Pasangan Yang Tawar Hati Tetapi Tidak Mahu Bercerai

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kerana approve confeesion saya dan anda sudi membaca.

Sejujurnya saya perlukan pandangan dan nasihat dari anda. Setiap malam saya dihantui dan bermacam2 dalam fikiran saya.

Saya seorang usahawan dan mempunyai kewangan yang stabil. Walaupun saya kadang2 seorang yang sibuk namun saya tetap utamakan keluarga. Saya tak pernah berkira dengan family ataupun suami.

Saya dah berkahwin hampir 11 tahun, saya kawin muda sebelum habis degree.

Suami saya seorang yang penyayang dan rajin kalau bab kerja rumah. Tetapi sejenis yang selalu culas bab bekerja dan mencari rezeki, memandangkan saya sangat mampu maka saya tak pernah tinggalkan dia selama pasang surut perkahwinan.

Saya tetap setia dan beri dorongan kepada dia untuk terus bangkit. Saya masih Ok kerana dia memang rajin membantu saya dalam kerja rumah dan urusan kerja saya. maka saya tetap bersyukur.

Sampai satu masa, dimana saya hilang sabar dan saya agak bertegas dengan suami untuk ubah sikap dan buang perangai sambil lewa.

Mungkin ketegasan saya, dia tidak selesa dan mungkin juga kadang2 saya berleter kerama terlalu marah (tetapi saya dan suami bukan jenis yang guna perkataan kasar, mencarut atau maki bermakian).

Makin lama, suami mula berubah dan ada perubahan sikap serious dalam bekerja dan tidak lagi sambil lewa.

Namun, perubahan tu rupa-rupanya memberi maksud lain. Dia sudah tawar hati dan sudah lagi tiada perasaan dengan saya.

Kerana hampir berbulan2 dia tido asing dan hanya dengan diri nya sahaja. Kami kerap bergaduh dengan benda kecil dan dia tak lagi pujuk saya. Malah ketika saya dan dia sakit dijangkiti virus dia langsung tak pedulikan saya.

Dia hanya berkurung di bilik dan hanya pesan makanan nya di talian. Berhari2 saya menangis kesorangan walaupun saya sedang sakit, dia langsung tidak peduli.. kejam sungguh.

Selepas kami sembuh, saya bertanya dan berbincang. Selepas berkomunkasi, suami mengaku dia dah takda hati lagi dengan saya, tiada lagi rasa sayang atau pun cinta.

Malah dia siap cakap, jika saya mahu ada anak lagi. Sila lah ambil anak angkat kerana dia tidak akan bersama dengan saya.

Untuk pengetahuan saya dan suami baru awal 30 an. Tetapi cepat nya perkahwinan jadi hambar.

Saya bertanya adakah dia dah ada wanita lain dalam hati dia?

Dia kata tiada dan saya agak mengenali suami saya, dia bukan jenis melayan perempuan lain. Cuma dia ada kata dia rasa tercabar dengan saya kerana saya memliki hampir kesemua apa yang kami ada.

Ya. memang rumah, kereta, brang2 rumah semua hasil dari usaha saya ..tetapi saya tak pernah mengunkit sebab tu rezeki allah nak begi lebih untuk saya berkongsi.

Dia rasa tercabar apabila saya tahu banyak perkara dan dia masih belum stabil atau mempunyai kerjaya yang kukuh.

Saya tiada niat pun nak berkasar atau bertegas kerana saya buat semua tu sebab saya nak dia tidak lagi sambil lewa. Saya tak kesah gaji/ pendapatan suami kecil atau besar asalkan dia bersungguh dengan kerja nya.

Tak kesah berniaga online kah, jadi agent kah, grab kah. Suami ada degree dan dia dalam bidang professional. Cuma dia tak tahan pressure kerja didalam bidang tersebut, maka kerja tak pernah bertahan lama.

Makin lama suami makin berubah dan memang sungguh dia tawar hati dan tiada hati. Saya sejujurnya terlalu sedih sehingga saya susut berat badan dengan ketara dan saya kerap menangis, saya kuatkan diri untuk family saya.

Saya sudah pun minta maaf atas apa yang buat dia terasa hati, dan dia hanya cakap “Maaf saya tak meet expectation awak” itu sahaja.

Saya dah penat dan saya rasa mungkin saya akan give up dengan perkahwinan ni. Apa guna kalau kawin tetapi tiada rasa sayang atau cinta dekat pasangan. Saya pernah suara kan pendapat saya untuk dia lepaskan saya cara baik.

dia tidak mahu dan tidak terfikir nak bercerai. Dia minta masa 2-3 bulan untuk diri dia berfikir ..jika saya berkeras juga selepas itu dia akan lepaskan saya.

Saya bertahan kerana dia dahulu sangat penyayang, manja,setia, sweet, caring, dan sentiasa support saya walau apa pun saya lakukan.

Kini dia lebih rasa tercabar dan semakin lama semakin ego, susah nak berkomunikasi. Dia akan beri alasan “kerja” untuk tidak bercakap atau keluar dengan saya.

Saya banyak kali berfikir apa salah saya?? Saya berkali minta maaf, ntah lah bila saya minta bercerai dia akan mengelak dari berbincang.

Oh yea, harap anda jangan salah faham. Walaupun suami saya ni jenis bab kerja agak sambil lewa dia tetap berusaha untuk support family needs. Cuma dia rasa tertekan apabila saya lebih berkemampuan..

Saya pun tak tahu lah dan tak faham. Jika tiada lagi hati dan sayang kenapa tidak mahu lepaskan saya? Adakah dia lebih rasa simpati????

Atau dia keliru dengan perasaan dia???? Apa perlu saya buat kawan2?

Nak kata saya ni sentiasa bekerja, tidak juga kerana saya kerap masak dan mengemas rumah. Saya tidak beberapa suka makan diluar.

Bab rupa ni subjective dan Alhamdullilah saya dan dia masing2 mempunyai rupa yang menarik.

Bab keluarga mentua, saya tidak pernah bergaduh dengan mentua dan kerap menbantu mentua di dapur.. tak pernah kata tidak kalau dia suruh. Ntah lah.. bila saya tanya apa salah saya, dia hanya diam..

– Zirah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *