Assalamualaikum. Terima kasih kepada admin sebab sudi published kisah aku.
Aku seorang isteri. Seorang isteri yang hamil. Umur aku 21. Aku baru je nikah beberapa bulan lepas. Suami aku sebaya dengan aku. Banyak soalan aku dapat rata-rata berbunyi,
“Best tak kawin?”
Meh aku cerita.
Aku seorang student yang mengalami depression. Bila sakit macam ni, aku dalam keterpaksaan ambil tindakan drastik untuk study leave disebabkan beberapa lecturer aku agak tak supportive and selalu downgrade students; aku tak terkecuali. Jadi bagi mengelakkan penyakit yang aku hadapi selama lebih satu tahun tu kembali, aku rehat sekejap dari belajar. Tapi tak sangka pulak rupanya aku pregnant.
Suami aku? Oh dia masih dalam praktikal di Subang. Tanpa gaji. Jadi macam mana dia sara hidup kami? Duit elaun MARA sebanyak RM600 dan beberapa duit belanja yang aku sendiri peroleh dari ibu yang memang tak lebih dari RM1,000
Aku dengan suami ni sendiri bukanlah pesen bercinta lepas nikah. Setahun sebelum nikah kami bercinta. Pun begitu, sebenarnya tu pun aku tak kenal dia sangat. Lepas kawin, barulah aku tahu deep down dia ni macam mana…
Biasalah orang pregnant, banyaklah ragamnya tapi aku masih belum mintak nak rusa putih lagi, dan mintak-mintak takkan mengidam nak naik UFO pulak. Rumah yang aku tinggal dengan suami sekarang ni sangat basic. Ada dapur masak, mesin basuh, tapi takde tivi mahupun peti ais. Hiba takde peti ais ni terutama bila kita jenis nak masak-masak. Takkan nak makan megi je kan?
Suami aku tak pernah merungut.
Bila mengandung, aku mula ada morning sickness, mengidam nak itu, nak ini, tak lalu makan, merengek macam budak dan sebagainya tapi suami aku tak pernah merungut. Sikit pun tak pernah. “Ish” ke, “aduh” ke, “ala” ke. Tak. Takde. Pada usia semuda itu, yang mana kawan-kawan sebaya dia sibuk bercinta lagi dan lagi, enjoy sana sini, dia pulak dengan penuh kasih sayangnya jaga seorang isteri yang mempunya sindrom mengadalisasi.
Aku ingat lagi masa hari pertama kawin. Dia ada cakap role model dia adalah ustaz Ebit Liew dan Adam Corrie. Dia memang tak pernah sekali pun mem’bini’kan aku depan sesiapa pun even dalam wasep. Dia akan guna ‘isteri’ atau ‘wife’. Bukan ‘bini’.
Aku memang jenis malas sikit. Tambahan pregnant ni asik sakit je. Suami aku sikit pun tak pernah marah-marah kalau dia balik tengok rumah macam sepah sikit (sebab dia perfectionist). Dengan tenang dia yang kemas semua tu. kalau aku tak masak, dia tenang je. Tiap malam aku rasa berdosa sebab tak sempurna untuk dia. Tiap malam jugaklah aku tanya “awak marah saya ke?” Dia jawab “tak” sambil peluk aku. Menitik airmata tiap kali dia buat camtu.
Ada satu hari tu aku buat hal taknak balik rumah. Nak duduk rumah ibu. Menangis suami aku sebab fikir seolah aku tak bahagia dengan dia. Dia menangis kata dia memang teringin nak belikan aku baju raya tapi dia tak mampu sebab dia tak ada duit. Dia nak belikan aku peti ais sebab taknak aku tak balik rumah duduk dengan dia.
Merayu-rayu dia nak aku duduk rumah temankan dia. Asik minta maaf untuk sesuatu yang bukan salah mutlak dia. Ayat dia yang paling buatkan aku tersentak;
“Saya minta maaf sebab tak mampu nak bagi hiburan apa-apa sepanjang saya kerja. Minta maaf sebab saya kerja, tinggalkan awak sorang. Minta maaf sebab tak mampu belikan baju raya untuk awak. Tapi tolonglah duduk dengan saya. Saya rasa tak lengkap.”
Padahal aku cuma merajuk sebab dia tidur balik bila aku kejut dia sahur je. Terbongkar terus semua isu yang dia bendung selama ni yang tak pernah aku tahu. Tak sangka, ego seorang lelaki tu bukan je taknak nampakkan dia lemah tapi jugak nak buatkan kita rasa yakin dengan dia.
Asik kita dengar pengorbanan isteri dalam rumahtangga tapi amat jarang sekali berkenaan pengorbanan suami dalam rumahtangga. Ya Allah, Kau rahmatilah setiap suami yang bersusah payah demi membahagiakan isterinya semata untuk mendapat rahmat dari Mu.
Wahai suamiku, semoga Allah membalas setiap titisan peluh dan lelahmu yang menitis kerana kebaikan.
Barangkali, bukan suami aku yang tak sempurna tapi aku yang tak sempurna tanpa suami aku :)
Jadi, kembali pada soalan.
Best tak kawin?
Best, kalau kita kawin niat lillahita’ala and kawin dengan orang yang sayang kita. Hargailah tiap orang yang hadir dalam hidup kita tu sebab kalau kita tak hargai, orang lain boleh tolong hargaikan untuk kita!
– Isteri Yang Bertuah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit