Suami Yang Tidak Dirindukan

Hi semua pembaca IIUM Confession. Aku dah berkahwin lebih 15 tahun. Tapi selepas 15 tahun perkahwinan baru aku dapat tahu suami (dah jadi bekas suami pun sekarang ni) Kaki Betina.. Aku kantoikan dia sampai buka fail tatatertib. Ceritanya macam ni…

Selama 2 bulan aku follow dia punya pergerakan. Aku letak tracker pada motor dan dalam beg dia. Tapi lelaki yang suka menipu ni otak dia ligat menipu. Dia parking motor dekat mana-mana shop lot. Nanti skandal-skandal akan datang ambil naik kereta.

Bila letak tracker baru tau sakan jalan merata. Hari kerja tak nampak aktiviti persundalan dia. Tapi weekend nohhhhh rokiahhhh sabtu keluar dengan budak office muda ye beza 19 tahun dengan suami aku.

Ahad sebelum 8 pagi dah keluar rumah untuk jumpa janda miang yang tua setahun dari suami aku tahun depan dah 44 tahun pun.

Untuk pengetahuan korang perjalanan nak jumpa janda tu ambil masa sejam tau. Hujan ribut waima dia demam tanpa gagal setiap hari ahad jumpa janda untuk “bayar bil air”. Semua aktiviti dia aku rakam sebagai bukti.

Sakit dia Allah je yang tahu. Mengigil lemah lutut bila tengok suami sendiri duduk dalam kereta yang tinted gelap namati ditempat sunyi lebih 30 minit. Maklum la mudah berdua-duaan dalan kereta.

Lagi kecewa bila dengan mata kepala kau sendiri tengok motor suami parking depan rumah janda tu sampai 8 malam. Jumpa janda time nak hantar suami aku kat motor lepas berasmaradana si janda keluar dari kereta dengan keadaan rambut basah baru lepas mandi.

Tak logik kau berdating dalam keadaan tak bersiap gitu melainkan kau baru lepas mandi wajib. Hantar suami dekat motor yang dia park dekat shop lot. Dia lupa kata pepatah sepandai-pandai penipu menipu. Sekali Allah nak buka aib. Akan terbongkar semuanya.

Sedih bila suami yang kita percaya rutin kerja. Sibuk dengan operasi tapi mengambil kesempatan dengan pasang skandal 2 orang dalam 1 masa yang si janda dgn kerani 1 office aku namakan BB.

Si BB kononnya kesian sebab ditipu dengan sorang lagi perempuan skandal yang ni dah putus sebab nak kawin dah dengan pegawai. Habiskan duit buat veneer, barang cod ke office suami aku yang bayar, suprise birthday.

Konon suami aku ni la yang beria terhegeh-hegeh nak kat si BK (bukan nama sebenar) konon nak jadi penyelamat jangan bodoh kena tipu dengan si BK dia nak duit je.

Last masa suami aku putus dengan si BK sebab dia bagi tau nak kawin dah. Kemain eh suami aku tu frust konon si BK ni tipu dia permainkan perasaan suami aku. Kelakar tau. Maybe hilang ingatan yang dia sebenarnya lebih penipu dari BK tu. Sebab menipu pada isteri yang sah dalam undang-undang.

Lepas dah putus dengan BK. Suami aku take over pulak si BB ni buat skandal geli-geli. Bawa makan-makan. Window shopping. Pegi karaoke. Tu la hasil penyiasatan aku selama 2 bulan jadi detektif conan.

Aku bukan tak pandai jaga laki. Dia yang sebenarnya tak pandai jaga diri apatah lagi jaga nafsu. Hakikatnya bukan tak pernah tanya jawapan dia “pergi office la. Nak pergi mana lagi”.

Penyondol-penyondol sekalian once kau pernah berskandal dengan suami orang. Kau menafikan la macam mana pun. The truth of the story hanya Allah yang maha mengetahui. Ingat ye doa orang-orang teraniaya tidak akan pernah salah alamat. Kifarah is real.

Back to story..

Aku deal dengan di BB & BK. Dua-dua tak mengaku konon rapat sebagai abang. Kau ingat aku bodoh abang apa kalau bersayang dan panggil B. Aku baca conversation korang dalam whatsapp. Tapi dengan si janda miang tu aku tak gaduh. Geli nak pegang.

Aku serahkan 100% kepada Allah untuk sediakan kifarah sepanjang hayat untuk kau. Now aku dah bebas jadi single mom.

Aku pernah dianiaya oleh seorang janda miang. Dalam doa aku sentiasa minta Allah selamatkan aku dari maksiat. Aku tak nak seneraka dengan mereka. Selamatkan aku dengan anak-anak.

Once korang bertaubat nasuha ingat dosa sesama manusia kau kena mohon dengan manusia yang kau aniaya tu. Bukan aku sorang ye. Ada 2 anak “habibi” yang kau skandal tu.

Betul suami kita kalau tak melayan tak akan jadi. Sekarang aku dah sedekahkan duda aku kat dia. Sebab aku tak nak hidup dengan suami narsisistik dan kaki betina. Move on dan single is better.

By the way ini kes pertama perangai suami aku yang kantoi dengan betina sampai dia checkmate dan runtuhnya sebuah perkahwinan yang dibina selama berbelas tahun.

Untuk orang-orang yang cuba nasihatkan “fikir anak-anak” pada isteri teraniaya macam aku ni. Bukan aku yang buat perangai. Kalau seorang suami dan ayah yang baik dia akan fikir halal haram baik buruk sesuatu.

Sepatutnya suami dan ayah tu la fikir akibatnya bukan sang isteri yang kena selalu fikirkan hal anak-anak. Adakah isteri tak layak bahagia selepas bercerai????

Allah selamatkan seorang isteri yang ikhlas dalam rumahtangga dari suami yang dayus. 1 hari nanti Allah akan buktikan hikmah penceraian ini.

Untuk ibu tunggal,

Kuatlah demi amanah Allah yang kita jaga. jangan pernah putus asa menuntut hak kalian di Mahkamah Syariah walaupun ambil masa yg panjang, tenaga yang banyak dan kos yang tinggi.

Yakinlah Allah Sentiasa ada bersama-sama kita. Biarkan apa orang nak kata. Kita tuntut hak kita. Kita buat perkara yang betul. Jangan argue pada haters. Kita doakan je haters ni rasa sikit apa yang kita rasa.

Big hugs for All Single Mom teraniaya.

From,

– Orked Puteh (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *