manja sangat. Saya boleh suap dia, lap badan dia, belai2 rambut dia, bagi dia makan ubat.

Kadang2 saya rasa excited sangat sampai jantung terasa debar2 bila tengah tgk dia tidur waktu demam. Rasa macam jatuh cinta semula.

Tapi saya tak suka time bersama. Dia macam kasar sangat dan saya rasa sakit. Everytime dia minta, saya tahu tu tanggungjawab and dosa kalau saya tolak.

Kadang2 saya pegang lengan dia kejap2 nak bagi hint tapi saya rasa dia tak faham. Kalau dia tengah layan, mesti dia tutup mulut saya dan saya nangis slow2 sampai dia puas.

Tapi saya memang sayang betul dekat dia. Dah takde sesiapa dalam hidup saya melainkan dia dan keluarga dia. Saya hari2 doa kalau dia nak kahwin dengan Sofea nanti, dia tak ceraikan saya. Saya rela bermadu asalkan dia selalu ada depan mata saya. Tapi issue sekarang saya cepat sangat terasa hati.

Saya tak nak sikap ni jadi penyebab dia rasa annoying. Lama2 nanti dia fedup dengan saya, dia tinggalkan saya. Saya pula tak tahu nak start dari mana nanti.

Tahun 2023 saya pernah luahkan perasaan dekat dia and minta dia bagi peluang untuk saya jadi isteri yang terbaik untuk dia. Tapi kecewa sikit bila dia kata Sofea je yang akan jadi ratu di hati dia. Saya cuma boleh doa banyak2 supaya satu hari nanti dia boleh nampak kasih sayang saya.

Saya pun dah agak berusia. Umur sekarang 34 tahun dah. And saya sayang sangat dengan baby ni cuma saya risau macam mana kalau dia tak dapat dapat kasih sayang sepenuhnya dari kami.

Saya pernah rasa kehilangan parents. Menangis fikir banyak kali sebab saya tak nak hal ni jadi pada baby. Takkan sekali2. Sangat sakit dan sedih. Waktu tu hanya Allah je tempat saya nangis and ngadu malam2.

Tapi saya bukan Sofea. Kalau Sofea, mesti dia jaga dengan penuh kasih sayang. Saya faham dan saya redha dah. Cuma saya pohon untuk dia jaga baby ni sungguh2 nanti. Saya risau sangat macam mana kalau saya hidup tak lama.

Memang boleh harap pada family mentua, tapi saya takut lama2 jadi beban pula pada mereka. Mama pun dah tua nak jaga cucu2 ni.

Actually, jauh dekat sudut hati, saya rasa baby ni akan ada saya je sebagai ibu untuk dia bermanja bila membesar. Saya bukan nak fikir bukan2 tapi hati saya kuat rasa mungkin dia tak berapa suka baby ni sebab baby ni baby saya dan dia bukan baby dia dengan Sofea.

Tolonglah tuan2 puan2. Saya memang berharap sangat tapi saya buntu. Dah 4 tahun saya cuba ambil hati dia tapi dia tak pandang saya pun. Saya jadi risau sebab nanti kandungan saya akan makin membesar. Macam mana saya nak bgtau sedangkan dia tak suka saya langsung?

Please jangan nasihat untuk bercerai sebab kalau bukan dia, sekurang- kurangnya saya merasa ada family dengan keluarga dia. I love them so so much.

Atau boleh ke saya minta doa semua sekurang-kurangnya bila saya bagitahu tentang kandungan saya, dia akan sangat happy. Dia happy untuk baby ni pun dah cukup untuk saya.

Saya nak selalu tengok dia senyum dan bahagia walaupun bukan dengan saya. Cuma biasalah saya pun nak rasa dimanja dan disayangi tapi takpelah. Yang tu mungkin Allah balas nanti kat syurga.

Terima kasih sudi mendengar. Saya doakan semoga tuan2 puan2 selalu dalam lindungan Allah. Maaf ye saya tak ramai kawan boleh bercerita lagipun ini aib rumah tangga saya.

Saya selalu tulis dalam diari, tapi takut kalau nanti dia jumpa diari saya, dia lagi marah. Saya pula cepat sangat emosi. Jadi saya tulis di sini sambil2 minta pandangan.

Doakan saya kuat dan terus gembira ya. Kalau bukan di dunia, insyallah gembira akhirat yang menanti saya. Saya yakin dengan janji Allah insyaAllah.

– Najwa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit

19 Comments

  1. its time to do nothing. You have done enough. Akak fokus kat diri dan baby. Trust me, if he want anything he will come to you, you are his wife. He always need something from you. So for now, dont do anything or try anything to get his attention. His eyes is still blind to you. So, wait for a while, and focus on you and baby only. Go get your spirit on and be happy. Distract yourself.

  2. Najwa,
    Usahakan berdoa setiap kali solat dan hari-haripun mohon pada tuhan supaya suami boleh lupakan Sofea tu. doa juga supaya Alllah bukakan hati suami puan untuk menyayangi dan mencintai puan sebagai teman hidupnya. Insya Allah suatu hari nati Allah akan kabulkan permohonan puan. Yakinlah, teruskan bersemangat dan berbakti untuk suami dengan ikhlas.
    Semoga ada sinar dalam hidup anda.

  3. Bagi greenlight je untuk dia kawin ngan sofea, nanti dia merasa layanan sofea sebagai isteri pulak macam mana. Dia akan compare dan masa tu awak akan menang. Setahun paling lama da bertahan. Kalau awak tak bagi kawin pon dorang konpem memang tengah buat maksiat jugak tu. Nanti tak pasal2 ngan awak2 dapat penyakit nanti. Macam ni je cara nak buat laki macam ni sedar. Ye la tengah sedap dengan Sofea. Dia belum sedar perkahwinan bukan sekadar sedap. Harap jugak anak yang bakal lahir tu dapat merubah hati dia untuk berpaling daripada perempuan jalang tak tau malu tu.

  4. Bercerai bkn bermakna awk kehilangan keluarga dia. Sebagai contoh nora danish tu. X mati pom awk xde dia. Skrg awk dah ade anak awk so let him go. Jgn jd bodoh dan buta sbb cinta. Sbb xde guna merayu pd org yg xsudi. Don’t waste your time. Nanti insyallah awk akan jumpa cinta baru yg akan hargai awk lebih dri segalanya.

  5. You do you. Tanggungjawab you, you tunaikan seperti sediakala. Sofea tu sebab belum jadi bini lagi. Bila jadi bini nanti baru dia tahu, macam Alif Shukri kata, sebelum kawin kemain lemah lembuuut, lepas kawin, tunggu bila dia marah, segala binatang peliharaan dalam zoo akan keluar. Sabar je. Menagndung kena beritahu. Beritahu setiap pergerakan nak pegi klinik ka apa ka. Teringin nak makan apa ka. Buat je manja. Takpe. Suami sendiri dik oi. Kalau dia meluat, cakap je. Saya manusia. Perempuan, seorang ibu mengandung pula. Mesti ada perasaan. Nak saya manja dengan orang lain? Tengok respons dia. Kalau dia tak peduli. Itu maknanya dia lelaki dayus. Tapi kalau ada nada cemburu, maknanya dia ada perasaan sayang. Cuma ego.
    Carry on berbuat baik pada suami. Allah janjikan syurga. Ingat Asiah isteri Firaun. Kerja kita berbuat tjawab kita. Kita tak perlu buat kerja Tuhan. Nak fikir benda2 yg kita tak boleh control. Allah Maha Memaqbulkan doa. Semoga suamimu insaf.

  6. jalanilah kehidupan spt biasa, buat baik dan bnyk berdoa kpd Allah mohon dilembutkan hati suami. Allah jua yg maha mengetahui tntg takdir hidup kita di hari2 mendatang.
    sekurang2nya bagitau kpd MIL tentang baby tu. tntu dia gembira 😊

  7. scary mcam obsessed sgat lepas tu sanggup buang masa kahwin dgan orang yg tak berminat dgan kita kalo aku takda pasal la huhu

  8. Maaf ye nak cakap. Saya kesian pada awak kerana awk tiada self love. Tolong jaga martabat awk sebagai seorang wanita dan ibu. Tolonglah jgn rosakkan masa depan ank awk dgn perkahwinan yg tak bahagia. Belajar syg diri, hormat diri. Awk sgt baik, kembalilah kepada Allah, gantikan tempat suami di hati awk dgn Allah. Allah amat cemburu pada hambanya yang mencintai selain dia. Wallahualam.

  9. Hati suami adik milik Allah.Hanya Allah yg boleh mengubah hati suami adik.Solat ,sabar serta doa banyak2 spy Allah limpahkan perasaan cinta kasih sayang dlm hati suami utk adik n ank kamu berdua.

  10. Saya bersimpati dengan puan.. sy rasa lelaki yang tak menghargai ni sampai bila2 takkan sedar selagi tidak jatuh terduduk.. suami puan pun sama buat masa ni dia hanya fikirkan sofea shj kebahgiaan dia, yg sebenarnya belum tentu sofea tu yg boleh menbahgiakan dia.. semoga puan dapat kebahgiaan yg puan cari.. jagalah anak puan sebaiknya nanti..

  11. Najwa yg dsayangi.
    Sya doakan awak kuat untuk melalui ujian ini.
    Jgn nafikan hak diri sendiri utk bahagia
    Bahagia yg diredhai Allah.
    Untuk kesihatan terutamanya kesihatan mental jangka panjang
    Saya cadangkan
    Najwa
    Dapatkan nasihat daripada kaunselor
    atau psikologi.
    Rasa dan perasaan yg awak rasa ni
    berbanding dgn layanan diterima
    bole menyebabkan gangguan kesihatan mental.
    Sayangi dan hargai diri.

  12. Awak ni terlebih cinta pada makhluk. Sebenarnya Allah tak suka. Sebab tu suami tu jadi ujian utk awak. Allah nak awak lepaskan perasan harap dan terlalu cinta pada makhluk. Bila perasaan cinta pada makhluk melebihi cinta pada Tuhan, siap sedia la utk dikecewakan. Smpai satu tahap nanti awak akan rasa diri diperguna, diperbodohkan, disakiti. Masa tu baru awak akan move on kot. Sy baca ni rasa macam kesian pun ada, rasa geram pun ada sbb sedapnya suami awak ni gula2 kan awak macam tu je. Nasib la awk ni mmg sabar betul. Teruskan bersabar, berdoa. Tahajjud, istikharah mohon petunjuk

  13. In the first place, knp dia kawen dgn awk, klaw sofea tu ā€˜cinta hati’ dia sejak skolah lagi.. klau nk kawen pon, kawen la dgn org yg sayang dgn awk, bkn awk je yg sayang dgn dia.. tp benda dah jadi.. maybe dia suka sgt dgn sofea tu sbb x spt lagi, bla dah dpt nt mngkin dia buat macam awk jugak.. cuba la bagi tau pasal ank awk tu, sbelom dia tau dari org lain.. kmngkinan ada dua je, sma ada dia suka atau pon sebaliknya.. klaw dia suka, ok lah, awk bole ā€˜bimbing’ dia utk terus berubah ke arah yg lbh baik.. tp klau dia x suka, awk siap sedia jela utk hidup bersama dgn anak awak.. apa guna hidup dgn ā€˜bangkai’ yg brnyawa mcm haiwan tu.. siap sedia dari segi kewangan, mental & spiritual.. sampai masa yg sesuai, awk pegi je mngadu dgn mahkamah syari’ah or failkan perceraian, (skrg ni ada jenis yg ā€˜fast track’ lagi), klaw dua2 pihak stuju berpisah dgn baik, proses akn jd lbh cepat.. mmg xde sapa yg nk bercerai berai, tp hidup bersama pon xde beza klau xde suami, cuma jadi tempat pamuas nafsu dia shj.. jgn awk n ank nt jadi ā€˜punching bag’ dia sudahlah.. mcamane pon kmi doakan yg baik2 shj utk puan.. wslm

  14. Belajar utk self love.Jgn ada sekelumit rasa nak cinta dan syg org.

    Hidup ni Kena cinta Allah Nabi dan diri sendiri

    Belajar utk buang dan melepaskan manusia

    • peliklh suami awak ni,dia bernafsu dgn awak tp cinta org lain? bolh ekk mcm tu..kalau xad nafsu,xkan smp awak megandung kn..

  15. baiknya awai sis najwa.. actually, Sy pon menantu pilihan family. Sy & husband sama² bersetuju atas pilihan fmly. skrg da 15 thun kahwen, mil & fil yg sgt baik. & sampai skrg mil masih ajak p beraya rumah bekas tunang husband šŸ˜‚, tiap tahun..hehe.. bukan nak bangga, tapi atas dasar kekeluargaan kut.. Sy ok jer.. hehe.. anak dah 5 .. cuma, klo bole Sy advice, mulakan dgn doa, tahajud yg baik utk suami. Mintak Allah ubah dia jadi baik. confirm mustajab. Saya dah try šŸ˜‚.. Teruskan buat baik dgn mil .. Teruskan hidup sbg isteri solehah.. abaikan sofea. Anggap x wujud watak tu.. banyakkan berdoa & mungkin bole cari bacaan yg berinspirasi & positive… Bila dah jadi isteri & bakal ibu, mental & spiritual kena kuat selalu. x bole lemah. hati mau kental.. bykkan doa & sabar.. formula gedik& manja tu, ok sgt..suami akan paaaaaling lemah bila kita bermanja dgn dia.. buat selalu. Dia akan khayal & ketagih hari².. saya doakan kebahagiaan awak & suami berkekalan. Inshallah, suami awak akan milik awak jugak. Jgn give up.. selagi dia suami awak, fight for your right.. semoga berjaya sis ā¤ļø…

  16. Saya simpati dengan ujian yang awak lalui.. semoga awak terus sabar dengan ujian ini. Yakinlah disebalik pahitnya ujian ada manis akan menanti.

    Apapun ujian kita. Hanya Allah yang boleh bantu kita. Suami hanya pinjaman Allah. Sayanglah suami kerana Allah. Baiki hubungan kita dengan Allah. Saya kongsi tips dari seorang ustazah.

    Bangun tahajjud tiap malam
    Rakaat pertama baca Al-Fatihah dan Al-Kafirun
    Rakaat kedua baca Al-Fatihah dan Al-Ikhlas dan sujud terakhir baca doa zikir nabi Yunus 40x. Dan doa dalam hati minta Allah bantu suami awak berubah.

    Jangan putus asa.. teruskan jalankan tanggungjawab sebagai isteri kerana Allah. sentiasa dekatkan diri dengan Allah. Serahkan segalanya pada Allah.

  17. kenapa awak nak cemburu. Awak yg halal untuk suami awak. Awak yg Allah jodoh kan dengan suami awak. Yg ada disamping bersama suami itu awak kan. Bukan Sofea.. Anggap saja Sofea tu hanya angan-angan suami awak. Hakikatnya awaklah insan istimewa yang Allah berikan untuk suami awak. Kalau tak dah lama suami awak kahwin dengan Sofea. Bukan dengan awak.

    fikir yang baik-baik. Bersangka baik dengan suami. Bersangka baik dengan Allah.
    Terus jalankan tanggungjawab sebagai isteri kerana Allah. Awak tak perlu mengharap apa apa dari suami awak. Ikhlaskan apa saja awak buat untuk suami kerana Allah.

    Yakin jer. Allah ada. Allah akan bantu awak. Tak perlu nak risau apa. Nanti TEPAT WAKTU suami awak akan syg awak. Akan terima awak seadanya. Terima anak awak. Sentiasa fikir yang positif. Jangan putus asa. Dekat diri dengan Allah. Baiki solat, baca quran, zikir selawat, tambah ilmu agama, belajar bersyukur.. syukur Allah bagi pinjam jodoh. Syukur Allah bagi mentua yg baik. Syukur Allah bagi rezeki anak. Jaga emosi awak.

    Kalau dia langsung tak suka awak.. dia takkan sentuh awak.. dia takkan bermanja dengan awak masa dia sakit.. cuma dia belum sedar sayang tu dah ada pada awak sebab dia buta dengan cinta Sofea yang bukan jodoh dia. Sampai masa nanti dia akan sedar. Sabar ye sahabat. Kalau dah sampai pregnant maksudnya dia suka waktu bersama awak. Awak Kene buat diri awak suka bersama dengan dia.

    Semuanya hanya pinjaman sementara. Andai Allah amik balik pinjaman dia. Redha. Dia bukan yang terbaik untuk awak. Allah nak hadirkan seseorang yg lebih baik..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *