Assalamualaikum semua. Nama aku Nuh. Nama aku tak penting pun dalam cerita ni sebenarnya.. tapi takpelah.
Aku ada cerita yang aku simpan berbulan juga dah berkenaan penyewa rumah sewa aku. Aku ada satu rumah apartment di area popular pantai timur. Jadi cerita ni bermula mid Januari lepas, satu hari aku dapat WS dari seorang brother ni yang aku nama kan dia Farid.
Farid ni dia nak menyewa rumah aku tu untuk tempoh 2 bulan. Aku takda apape masalah atau syak wasangka bukan2 langsung pun pada awalnya. Sebab aku dah biasa uruskan sewa yang short term macam tu.
Memang rumah aku selalu juga pelancong or pekerja yang datang kursus untuk sewa sebulan dua tiga mcmtu. And aku lagi prefer short term sebab rumah tak rosak berbanding sewa 2,3 tahun. Hancur rumah.
Pendek cerita beberapa hari lepastu aku berjumpa dengan Farid untuk urusan sign agreement dan segala yang penting. Jadi seperti selalu aku akan borak2 mukadimah tanya juga lah latar belakang Farid ni. Dia kerja apa, asal dari mana. Farid ni dia kerja company agak besar juga. Dan memang selalu kerja luar sebulan dua macam tu.
Aku pun tanya juga dia sewa ni nanti bersama keluarga ke atau dia seorang. Dia beritahu dia akan masuk bersama isteri dia. Dia sudah berkahwin dan tiada anak. Isteri nya kerja dari rumah sahaja jadi tiada masalah boleh ikut dia kemana sahaja. Mudah.
Sampai situ sahajalah perbuaalan kami. Saja untuk aku tahu la serba sikit siapa yang menyewa rumah aku ni. Bagus juga kalau bekeluarga ni rumah aku kemas dan tak lah aku risau. Kalau bujang ni aku risau sikit penjagaan rumah.
Semuanya smooth dan lancar sahaja urusan sewa dengan Farid ni. Dia seorang yang sangat mudah aku berurusan dan takda banyak kerenah. Bayaran pun transfer on the spot walaupun aku mintak 2 bulan deposit. Dekat situ aku nampak Farid ni seorang yang dah stable kewangan. Iyalah pekerjaan pun sedap, gaji pun mampu la dia bayar.
Aku tenang kerana aku yakin tiada masalah pembayaran atau jika ada masalah ganti rugi kerosakan dan sebagai nya, kewangan bukan masalah.
Tiba masa hari Farid dan isterinya masuk rumah dan aku datang kesana untuk urusan serah kunci. Itulah kali pertama aku lihat isteri Farid. Cantik manis betul raut wajahnya, sopan lemah lembut je bila bercakap bertanya aku soal rumah. Nasib baik bini orang. Hehe, cair aku perempuan lembut manja perwatakan begitu.
Dalam hati aku patutlah brother ni angkut bini dia duduk menyewa sekali. Takkan nak tinggal lama2 jauh pulak. Tak sanggup berjauhan bebbb kalau dapat bini spec padu macamvtu. Haha.
Dan segalanya tenang tiada apa apa masalah sehingga lah awal seminggu berpuasa yang lepas, aku dapat 1 WS dari seorang perempuan yang perkenalkan diri dia sebagai Sarah dan mengaku bahawa dia adalah isteri kepada Farid. Dia dapat number telefon aku dari emel Farid.
Aku ada pernah sent copy tenancy agreement rumah. Aku pada awalnya sangka kan Sarah tu adalah wanita yang bersama2 Farid sewa dirumah aku. Tapi betapa terkejutnya aku bila Sarah beritahu tujuan dia mesej aku sebab dia syak Farid sedang berlaku curang.
Sarah ni dia dirumah mereka di KL. Farid Dan Sarah sudah ada 2 orang anak. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Aku rasa mcm nak gila sekejap. Biar betul. Gila lah. Aku kena tipu hidup hidup ke ni. Aku terus call Sarah. Aku macam percaya ke tak percaya je ni.
Aku call Sarah dan dia pick up tu dalam keadaan menangis. Aku sebagai anak jantan rasa kesian la wanita di perlakukan macamctu. Sarah beritahu Farid sebelum ni tak pernah ada masalah perempuan. Mereka sudah ada 2 anak. Lelaki dan perempuan.
Farid memang bekerja selalu outstation antara KL, Johor, Kuantan dan Langkawi. Sebelum ni tak pernah ada masalah. Tapi baru baru ni Sarah perasan beza sebab Farid cuma balik hanya beli barangan dapur, tanya anak2 punya keperluan sahaja. Takda dah rindu kasih syang buat diri dia. Dia buntu taktahu sebab so jadi lah dia penyiasat sendiri.
Sarah buka laptop kerja Farid yang ada di rumah mereka. dalam laptop tu ada apps FB yang tak di logout. Disitu lah Sarah jumpa macam2 bukti kecurangan Farid ni. Ada DM message pada satu wanita yang dipercayai adalah ex girlfriend Farid. Sarah kata memang itu lah nama yang sering Farid cerita pada dia.
Sarah kata lagi Farid ni memang terlalu sayang kan ex girlfriend dia, dulu rumahtangga mereka berdua masa awal kahwin pernah hampir hancur sebab Farid jujur mengaku minta Sarah ubah sikap dan suruh berperilaku sama dengan ex awek dia tu.
Aku terdiam je dengar luahan bini orang ni. Gilaa juga aku rasa. Tak pernah aku hadap masalah macam ni. Aku pun bagitahu lah yang memang betul Farid masuk rumah aku bawa perempuan dan mengaku perempuan tu isteri dia. Jadi, aku rasa Farid tu tipu aku lah tu. Ada perempuan simpanan yang dia nak buat dosa dalam rumah aku. Panas juga aku masa tu.
Aku suruh Sarah hantar gambar ex awek Farid tu untuk aku tengok sama ke macam yang Farid bawa masuk rumah. Aku buka gambar yang di hantar memang betul itu lah wanita tu. Dalam hati aku haihh sikit punya sopan pakaian longgar muka cantik manis lemah lembut ayu bertudung tutup sampai dada semua. Tapi rupanya masih bermaksiat.
Aku jujur masa mula2 aku tengok ex awek yang dikata kan isteri tu aku pun goyang mattt. Cantik dia tak main main woo. Mata dia pun renungan tajam. Body pun walau pakaian longgar masih boleh zoom mata aku ni memang padu.
Hehe, orang laki memang boleh scan. Maklum la bujang terlajak. Masa tu nasib bini orang je. Kalo anak dara aku pun nak adjust. Aku solo lagi ni. Sesiapa nak aku hello la. Eh iklan pulak. Hehe.
Sambung cerita, Sarah minta bantuan aku, kalau aku boleh beri dia kunci rumah pendua untuk dia bertemu dengan Farid dan wanita tu. Aku cadangkan telepon sekali jabatan agama Islam pahang. Tapi Sarah kata dia nak bawa family Farid sekali dan taknak aib tersebar. Aku pun setuju.
Hujung minggu Sabtu tu aku pun standby tunggu Sarah dan keluarga nya sampai. Dalam petang pukul2 mereka sampai dirumah aku. Rumah aku tinggal taklah dekat sangat dengan rumah sewa aku tu. Dalam 20 minit perjalanan.
Sarah datang dengan keluarga Farid. Ada ibu dan adik beradik dia 3 orang. 2 orang lelaki dan seorang perempuan. Ada juga abang kepada Sarah seorang.
Anak2 Sarah tinggalkan pada kakak nya jaga. Dia tak bawak sekali. Sarah ni dari segi perwatakan, dia agak kasar dan mungkin masih muda aku agak. Ke orang KL memang cara bercakap urban macambtu aku tak pasti. Hujung ayat dia mesti ada carutan. Aku tak lah judge orang mungkin dia sedang dalam emosi tak betul. Tension laki buat hal. So aku tak berapa peduli sangat.
Dari segi rupa paras boleh lah sedap mata memandang. Bukan lah takda rupa langsung. Okay okay lah. Lawa juga lah. Orang KL style pakaian dan make up.
Berbalik pada plan, Kami plan untuk masuk dalam rumah tu ketika mereka berdua didalam rumah. Jadi aku teringat aku memang ada pasang cctv di halaman rumah di kawasan porch menghadap pagar untuk keselamatan. Rumah sewa kan. Kalau tiada yang menyewa biasanya aku pantau dari cctv sahaja.. dalam rumah tiada cctv.
Jangan tanya kenapa tak check dalam rumah. Ko nak aku lebam bijik mata pasang cctv dalam rumah sewa. Masak la aku tengok macam2 adegan nanti. Hehe.
So pendek kan cerita bukak cctv check kereta dalam pagar tiada. Luar pagar pun tiada. Maknanya rumah kosong. Mungkin mereka keluar. So selepas Asar aku check lagi lihat pagar dibuka dan kereta masuk. Aku panggil Sarah dan semua lihat.
Nampak Farid dan wanita tu keluar kereta bawa keluar barangan dapur. Pergi groceries mungkin. Memang nampak macam pasangan suami isteri yang bahagia. Aku menyumpah je lihat semua tu. Sarah pun dah mula menitik airmata. Keluarga nya pujuk dia. Aku macam biasa la taktahu nak respon apa.
Jadi lepas berbuka dan selepas Isyak lebih kurang pukul 9 lebih semua dah ready nak pergi buat mission serangan gerila dekat Farid dan wanita simpanan dia tu. Aku bagi nama lah. Susah la sebut wanita simpanan. Nama kan dia S0fia lah. Sebab memang perwatakan dia Soft je. Hehe. Malas aku pikir nama apa.
Okeh dah jom masuk part plot twist cerita ni. Then dalam perjalanan ni Sarah, mak Farid dan abang Sarah naik kereta aku. Kereta lain keluarga yang lain. Sarah ni dalam kereta dia memang marah sangat dan hamburkan macam2 lah kata makian dapat dekat Farid dengan Sofia tuh.
Sarah ni sifat dia agak panas dan kasar. Suara dia jenis tajam bingit. Memang boleh pening juga lah kalau aku kena bebel macam ni. Dalam hati aku masak teruk lah Farid ni nanti kena bambu. Bini dia garang roarrrr gilaa weh.
Dalam pukul 10 malam macamtu sampai la dekat area taman rumah sewa aku tu. Lalu depan rumah tengok kereta masih ada. Lampu pun menyala. Berdebar gila aku nak serang orang bermaksiat bulan2 puasa ni. Kami parking jauh sikit dari depan rumah sebab taknak Farid atau Sofia perasan.
Aku yang mula2 hendap untuk buka pagar hadapan. Slow2 aku buka, memang macam perompak kalau jiran nampak memang aku kena bedok dulu. Bila dah berjaya buka pagar, semua masuk perlahan2 di kawasan porch. Farah dah mula buka phone dia dan mula rekod. Katanya untuk bukti mahkamah suami nya curang. Aku diamkan.
Aku cuba intai dari celah langsir sliding door tak nampak apa sebab blackout langsir. Takda ruang. tapi dengar suara Farid dan Sofia dekat dalam rumah mesra bergelak ketawa. Aku pergi sudut tepi ada tingkap kecil kat situ ada sikit langsir terselak. Sarah suruh aku ke belakang sebab dia yang nak tengok.
Aku beralah lah lagipun itu masalah keluarga dia takkan aku nak lebih2 busy body. Lepas Sarah tengok dia terus maki hamun. Katanya bet1n4 g4t4l go0da laki aku. Si41 b4b1 dan segala mcaam carut lagi dia mendecit perlahan tapi still aku dengar. Aku belakang dia je kan.
Sarah cakap dia nak masuk dalam time tu juga. Beralih gerak ke pintu grill. Perlahan2 aku buka kunci. Berpeluh mattt punya tak nak bagi dengar ada bunyi. Berjaya buka grill. Tinggal pintu kayu sahaja yang tinggal. Sarah kata dia yang nak buka pintu. Aku bagi dia peluang. Dia buka lagi rekod video phone dia.
Masa aku mundur belakang tu aku nampak mak Farid. Mak dia dah sapu airmata. Sebak pulak aku lihat. orangtua kan dapat tahu anak buat dosa dan salah. Kecewa dia. Adik beradik Farid 2 orang lelaki tu pun on kamera phone rakam sekali.
Kunci dah masuk dalam ruang nya. Tinggal pulas dan buka tombol sahaja. Sarah pandang aku, aku kata buka la. Dia dengan laju terus pulas kunci dan bammm bukak hempas pintu. Habisss pintu akuu..
Masa ni memang macam dalam drama. Aku betul2 rasa terpana terpinga entahla tak tahu rasa apa. Pertama view lepas pintu terbuka memang terus nampak Sofia dan Farid atas sofa. Sarah masuk dan terus pekik dan maki hamun. Mak Farid terus merintih menangis kecewa dengan anak nya.
Aku kesian betul dengan keadaan tu. dengan apa yang depan mata aku ni lagi gilaaa rasanya. Sofia dengan pakaian yang memang sexy gilerr. Baju tido nipis yang memang sexy mcm ala ala skirt pendek sahaja.. Takda lengan. Nampak dada luas, nampak semua rupa bentuk tubuh dia. Dia sedang duduk sebelah Farid berpelukan tengok TV.
Farid tak berbaju cuma berkain pelikat sahaja. Aku rasa nak hayun je muka Farid tu. Bulan puasa tak malu ke buat maksiat. Kat rumah aku pulak tu.
Farid dan Sofia memang terperanjat habis. Tapi yang aku puji sikit pada Farid ni sebab dia terus protect Sofia yang berpakaian mcmtu. Dia capai telekung yang sangkut dekat hujung sofa dia tutup dan balut badan Sofia. Sarah pada masa tu memang macam kena rasuk. Dia menjerit keluarkan semua makian dan kata2.
Kakak Farid yang ada pun sama naik. Tapi version slow talk soft spoken kakak dia ni. Adik beradik laki dia rekod aje senyap tak berbunyi. Abang Sarah aku nampak menahan amarah. Diam tak berbunyi tapi rahang bergerak2 dan renung tepat dekat Farid.
Dan sekali lagi aku mcm terpaku sebab dalam kelam kabut suasana bising tu, Sofia ni dia begitu tenang dan sangat lembut sopan dia minta maaf pada semua dia faham semua orang sangat marah dan benci dia.
Tapi dia minta boleh ke jangan rekod sebab dia tak menutup aurat. Dan dia minta masa sekejap untuk berpakaian yang baik. Lepastu kita bercakap dan berbincang. Dia minta maaf pada Sarah dan keluarga Farid semuanya.
Aku pada masa tu rasa macam wow perempuan ni sesuatu betul. Dia mcm ada daya tarik lain macam. Padahal dalam kes ni dia yang salah. Dia tengah buat hal. tapi aku macam ter reda rasa nak marah tu dengan cara dia tangani masalah. Tenang dan sangat lembut. Mengaku salah dan minta maaf dengan sangat sopan. Terkesima aku..
Sarah terus maki Sofia dengan kata j4l4ng sund4l macam ko ni reti pulak malu, tau pulak aurat orang laki tengok. Habis laki aku bukan lelaki. Dah berzin4 and macam2 lagi lah perkataan yang Sofia ni kena maki. And lagi sekali aku ternganga.
Farid jawab dekat Sarah. Jangan cakap macam tu sebab orang lelaki lain memang tak boleh tengok Sofia. Tapi dia boleh sebab ‘kami dah halal’.. Fuhhh gilaaa nak meletop otak aku dalam drama keluarga ni. Aku dengar ayat dari mulut Farid ni aku terus macam wowowo mamat ni kawen dua ke.. Gilaa betul2 gilaa..
Sarah masa tu terus meraung jerit kat Farid kata Farid tipu.. Taknak mengaku.. Mak dan kakak dia terus tanya betul ke ni.. Cakap betul2.. Berdosa bermaksiat bulan Ramadhan.. Tak ingat Allah ke.. Bila kawen.. Macam2 la soalan bertalu2…
Farid terus suruh semua stop rekod. Dia ulang lagi sekali. Dia kata Sofia isteri Farid. Kami dah kahwin awal tahun aritu dekat Thailand. Waktu dia ada kerja 8 hari kat Langkawi. Dia nikah disana. Terduduk terus mak Farid. Sarah terus macam orang gila menjerit maki hamun.. yang lain semua terdiam.
Adik2 lelaki Farid stop recording. Farid suruh Sofia masuk bilik tukar baju. Aku yang terpinga ni rasa bodoh pun ada kat situ berdiri. tapi ini rumah aku. Aku perlu selesaikan.
Farid cuba datang pada Sarah untuk pegang tangan Sarah.. Tapi Sarah terus tengking dan maki Farid kata jantan tak guna, tak cukup satu isteri, bod04.. Semua la segala maki memang kena.. Aku memang agak je sebab Sarah dia karakter memang tegas garang begitu. Asyik ulang jerit suruh cerai kan dia cerai kan talak 3 terus lah macam2 lagi.
Aku faham Sarah tu dia sedang kecewa sangat. Apa yang keluar dari mulut dia dia marah. Kemudian Farid peluk mak dia. Kesian mak dia lah. Longlai aku tengok orangtua tu mengenang anak nya buat hal. Farid pergi pada abg Farah.. yang ni best. Brother to brother talk.
Abg Farah ni aku lupa nama sebenar dia aku nama kan Joe je la.. Joe ni terus setepek tanya, ko apa hal buat adik aku macamni? Kenapa kawin kalau masih ada cinta lama?
Farid pun jawab.. Dia mintak maaf.. tapi dia dah berusaha untuk lupakan dan move on.. Dia pun dah bersungguh2 memberi dalam rumahtgga dia.. Ulang2 kali juga farid ni minta maaf dekat Joe tu.
Tak lama tu Sofia keluar dari bilik. Berpakaian lengkap sopan blouse loose dan bertudung. Bawa file surat nikah Thailand. Aku tak tau la kenapa aku macam rasa Sofia ni dia ada aura yang menyenangkan dan menenangkan. Dia keluar tu terus semua mata tertumpu dekat dia.
Aku sebagai jantan tulen pun rasa macam gentle giler perempuan ni. Sofia datang terus ke Sarah. Dai hulur tangan beb untuk salam. Gentle tak gentle dia ni.
Dia cakap dia minta maaf sangat2. Farid tak salah langsung. Farid sayang Sarah dan anak2. Sofia yang salah sebab Sofia yang minta tolong dengan Farid. Jangan lah fikir untuk bercerai atau berpisah. Ada anak2 yang still perlukan complete parents. Salahkan I sorang. Bukan Farid..
Masa ni Farid dah kuis2 Sofia. Maybe dia tak setuju la apa Sofia cakap tu. Yela, tiba2 Sofia pulak yang mengaku salah. Dah macam lagu akon you can put the blame on me. Haha.
Lepastu Sofia pergi dekat sofa 1 seater tempat mak Farid terduduk tu.. Dia macam ala2 melutut lebih kurang begitu, dia mintak maaf pada mak Farid. Mak Farid ni menangis peluk Sofia. Takda dengar sangat apa diorang bercakap sebab bunyi nangis tu lagi kuat.. So mumbling sikit.. Aku tak pasti.. tapi telinga aku dengar dia panggil mak Farid tu gelaran mama.
Mungkin masa jadi girlfriend dulu mak Farid ni dah kenal agaknya. Entah yang ni aku taktau fakta dia.. Aku agak je ni.. Then Sofia ni pergi pada Sarah balik.. Time ni Sarah dah menangis kuat je dia dah tak bercakap langsung..
Sofia datang sebelah Sarah terus peluk. Sama2 nangis dalam pelukan tu. Sofia tu ulang kali dia cakap sorry sorry sorry. Tolong jangan buat keputusan bukan2. Salahkan diri dia sorang je. Jgn salahkan Farid. Farid sayang family. Farid sayang Sarah. Dia ulang tu sahaja.
Dia calm kan Sarah yang memang agak liar tu dengan affirmative words macamtu. Sofia ni berkali2 buat aku kagum dengan dia. Aku rasaaaa mcm kali pertama aku rasa watak pelakor ni mcm watak utama. First time tau aku saksikan pov orang yang ketiga ni control the situation sangat clean and tenang.
Sofia tu dia tahu Sarah tengah dalam emosi yang tak stabil. Rasa tak disayangi. Dia ulang2 Farid sayang Sarah sangat tu banyak kali sampai Sarah tenang dan sambut pelukan Sofia. Sofia kata Farid cuma tolong I sahaja. Jangan risau, tak lama pun. Dia cuma mintak tolong. Dia sorry sangat.
Alamak aku tak habis cerita lagi ni. Tapi aku ada kerja urgent nak kena settle dulu. Nanti aku sambung la part 2 boleh tak. Ada cerita lain kenapa Farid and Sofia kahwin. Pasal sebab ni pun gilaaa juga.. Sebab tu kisah diorang ni lekat dalam kepala aku dan aku nak abadikan cerita kat sini untuk sampaikan moral.
Permasalahan keluarga tu real beb. Jangan lah anggap semua orang hidup senang bahagia. Ujian di setiap manusia tu lain lain. Nanti aku sambung. Assalamualaikum..
– Nuh (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Allahuakbar,
macam penulis skrip NUH ni,
saya setuju cakap awak ni.. tadi kata single kan?
hahaha boleh kenal2 dgn saya jugak ni..
saya tunggu part 2 yaa
waalaikumusalam.
Penyondol memang lah suka buat manja, gedik. Isteri yang sah juga nampak kasarnya. Gila ke apa, dah nampak suami curang, lepas tu nak cakap lembut-lembut. Memang taklah. Kalau dah tahu tak boleh move on dgn gf lama, jangan kahwin. Tu je. Menyusahkan orang sebab dah beranak pinak. Tak fikir emosi anak, emosi bini. Tahu fikir sedap sendiri je. Benci aku si farid dgn sofea tu. Tak sedar diri dedua
Tudia…next please hahaha
Tak kisah la apapun. Sofia tetap penyondol. Farid mmg lelaki tak guna yer. Khianati pasangan. Hancur hati
istrinya.
Cepat2 sy tunggu part 2
Penulisan yang sangat baik. Kalau digarap ni boleh jadi penulis buku, novel atau cerpen insyaAllah
– bole kawin lebih
-dia pun mampu
-sharing is caring n loving
ntah.., rasa geli baca. dah jadi penyondol tiba2 acah baik dan sopan. cakap sorry2 tapi kawen lari gak. aku rasa si sofia ni manipulative. si sarah tu jadi singa sbb farid layan dia mcm tu. cuba kau letak si sofia tu kt tempat sarah mesti dia jadi singa gak. kau pon backup si sofia tu sbb dia cantik dan seksi je kan hhaha
Mana sambungan ye
Tak dapat nak bayangkan kalau I di tempat isteri pertama..
Sofia tetap penyondol ya ! Harap tudung labuh tapi akhlak takda.
Mana part 2 nyaa?! tak sabarniii
Tahniah..! Coretan ini mcm drama ‘love story’ yg diselitkan dgn unsur2 ‘humour’.. agak ‘terhibur’ jugak dgn cara penulis ‘relate’ pengalaman penyewanya tu.. jangan dok ‘kagum’ sgt dgn ketenangan yg dimilikki Sofia tu.., nk tau tenang x tenang, tunggu la bla dia menghadapi adegan yg hampir ‘serupa’ bila Farid mnambah cawangn nya yg ke-3, baru ada iras2 cerita ‘abg jamil’ dlm filem TS P.Ramlee tu kot.. peny*nd*l tetap kekal gelarannya.. apa pon alasan nya.. klaw pasangan ini benar2 ‘gentle’, knp xminta izin isteri pertama or at least bakal mk mertua tu restu.. w/pon nmpak gaya mcm mk tu redho je, dlm hatinya mngkin ‘terguris’ juga sbb anknya sendiri buat kputusan utk membelakangkn kluarga nya.. apa2 pon, yg kedua tu tetap di bwh yg pertama, kerana dia yg dtg kemudian, (& menerima ‘bekas’ dari isteri pertama), walau pon dlu dia ex si suami.. dan mmg dari awal lg suami tu dah ‘berat sbelah’, bila hanya penuhi kperluan fizikal kluarga sulungnya, dgn mnghantar brg2 kperluan (nafkah zahir), dan mngabaikan nafkah batin (kasih syg n perhatian) kpd mrk.. dan nk tengok kasih syg kpd yg no.2, tunggula dlm 10 thn ke 20 thn lg, di mana semua aset dah mula ‘kecut’ & betul2 ‘longgar’, agaknya terjeling pulak tak dgn yg lbh ‘tegang’ n ‘segar’ mata memandang pd ketika itu, klaw hanya kerana kecantikan n klembutan yg ada skrg, ntahkan pd waktu itu dia lbh ‘garang’ dari Sarah.. dan awk komen Sarah tu garang n ckp yg kasar2.., cuma cuba la bayangkan awk berada dlm kasut atau selipar yg dia pakai pd ketika itu..
Part 2 please..
bang bilaa nak up part 2?
Mana part 2