Suami Yang Tak Dianggap

Assalamualaikum semua… Nama aku Emy. Sebenarnya aku tak tahu nak letak tajuk apa. Tapi ni berkaitan suami aku yang aku namakan Am. Jadi kira boleh la kan tajuk tu.

Aku dan Am berkenalan dari satu laman cari jodoh. Kami kawan sebulan dan ambil keputusan untuk bertunang dan kahwin. Memang masa tu aku target untuk kahwin je.

Nanti kalau ada masa aku cerita kan tentang hal lalu dengan ex-ex aku yang tak boleh pakai tu. Sekarang fokus tentang suami aku.

Kami dan berkahwin hampir 6 tahun dan alhamdullilah ada dua orang anak.

Dulu sebelum kahwin aku bekerja. Selepas melahirkan anak pertama aku berhenti sebab tak jumpa pengasuh yang sesuai untuk jaga anak aku. Lagi-lagi dia masa tu sawan tangis dan high demand.

Suami aku pun tak percaya orang sangat untuk jaga anak kami.

Tahun ni aku bersalin anak kedua. Terus terang cakap pengalaman mengandung dan bersalin aku bukan la mudah. Macam-macam aku hadap. Sendiri tanpa bantuan suami aku.

Sepanjang aku mengandung anak pertama dan kedua tak pernah sekalipun suami aku tolong urut ke ataupun jaga anak. Dia tukar pampers anak pun bila dah 3-4 tahun. Sebelum tu memang aku buat seorang.

Bukan aku tak cuba bincang tapi suami aku memang jenis tak suka nak bincang apa-apa. Ada masalah akan jadi tergantung macam tu je. Yang sengsara aku.

Dulu aku ni jenis panas baran. Dan sampai sekarang aku masih cuba nak kawal. Bila jaga anak ni dengan macam-macam perangai agak menguji kesabaran untuk orang macam aku.

Suami aku cuma pergi kerja. Balik kerja menghadap handphone dia je la. Anak menangis kat sebelah pun dia wat tak tahu je.

Aku ni dengan nak suap anak makan dengan susukan anak lagi. Serius rasa stress sangat.

Aku pernah telefon talian nur 15999 tu dan luahkan kat operator tu. Dia nasihatkan aku untuk jumpa kaunselor sebab aku dah menunjukkan tanda-tanda depression.

Bila tertekan aku jadi cepat marah dan anak yang jadi mangsa. Aku pernah mengamuk depan anak aku baling batang mop sampai patah.

Aku baling pecahkan mainan depan anak aku sebab dia menangis. Aku nampak betapa takutnya anak aku. Aku menyesal sangat sampai sekarang.

Aku jadi serabut dengar bunyi menangis. Tambah-tambah bila aku pendam hati dengan suami.

Paling teruk aku sampai tahan cakap nak bunuh anak aku. Aku tak berniat pun cuma nak suami aku nampak aku tengah tertekan dan penat.

Mesti ada yang cakap kenapa aku tak luah je kat suami aku. Macam aku bagitahu awal tadi suami aku jenis susah nak duduk berbincang.

Pernah aku cuma luahkan pasal suami aku nak habiskan duit untuk sesuatu yang aku rasa tak perlu pun. Dia over thinking sampai macam-macam dia cakap.

Dia kata aku rak pandai bersyukur la, aku demand banyak la. Macam-macam lagi la. Sedangkan kalau ikutkan sepanjang kahwin aku tak pernah mintak duit dia pun.

Dia ada la bagi sebulan 100 tapi tu cuma untuk beli lauk. Lain-lain keperluan tak ada. Aku pun korek la duit asb anak sikit.

Masa dapat keluarkan kwsp tu ak bersyukur sangat ada duit sendiri. Aku gunakan untuk beli baju anak dan bawa anak jalan.

Aku bukan la jenis suka shopping pun. Baju aku paling mahal RM15. Ada yang cantik sikit saudara bagi. Makan mewah pun setakat kfc dan mcd.

Berbalik pada hal suami aku tadi, bila aku tanya dia ada buat saving untuk kecemasan tu dia mengamuk cakap aku mata duitan. Aku sedar aku tak bekerja.

Tapi aku duduk rumah jaga anak, uruskan anak. Dua orang anak kami menyusu badan sepenuhnya. Tu tak kira tak cukup tidur malam, sakit badan lagi. Semua aku tanggung sendiri.

Bila bergaduh suami aku akan balik lambat. Balik rumah mandi, solat dan tidur. Esok pergi kerja.

Anak-anak langsung dia tak tegur apa lagi nak pegang. Dia buat kami macam tak wujud dalam rumah tu. Aku kesian tengok anak aku tunggu ayah dia nak main.

Disebabkan dia akan jadi macam tu bila gaduh aku terpaksa pendam. Aku cuma minta untuk didengari dan kawan berbual. Tapi suami aku lebih suka menghadap handphone dia. Communication kami memang out.

Aku dah tak rasa kemanisan dalam rumah tangga kami. Hati aku dah cukup tawar. Aku bertahan hanya sebab anak-anak.

Mungkin ada yang cakap kenapa aku tak cuba bekerja dari rumah. Sebelum ni aku pernah meniaga makanan. Tapi bila mengandung anak kedua aku alahan teruk sampai bersalin.

Aku dah cuba bisnes jual barang tapi tak berjaya. Duit kwsp aku keluarkan dulu pun dah habis. Aku gunakan untuk tolong backup suami masa pkp tu.

Sebenarnya aku banyak lagi nak luahkan tapi nanti la bila aku rajin. Aku tulis ni pun sebab baru lepas menangis anak aku meragam nak tidur.

Suami aku boleh suruh keluar bilik sebab anak bising sangat. Dia tak boleh tidur.

Rasanya cukup sampai sini cerita aku. Sebenarnya aku lega sangat dapat luahkan kat sini. Aku tak ada tempat nak luahkan.

Ada la cakap kat kawan tapi diorang pun tak boleh buat apa. Lagipun aku tak nak la burukkan suami kat orang lain. Dalam ni tak ada yang kenal pun.

Ok la kalau ada yang nak bagi sokongan dipersilakan. Kalau ada yang nak bagi kata negatif pun silakan. Aku dah tak nak fikir orang cakap apa. Sebab yang tanggung aku.

– Emy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *